Kedatangan penulis tidak disambut oleh sesiapa. Ini kerana rakan2 penulis telah pun berada di sana, sehari sblm kedatangan penulis. Keluar sahaja dari Balai Ketibaan, ramai bapak2 supir taksi menghampiri menawarkan khidmat taksi mereka. Untuk mengelakkan dari sebarang penipuan, penulis segera pergi ke kaunter taksi dan membayar sejumlah Rp 75,000 (RM 25) utk ke Simpang Duku.
Diringkaskan cerita, dari Simpang Duku ke Bukit Tinggi, penulis sekali lagi mengambil taksi dengan kos Rp 50,000 (lbh kurang RM 17). Perjalanan sejauh 2 jam 30 minit ini sebenarnya mengikis Rp 150,000 (RM 50) dari dompet anda, nasib baiklah bapak Supir ini secara kebetulan ingin kembali ke rumahnya di Bukit Tinggi. Daripada taksi kosong, lbh baik ada penumpang. Daripada Bukit Tinggi, penulis dijemput oleh Pak Danny untuk ke Maninjau, di mana terletaknya Puncak Lawang, iaitu tempat Take-Off utk Paragliding.

Mlm ni bermalam di Hotel Pasir Panjang Permai. Yang menariknya ialah hotel ni berada diatas tasik Maninjau dan pengunjung dapat mendengar pukulan ombak apabila melanggar tebing. Dan yang tidak menariknya pulak ialah, kawasan Maninjau ini sering mengalami gangguan bekalan elektrik. Bayaran bilik standard utk semalam ialah Rp 200,000 (lbh krg RM 67) bagi bilik yang menghadap bukit, manakala RP 250,000 (lbh krg 83) bagi yg menghadap tasik.
Pagi ni dimulakan dengan menikmati pancake + madu dan kopi susu sambil menikmati pemandangan tasik. Selesai bersarapan, geng SOL Paragliders memulakan perjalanan untuk ke Puncak Lawang. Dan tak sahlah jikalau tidak melalui Kelok 44. Kelok 44 ni ialah jalan dilereng bukit yang menpunyai 44 selekoh tajam. Dan setiap selekoh ini ditandakan dengan Kelok 1, Kelok 2 dan seterusnya sehinggalah Kelok 44.

Mlm ni kami bermalam di Banur Beach Inn Homestay. Sgt asas kemudahannya. Saja nak cuba tinggal di kawasan sawah dan jarak 30 m sahaja dari kawasan landing. Byrn semalam Rp 15o,000 (RM 50). Rasanya cukuplah sekali ini je bermalam kat sini. Bukannya apa...mlm dah la black-out sbb ribut, dah la tempias, lps tu ada bunyi tikus berparti pulak kat atas dek. Mula2 dgr mcm bunyi org berjalan, tgk kat tingkap takde sapa. Bunyi mencakar2 dinding pun ada juga...ish, seram. Bila pagi menjelma, semua cerita benda yg sama.
8 Jun 2010
Dan slps check-out, kami singgah sebentar makan tengahari di Kedai Makan Aie Badarun. Wah, di saat menulis entri ini, penulis sempat menelan liur beberapa kali mengingatkan ke'sadap'an lauk pauk Padang terutama telur ikan masak gulai yg sungguh mammmaaaamiaaaaaaaa....
Dan oh ya, sebelum meninggalkan Bandara Padang, jangan lupa tinggalkan Rp 100,000 di dalam dompet utk airport tax. Manalah tau kan, dah lupa dunia sebab bershopping, tak de langsung uang yg tinggal.
( Penulis meminta maaf kerana bermula 8-10 Jun, penulis tidak menyertakan sebarang gambar berikutan kelembapan isyarat Broadband yang selembap siput Babi. Tgk album kat FB je la ya).

