Wednesday, April 28, 2010

Pandanglah lihatlah...tiru mcm saya...

Bulan ni, dptlah penulis memanjakan diri semanja2nya. Minggu lps, massage 1 bdn. Minggu ni, buat scrubs dan facial. Hmmm.. jumaat ni, plan nak g buat manicure & pedicure pulak. Hehehe...

Kenapa baru skrg?. Sebabnya, penulis dah ada 'kerja sampingan' skrg, sbg guru tuisyen Fizik. Jd, penulis mahu menghabiskan wang hasil titik peluh (wp tak pernah berpeluh sbb aircond) mengajar tuisyen dgn memanjakan dirinya sendiri. Uuuhhhh....Kerja sampingan ni baru je berkuatkuasa selama sebulan. Dlm seminggu, mengajar 2 kali, dan 1 sesi cuma selama 1 setengah jam, bermula jam 8.20-9.50 mlm, setiap malam Rabu dan Khamis.

Berbalik kpd cerita scrubs. Ini adalah pertama kali penulis membuat scrubs badan. Hmm...kesedaran timbul bila melihat iklan tv psl body shampoo Olay-Butter Shea kalau tak silap. Dlm iklan tu, muka model tu halus, mulus dan licin, tapi blkg bdn berbintik2 hitam, kasar. Tak nak penulis macam tu wp penulis tau mukanya tak lah selicin mana. Lbh kurang dgn permukaan bulan jg. Hahahahaha...

Oh ya, tersasar lagi jln cerita. Memandangkan ini adalah kali pertama buat scrubs, ada perkara yg melucukan terutama perihal 'pakaian' ketika discrubs. Wah...."g-string" nya....tak mcm "g-string". Hahahaha...Lupa pulak nak ambil gmbr. Dan oleh krn tak mcm "g-string" la penulis tak pki ditmpat yg sepatutnya dan inilah yg kami (penulis dan Ana- tukang scrub) ketawa bermati-matian sblm sesi bermula. Dan menurutnya, sblm ni, mmg ada "peristiwa yg sama " berlaku pd customer yg lain. Hahaha...Dah la tak selesa pki 'benda' ni, asyik2 termasuk kat celah "bukit yang montok" je. Hahahaha. Dan 'kedudukan' kat dpn kena pastikan 'on position', kalau tak...O ooo...TERDEDAH LA APA YG TIDAK SEPATUTNYA TERDEDAH. Hahaha.

Hmm...rasanya seperti kulit digosok dgn kertas pasir yg paling halus pulak. Dan yg bestnya, masa mandi, perghhhh...kulit terasa licin skali. Selicin sutera.

Oh ya, td semasa kerja, seorang kawan menegur. Kulit I nmpak cerah berseri berbanding biasa. Dan yg paling klimaksnya ialah semasa seorang pelajar masuk ke dlm Lab Fizik, kat pintu masuk dia dah menegur, "Berseri2 nmpak". I berpura2 menjadi kura2 dlm perahu, pura2 tidak tahu, lantas bertanya inginkan kepastian, "apa yg berseri2?". Dia kata, 'cikgulah yg berseri2'. Hahaha...Berbaloi juga duit melayang...nmpak juga kesan...

Jadi, para pembaca yg budiman sekalian, pandanglah lihatlah....tiru macam saya.

9 comments:

rambomadonna said...

2 bulan ni aku pun tak sempat nak memanjakan diri.last pun gi urut badan je lah sbb sakit belakang duduk lama2 buat assignment.

Pasal g-string disposable tu, aku rasa tukang urut atau tukang scrub pun dah tak heran tgk saiz, kaler dan kerimbunan hutan belukar kat situ hahahahahahaahaha.

Si Yoyop Bah... said...

Hahahahaha...Kurang asam ko Jaime. Ko kena ingat, ada pembaca dan pngomen budiman yg tak sama jantina dgn kita kat sini. So, pls behave.

Aku sbnrnya nak elaborate cerita psl Scrubs ni tp lps tu teringat komen ko hr tu- Yg psl the "orgasme" of Flying High tu. So...selepas melalui "FINAS", ni lah hasilnya. Sesuai utk dibaca dan di"bayang"kan oleh umum.

Anonymous said...

Sbnarnya mlm tadi aku nak komen, as 1st commentator. Tapi komputer buat ragam and the komen was lost. U dgn J memang kelakar so FINAS pun tak peduli agaknya. Dlm internet apa yg tak ada, invisible G-string pun boleh tengok.

Tahniahlah Yy u dah dapat xtra source of finance untuk belai ur physical - memang patut sangt kerana ia takde spare parts dan semakin dibelai semakin halus dan responsive. Eh lelaki pun belai juga and I selalu scrub my face dgn Apricot scrub frim St Ives. Bedanya tempat-tempat sulit cuma takut terlanggar, taklah takut jatuh kejurang dan gaung yng dalam dan merbahaya....hehehe.

Si Yoyop Bah... said...

Hahahahahahahaha...Ok, kalau FINAS tak peduli...hahahaha...lain kali no censored elaboration. Semua pun dah 18 thn ke atas kan?.

Hahahaha...Ayat yg akhir sekali tu, SUNGGUH TINGGI ARAS SASTERA nya. Haha

Anonymous said...

Yy, aku di Labuan ni, tengok pesta air. Semalam pi spa untuk tune-up sikit kerana sakit kaki. Memang berlaku hal "terlanggar" tu. Walaupun sikit cukup untuk mengejutkan tamu yg tidur, hehehe.

Si Yoyop Bah... said...

Wahahahaha...pki "G-string" jg ke?. Yg mengurut llki atau ppn?.

Musykil la sy kblkgn ni. Dimana ada Norzah, disitu ada Pn. "Pengarah". Di mana ada Pn. "Pengarah", di situ ada Norzah. Hr tu kat Langkawi, skrg kat Labuan...Adakah semuanya di"rancang" atau sekadar 'kebetulan'?. Hahahahaha

norzah said...

Jangan muskil apa-apa, Yy. Org rumah sy kerja di Kemnenterian yg sama dgn Pn Pengarah tu. Bila sy ikut isteri dia pun adalah untuk fungsi yg sama - pesta air.

Yg terlanggar tu kereta volkswagenlah. Kalau jeep tak apa-apa pun.

norzah said...

Correction: terlanggar "oleh" kereta volkswagen, hohoho.

mummy anne said...

wakakaka...!!!! ;D kak yop,sehelai kain kecik tu la yang membahagiakan rumahtangga. men love the extra 'boing-boing' tp bukan bontot yang 'peachy' ye... hahaha