Monday, February 23, 2009

Labbaikallah Hummalabai...

Labbaikallah Syarikalakalabai...Alhamdulillah, dapat juga pangillan dariNya untuk menunaikan umrah. Sebagai hamba yang sering melakukan kesilapan, aku sedar siapa aku dan berasa sedikit takut sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Haram. Takut2 akan berlaku sesuatu musibah akibat perbuatan yang lalu. Sebelum ini, aku hanya mendengar cerita2 pelik yang berlaku ke atas sesetengah jemaah haji ketika berada di Tanah Suci. Nauzubillahi minzalik. Setiap kali selepas solat, aku memanjatkan doa agar dijauhi dari sebarang musibah dan dipermudahkan segala urusan di sana.

Segala urusan diuruskan oleh Hj. Umar (013-8846638). Manalah tau, ada sahabat yang terpanggil ke sana. Disebabkan aku pergi seorang diri, dia bertindak sebagai muhrimku. Maklumlah, masuk Saudi Arabia mesti ada muhrim. Pada 22 Mei 2006 (Isnin), bermulalah pengembaraan penyucian jiwa. Perjalanan dari Twu-KK-KL-Jeddah mengambil masa hampir 24 jam. Tepat jam 12.00 malam, kami bertolak menggunakan bas ke Madinah yang mana mengambil masa 5 jam perjalanan. Seorang Ustaz muda berbangsa Indonesia mengetuai bacaan talbiah. Seingat aku, bacaan itu hanya berkekalan selama 5 minit dan kekuatan suara semakin perlahan, perlahan, perlahan dan terus senyap. Ohhhh, rupa2nya semua jemaah tertidur.

Aku tersedar sebaik tiba di Madinah. Wah, terang benderang walaupun belum Subuh. Kelihatan ramai berpusu-pusu ke Masjid Nabawi. Berbeza keadaannya dengan di Malaysia di mana amat sedikit yang pergi ke masjid di waktu Subuh dan biasanya terdiri dari golongan lelaki tua sahaja.

Selesai check-in di Hotel Bahauddin, kami bergegas ke Masjid Nabawi untuk jemaah Subuh. Sebelum menjejakkan kaki ke dalam masjid, seluruh badan dan beg diperiksa bagi mempastikan tidak ada sebarang kamera mahupun telefon bimbit berkamera dibawa masuk bersama. Oleh kerana kawasan Raudhah ( Makam Nabi Muhammad S.A.W, Makam Abu Bakar al-Siddiq dan Makam Umar al-Khatab terletak di sini) hanya dibuka untuk kaum hawa pada hari selasa dari pukul 7-11 pg, kami tidak melepaskan peluang berdoa di sana. Keadaanya sungguh sesak. Nak berdoa mahupun solat sunat gerenti tidak akan khusyuk memandangkan kita sering dilanggar, ditolak dan ditarik oleh jemaah perempun lain. Kata orang, tempat ini sangat mustajab untuk berdoa. Setakat ini, apa yang aku doakan alhamdulillah dimakbulkan. Hanya satu yang belum makbul iaitu ditemukan jodoh dengan orang yang baik agamanya, baik keturunannya, baik harta bendanya, baik rupa parasnya dan baik budi pekertinya. Hahaha. Tak pe, CHOOOBAAAAAAN!!

Selesai berdoa dengan penuh tangisan tanda kekesalan yang teramat sangat, aku kembali ke hotel untuk bersarapan. Wow!. My favourite, a lot variety of CHEESE. Pinggan ku dipenuhi oleh chesse sahaja. Puas hati ku dapat makan sebabnya kalau di rumah, emak ku selalu melarang pengambilan cheese yang byk. Nanti muntah katanya. Maklumlah, aku alergi pada lactose. Dah sehari tak tidur, terbaring je kepala kat bantal, aku pun terus lena di ulit mimpi. Zzzzzzzzzzzzzz...

Masa yang terluang ku isi dengan berjalan2, bergambar dan membeli cenderahati di kawasan sekitar. Di kedai makan Arab berhampiran, aku membeli kebab. MASIN! Tak dapek nak habiskan. Di suatu kedai makan kepunyaan rakyat Indonesia, aku terlihat menu, "Nasi Buntut". Namun aku tak tergamak untuk mencuba. Manalah tau ada "buntut" lain selain buntut ayam yang digunakan untuk menyediakan resepi ini. Astaghfirullah...( sambil mengurut dada).

4 hari berziarah di Madinah al-Munawwarah, kini kami bergerak ke Makkah al-Muqarramah. Sesampainya di Mekah, selepas mendaftar masuk ke Hotel Al-Safa, kami terus melakukan Umrah (Niat, Tawaf, Saie, Tahallul, Tertib). Yang lucu sekali ialah semasa Tahallul-memotong sekurang-kurangnya 3 helai rambut sebagai simbol membuang dosa. Pada ketika itu, ada seorang budak lelaki keturunan arab memaksa aku mengambil gunting yang dihulurnya sambil berkata dalam bahasa yang aku tidak fahami. Dalam hatiku terdetik, di Tanah Suci ini syaitan boleh menyerupai sebarang rupa. Aku punyalah ketakutan menyangkakan budak lelaki arab itu adalah jelmaan syaitan yang ingin mengganggu orang beribadat. MasyaAllah, kenapalah aku berimaginasi sejauh itu. Kesihan sungguh budak itu. Sapa suruh paksa orang ambil guntingnya?. Salah mereka dan keluarga merekalah...(Skrip dalam filem Ringgit Kasorga).

Setiap kali menunaikan umrah, otot kaki ku akan kesakitan terutama bahagian paha dan betis. Dan setiap kali selepas saie, aku akan berjalan terkangkang2 umpama orang yang terkena buasir. Alang2 menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang2 menjejakkan kaki ke Masjidil Haram, ku gagahi diriku dengan sepenuh kudrat yang ada mengerjakan sehingga 5X umrah. Alhamdulillah atas kesihatan dan kekuatan badan yang dianugerahkan Allah S.W.T. Aku amat bersyukur dengan kurniaannya.
Di Tanah Haram ini, kami dibawa berjalan2 ke Jabal Thur (bukit di mana terletaknya Gua Hira'), Jabal Nur (tempat di mana Adam dan Hawa berjumpa selepas dikeluarkan dari syurga), Ladang Kurma dan Logi Air Zam-zam.

Di Mekah, kami minum air zam-zam, mandi menggunakan air zam-zam, berwudhuk dengan air zam-zam. Pendek kata, semua menggunakan air zam-zam. Sepanjang minum dan mandi menggunakan air dari syurga ini, aku selalu memasang niat agar segala benda2 haram yang termakan tidaklah menjadi darah dan daging ku sebaliknya biarlah dikeluarkan. Suatu hari, 'misteri nusantara' berlaku kepada diri ku. Sehingga sekarang masih lagi menjadi persoalan di benakku. Misteri itu ialah t*hi ku berwarna hijau dan teksturnya umpama pandan yang diblender. Mungkinkah segala benda haram dari dalam badan ku telah keluar?. Hingga ke hari ini ia masih lagi misteri bagiku.


(Dari atas ke bawah: Pokok Tamar Yussuf Taiyob,
Habibah Syarifah Sokhaila Syed Syeikh al-Subi bersama Masjidil Haram,
Masjid Terapung di Laut Merah).

Perbezaan antara Mekah dan Madinah:
Madinah- bangunannya lebih baru, bandar terancang dan lebih banyak kurma.
Mekah- bangunan banyak yang lama, tidak begitu terancang dan kaya dengan air zam-zam.

Begitulah sedikit sebanyak cerita yang ana boleh kongsikan. Semoga ente semua mendapat sedikit sebanyak pengetahuan dan iktibar dari pengembaraan 'penyucian jiwa' ana. Sebelum mengakhiri coretan ini, ana sudahi dengan salam keugamaan, wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


8 comments:

rambomadonna said...

Sudah hampir kau ditemukan jodoh dengan orang yang baik agamanya, baik keturunannya, baik harta bendanya, baik rupa parasnya dan baik budi pekertinya. Sayangnya bila makan satu kaki angkat atas kerusi heheheheheeeeeeeeeeeeee .... (aku geli hati sangat nie)...

Si Yoyop Bah... said...

Kuwang hajak...Aku langsung x bkenan!

nuranne said...

INSYA ALLAH, ditemukan tahun ni....bleh honeymoon ke hawaii pula....hehehehehehe.......

Si Yoyop Bah... said...

Insyallah tahun ni kot. Tp I tak nak honey moon kat hawaii. Nak honey moon kat NZ.

MiN said...

alhamdulillah.. ko dah selesai jugak buat umrah.. doakan aku cepat2 ke sana jugak yer yop.. hmmm.. betui kot.. hijau tuhh.. mengeluarkan kotoran yang ada kottt... dengan niat yang ko buat tuh... maybe...wallahualam

sd. said...

ana tertarik dgn perenggan ke-4. (tengok, siap kire tuh)

"ditemukan jodoh dengan orang yang... baik rupa parasnya..."

nak jugak tuh!

amin. for u. and me. (tumpang jugak bleh kan?):)

Si Yoyop Bah... said...

Boleh. Apa salahnya. Amin yarabbal alamin. Mudah2n 'dia'lah jodoh ku!

mawarputih said...

syukurlahh...