Saturday, February 21, 2009

A fine city.

Negara ini merupakan destinasi pertama ku keluar negara. Ketika itu tahun 2000, masih bergelar penuntut Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI), JB. Kesempatan hujung minggu ditambah dengan ber'pakwe'kan jejaka Singapura digunakan sepenuhnya. Disebabkan pengangkutan pulang balik dah pun ditanggung sepenuhnya (Hyundai Elantra) dan kami (penulis dan rakan-Ivy) balik hari, rasanya kami membelanjakan tidak sampai RM50. Yelah, kami pun cuma makan tengah hari Snack Plate KFC-$10 dan membeli Fridge magnet Merlion-$10. Tiket masuk Sentosa Island dan yang lain-lain, ditanggung sepenuhnya. Agaknya 'dia' pun faham keadaan kami yang pada masa itu masih lagi belum berduit.

Memandangkan kami hanya meluangkan 1 hari sahaja di kota Singa ini, kami hanya dapat mronda2 sekitar Sentosa Island, mcuci mata di sebuah Shopping Mall ( tak ingat namanya) dan bersantai di Pasir Ris.

Pendapat penulis tentang Kota Singa: Memang patutlah Singapore dilabel sebagai A Fine City. Sikit2 denda. Sikit2 denda. Patutlah ramai penduduknya "tension". Kita sebagai pelancong pun "tension" berada di negara ni. Tapi penulis selalu memandang dari sudut positif. Dgn denda yang terlalu banyak inilah bilangan Pendatang Tanpa Izin sifar, persekitaran bersih, dapat melahirkan First Class Mind civilians dan banyak lagi. Untuk pengetahuan pembaca, perkara seperti tidak mengepam tandas selepas diguna, makan gula-gula getah, lambat keluar parking kereta turut didenda. Benda remeh temeh bukan?. Tapi seperti yang penulis katakan tadi fikirlah dari sudut positif dan lihatlah kesannya kepada negara kita yang tidak melaksanakan denda2 yang remeh-temeh ini.

Catatan: Penulis tidak menyertakan gambar sepanjang berada di negara tersebut kerana pada masa itu belum memiliki Kamera Digital.

9 comments:

Rodney Twu said...

hai suhaila

Rodney Twu said...

hai suhaila...best nyer u..dapat pergi banyak tempat

Rodney Twu said...

saya pun nak jadi mcm awak lah..hehehe

knsc said...

aku pun mo jadi macam awak la...

Si Yoyop Bah... said...

hahaha. Sibuk mendaftarkan pelajar kat atas cikgu?. Sunyi bilik guru hari ni. hahahaha

Si Yoyop Bah... said...

Hahaha. Tq. I pun terasa best sgt jd diri I. Tak gitu?. Gitu!

Dawn said...

wei.. sue.. buli bah kalau ko.... mau santik tiru mcm saya.. hahahaha

knsc said...

baca entri ini membuatkan pembaca merasakan penulis ini seorang yang baik dan sopan.

mmm..


(fikir dulu)

sd. said...

kaksu. yg atas ni komen saya tau.

hari tu guna laptop raman, lupa nk tukar nama.

heh heh.