Friday, April 16, 2010

Kali kedua...

16 April 2010- Hari ni, review doktor lagi utk kali kedua. Dan menjadi org yg pertama berjumpa Dr. Harmizie Osman, seorang Doktor melayu muda, berkaca mata. Hehehe.

View kat dpn bilik X-Ray.
Teringat masa kat Hosp. Queen Elizabeth, KK tempoh hari.
Beginilah lbh kurang keadaan penulis, cuma tidak berlumuran darah.


Seperti sebelumnya, soalan lazim yg ditya, masih lagi sakit pinggang?, dan seperti jwpn review sebelumnya bersama Dr. Jerry, "TIDAK". Dan soalan lazim ku pula, "adakah L1 saya sudah puih sepenuhnya?". Respon beliau, biasanya tulang mengambil masa 2-3 bulan utk pulih. Aku mencelah, "maksudnya bolehla sy fly Jun nnt, sbb Jun nnt ada event". "Itu kena tgk tulang dulu. Tp, janganlah dulu fly, biarla tunggu dulu 6 bulan, biar tulang tu betul2 pulih". Wp agak kecewa dgn jwpn tersebut, aku kena akur risiko yg bakal ditanggung sekiranya 'gatal' nak terbang juga. Nampaknya, plan ke Maninjau, Padang, Indonesia dan Bahau, N9 utk terbang di sana nnt terpaksa ditukar kepada 'parawatching' dan 'paratravelling' saja. Segala2nya sdh tersusun rapi, tapi apakan daya, Suhaila hanya mampu merancang. Tak pe lah, insyaAllah Disember nnt aku akan bergiat aktif kembali.

Menunggu ketika mengambil ubat.

Dan review seterusnya dijadualkan pada 14 Mei dgn Doktor Pakar Orthopedik, Dr. Prakesh, seorang doktor tua yg kurang membuatkan ku 'terangsang'. Hmmm...awal2 lagi dia suruh buat aktiviti lain selain paragliding, "better u pegi swimming, cycling, jogging rather than terbang2 ni". Ermmm....aku diamkan aje la, malas melawan wp sebenarnya nak je ckp, 'I'm not the typical type, I'm the extreme type, U je lah yg pg swimming, cycling, jogging, NOT me!". Hahaha.

Dan, ubat yg diberikan kali ni tidak lagi sebanyak dulu. Hya Calcium Lactate 300mg dan Calcitriol 0.25mcg, yg berfungsi utk menguatkan tulang dan membantu penyerapan Kalsium dlm tulang. Mungkin sbb bila Dr. Harmizie tya, "ada lagi mkn ubat tahan sakit?", aku terus terang jwb, "tak". "Ubat yg lain?". "Errrr...ubat yg lain kadang2, kalau ingat makan la, kalau tak ingat, tak la makan". Mgkin dalam benaknya berkata2, "hmmm...membazir je bg ubat kat dia ni". Hahaha

Oklah. Chow for now. Adios amigos.

5 comments:

rambomadonna said...

Mesti doktor tu tak berapa hensem so ko pun takdak semangat makan ubat.

BTW, aku perlukan ubat untuk sakit hati sekarang nie.

Si Yoyop Bah... said...

Takde kaitan antara Doktor hensem dgn takde semangat mkn ubat. Sbnrnya sblm revie yg pertama, mkn ubat ikut preskripsi. Tp bila dah tahu tulang dah ok, tu yg kureng semangat sikit tu. Mmg dr dulu tak suka mkn ubat pun. Yg ubat dibg skrg ni kira supplement..utk kuatkan tulang.

norzah said...

Yy, kalau tulang belakang yang tergelinchir sikit, elok jaga betul-betul dan beri masa untuk mantap semula. Senang sangat untuk berlaku semula. Tapi kalau tulang-tulang yg halus (macam tulang ayam), bila dah tak sakit lagi oklah tu. U sebut nak ke Bahau. Di Negeri Sembilan ke? My kampung tak jauh dari situ. Setau sy, kalau cycling bolehlah ke situ. Janganlah ponteng makan ubat cikgu, nanti anak murid ikut sama, hehehe.

Si Yoyop Bah... said...

Ni bukan tulang ayam. Ni tulang blkg bahagian pinggang, Lumbar yg pertama. Mmg nak mantapkan semula. Semantap empunya tulang. Hehehehehe

norzah said...

Kalau tulang belakang, eloklah jaga betul-betul dan makan calcium lectate dan calcitriol tu tanpa gagal. Tak sakit lagi pun makan juga supaya lebih mantap dari semangat yang berkobar-kobar. Cihwaah!