Tuesday, March 3, 2009

The Industrial City Of Shenzhen.

Perjalanan dari Zhuhai ke Shenzhen tidak menjemukan. Mata dijamu dengan pemandangan yang mendamaikan. Ladang2 pisang yang subur dan sedang berbuah serta sungai2 besar yang mengairi tanaman menghiasi kiri dan kanan lebuhraya.

Pemandangan berubah sebaik menghampiri Shenzhen. Untuk pengetahuan, Shenzhen merupakan bandar pertama di China yang pertama dibuka untuk 'pasaran terbuka'. Dahulunya, China merupakan negara yang mengamalkan 'pasaran tertutup'. Keadaannya kini umpama Singapura di mana kiri dan kanan jalan dipenuhi oleh flat yang tinggi melangit dan kilang yang besar2. Cuma bezanya anda melihat pemandangan ini untuk beberapa jam perjalanan. Untuk pengetahuan pembaca budiman juga, kebanyakan barangan yang berlabelkan "Made In China" diperbuat di sini.

Apa yang mengujakan penulis ketika berada di sini?. Semestinya ketika mengunjungi WINDOWS OF THE WORLD. Kunjungan ke sini membolehkan penulis berada ke serata dunia dalam beberapa jam sahaja. Di sini, terkumpul landmark2 terkenal dari setiap negara dlm bentuk miniature, kecuali Eiffel Tower dengan saiz sebenar.

( Ha3x, penulis pun gelak besar tgk posing gambar pertama tu. Ada pelancong terpaksa tunggu photo shoot berakhir di bahagian bawah tangga. Nasib baiklah tak jumpa diorg lagi ).

Di waktu petangnya, penulis dan rombongan dibawa pula ke 'The Splendid Mini China'. Nak jelajah seluruh China kan melibatkan masa dan kos yang banyak. Jd, untuk melihat China dalam 1 hari, bolehlah berkunjung ke sini.

( Replika Istana Maharaja China )



Gmbar ini menunjukkan persembahan budaya bg wilayah2 di China. Dipersembahkan oleh gadis cantik yang sama tingginya, sebaya dan sama ukuran badan. Penulis terkesima melihat keayuan, lemah gemalai dan kehebatan persembahan mereka.


Sekian sahaja buat kali ini. Semoga bertemu kembali di lain entri, salam hormat dari saya. Assalamualaikum w.b.t.

5 comments:

Mikes Sumondong said...

I will also visit the Windows of the World next week! Thanks!

Si Yoyop Bah... said...

U should. Have fun there.

nuranne said...

Bagus tulis 'Made of Shenzhen'lg senang. Wah posing tuuuu....tp alang2 eiffel da d situ apa lagi!!

sd. said...

w'salam warahmatullahiwabarakatuh.

MiN said...

next.. !