Monday, August 16, 2010

Tawau Bumi Peladang

Musim buah tiba lagi. Dan kali ni, buat pertama kalinya, langsat (Lansium Domesticum) berbuah dgn byknya. Dan kehadiran buah yg sangat byk, ranum dan kuning keemasan ini hanya disedari oleh seorang pakcik yang datang melawat, apabila dia merayau2 melihat kebun di belakang rumah. Kalau bukan kerana beliau, tiada siapa sedar akan buah langsat itu dan alamatnya, gugur je la ke bumi apabila tiba masanya.


Gmbr di atas menunjukkan hasil tuaian yg ketiga kalau tak silap. Tak habis makan oooo... Hasil tuaian yg pertama dibahagi2kan sesama keluarga yg juga merupakan jiran2 terdekat, hasil tuaian yg kedua disedekahkan kpd sahabat handai. Dan hasil tuaian ketiga ni belum diusik lagi.

Hmm...nak dijadikan cerita, pokok langsat ni ditanam oleh arwah bapa penulis. Tp sepanjang hayatnya, arwah cuma dapat makan langsat ni sekali, itupun ketika buahnya masih masam dan hanya beberapa biji. Masih lagi penulis ingat, kami berbahagi isi langsat ni seorang seulas. Hahaha...asal semua dpt rasa hasil titik peluhnya ketika itu. Sekarang dia dah tak ada, dan anak cucunya dapat makan dgn sepuas2nya. Alhamdulillah... sekarang buahnya manis sekali. Dan inilah hasilnya bila berbudi kepada tanah... (chehhh...gaya ckp tu mcm 'dia' je yg tanam. Hehe)

Monday, August 2, 2010

Ninja Ass.ass.ins...

Selama bergelumang hampir 1 bulan menonton wayang hampir setiap malam, akhirnya dapatlah disimpulkan ada 1 movie yang begitu istimewa di hati penulis, bertajuk NINJA ASSASSINS.


Filem ini ke udara Nov 2009. Cerita mengisahkan seorang Ninja, Raizo yang telah berpaling tadah dan diburu oleh puak Ninja Ozuno untuk dihapuskan. Penulis agak ketinggalan sedikit menontonnya. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, semenjak balik dan berada di kampung halaman ini, kekerapan penulis pergi menonton wayang dalam setahun dapat dihitung dengan sebelah tangan sahaja. Lainlah semasa duduk di JB dulu, setiap hujung minggu, wajib tgk satu.

Oh ya. Dari saat pertama tgk intro wayang ni, mata tak berkelip dan nafas tertahan. Wow!. Kesan visual sungguh mengkagumkan. Dan, perkara ini berterusan sehingga 99 minit. Aksi tak putus2.


Dan daripada 5 bintang, penulis memberikan 4.5. Di mana yang 0.5 tu?. Kekurangan terletak pada mata sepet heronya, iaitu RAIN. Kalau matanya tak sepet dan berkelopak, WOW, dapat 5 stars tu. Dan sebaik selesai menonton, segera penulis google RAIN. Hmmm...Icon GAY?. Whatever la. Apapun, filem ini tidak sesuai utk yang lemah semangat dan ibu mengandung. ;-P

Perggghhhh...ni yg tak tahan tgk ni...

Sunday, July 25, 2010

Ku bawa jasad dan roh ku pergi...

24- 25 Julai 2010, bertempat di Masjid Al-Kauthar, Tawau, penulis telah pun menghadiri kursus 2 hari. Kursus apa tu?. Hehehe...bukan Kursus Kahwin la, Kursus Pengurusan Jenazah pun bukan, tapi Kursus Intensif Haji 1431H. Surpriseeeeeee......

Penulis baru mengetahui bahawa penulis tergolong dlm senarai menunggu haji pada tahun ini pada 20hb Julai. Sebaik meminta Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji di Pejabat Tabung Haji (TH), pegawai tersebut memberitahu, "kamu ni standby, mesti buat persiapan sama seperti org yg confirmed, jadi bila nama naik nanti, terus boleh pergi. Sabtu dan ahad nnt ada kursus intensif di Masjid Al-Kauthar, nnt di sana lah baru saya bagi Buku Rekod Rawatan". Masih rileks lagi bertanya, "berapa kebarangkalian sy naik haji tahun ni?". "Kalau ikut pengalaman tahun lepas, semua nama jemaah Tawau yang standby dpt naik sbb kuota haji ditambah". Haaa...tangan penulis otomatik jadi sejuk. Takut pun ada, tak bersedia pun ada, macam2 pun ada. Maklumlah, penulis kenal diri ini macam mana...Nakal mmg tidak dapat dinafikanlah, tapi baik...Hehe

"Ikat kuat2 ya kainnya, kalau terbuka...bahaya"

Jadi, sebelum jam 8.00 pagi, penulis telah pun tiba dan mendaftarkan diri seorang diri. Kebanyakan org datang bersama pasangan. Hmm...dlm hati terdetik, bestnya kalau dapat datang bersama Prince of Taman Ria (PoTR). Tak kisahla, "I will survive, I am a survivior", I told myself. :(

Jemaah sedang memakai ihram

Jadi, pagi itu kursus dimulakan dengan Tatacara Pemakaian Kain Ihram, Penerangan dan Praktikal Ibadat. Hati penulis begitu tersentuh dan sedih semasa penerangan ketika berada di "Arafah". Arafah ialah tempat berkumpul semua manusia selepas dibangkitkan dari mati sebelum amalannya dihitung pada hari kiamat nanti. Di kala matahari cuma sejengkal dari kepala...Rasanya tidak perlulah penulis menghuraikannya disini, kerana entri ini akan menjadi kurang difahami oleh sahabat yang beragama lain...Yang penting, taklimat yang disampaikan oleh Ust. Hj Cecep itu berjaya menerobos ke lubuk hatiku yang paling dalam. Begitu menginsafkan...

Hari Kedua: kursus dimulakan dengan ceramah kesihatan oleh Dr. Haji Adlan Suhaimi dan rasanya doktor inilah juga yang pergi bersama2 penulis ketika megerjakan Umrah tidak lama dulu. Selesai minum pagi, kursus disambung dengan Ceramah Khas Wanita oleh Ustazah Hjh. Samsiah. Best ceramah ini. Antara perkara yang ditekankan ialah Masalah Haid dan Batasan Aurat dalam Islam dan Adab2 di Tanah Suci. Kelakar juga ustazah ni. Selamba je dia menyebut "pep*k" dan beberapa perkataan lain. Hahahaha. Bukannya apa, kalau disebut berlapis2, dikhuatiri ada jemaah yang tidak faham. Mmg segar mata penulis dan tak kering gusi dibuatnya.

Replika Kaabah untuk praktikal Tawaf.

Selesai solat asar dan minum petang, para jemaah dikehendaki menjawab ujian bertulis dan alhamdulillah, penulis dapat faham sedikit sebanyak apa yang disampaikan sepanjang dua hari. InsyaAllah penulis akan mempersiapkan lagi diri mentally and physically from time to time. Mudah2an segala usaha yang dilakukan membolehkan penulis mencapai Haji Mabrur. Amin.

Monday, July 12, 2010

Baby when the lights go out...

Lapangnya dada, kosongnya kepala dan ringannya pundak bila kerja yg selama ini membebankan minda, menumbuhkan uban dan menegangkan otot bahu, akhirnya berjaya dilaksanakan dgn jayanya. Fuhhh...lega. Dan malam jumaat itu, penulis hya mahu berehat serehat2nya di dalam bilik, di atas tilam angin yang empuk sambil bergayut di telefon dgn jejaka idaman, dan sambil menonton wayang.

Dan bercakap mengenai menonton wayang, penulis berasa puas selepas dapat menukarkan bilik tidurnya menjadi mini cinema. Wah...kebetulan penulis membawa balik projector ke rumah dan mempunyai koleksi movie yg banyak, dan apa lagi....PROJEK LA DLM GELAP SORANG2. Malangnya, kepala penulis begitu pening dan beberapa kali bulu bertemu bulu...jadi penulis bercadang utk tidur sahaja. ZZzzzz......


Dan malam2 hujung minggu penulis begitu hebat sekali...Lps isyak je, masuk berkurung di dlm bilik. Hehehe...Tanpa gangguan anak2 buah...Just me and the movie...and just me and the actors.

Wednesday, July 7, 2010

Sweet Dreams...or Beautiful Nightmares...

Hmm...balik keje, rumah sunyi semacam. Mustahil, sbb ada kereta Wan parking di garaj rumah. Rayhan, anak Wan ni yg kalau ada, org kampung boleh tahu kedatangannya. Meriah....kalau cakap dgn kita face to face pun, mcm mengajar 1 kelas yg ada 40 org pelajar. Hahahahaha

Oh...rupanya kesemua mereka telah pun 'tewas'. Wah...once in a blue moon this thg happens. Maklumlah...baru habis hujan, sejuk. Sedap tido.

Rayhan, tertidur dgn seluar dlm merahnya


Iman (1 bln ++), adik Rayhan, siap keluar liur basi.


Mimi, tertidur dgn uniform tadikanya.


Anim, yg tidur dgn neneknya setiap mlm


Baby Sarah.

Dan, sesudah penulis mengambil gambar kelima2 mereka, penulis pula yg mengalami situasi "bulu bertemu bulu". Mata penulis menjadi berat. Zzzzzz......(Sweet dreams ..or Beautiful Nightmare). U think?.

Wednesday, June 30, 2010

I'm Strong, I'm Invincible, I'm Woman.

Sori, entri ni hampir 2 minggu lambat. Bukan entri terkini, tetapi TATAP sensasi. Hahaha. Itu pun menurut FORBES la.

13 Jun- Penulis membawa jiwa yg terluka dari Bahau ke Kota Metropolitan, KL. Sgt sedih, rupanya roommate di Bahau adalah tempat mengadu Prince of Persia. Dan tanpa di ketahui oleh Yat (bukan nama sebenar) tentang perasaan penulis terhadap PoP, dia menceritakan kpd penulis segalanya. Hmm, dan apa yg merobek hati penulis ialah, PoP cinta separuh mati dgn rakan baik penulis sendiri. Bak kata pepatah, Best Woman Win. Penulis tahu, berbanding sahabatnya itu, dia bukanlah yg terbaik. Rendah, kulit muka tak halus dan tak pandai bergaya jika dibandingkan dengan sahabatnya. Hmmm...penulis redha melepaskan PoP kerana dia tahu, PoP akan bersama seseorang yg dia amat kenali, baik dan beragama. Lainlah kalau 'seseorang' itu tidak dikenali latar belakangnya. Biarlah, patah tumbuh hilang berganti. Dan kesedihan itu diluahkan dgn melahap Burger King di KL Central, ketika menunggu diambil oleh seorang lagi sahabat iaitu Min, utk dibawa bermalam dirumahnya di Mutiara Damansara.

14 Jun- Hari ini, penulis yg masih lagi kepenatan muscle dan mental berehat sahaja di rumah Min sambil mengupload gmbr2 percutian di Padang ke FB, dan melayan komen2 yg datang bertalu2. Maklumlah, telefon bukannya BlackBerry. Jd selama seminggu, berpuasa sekejap dari berFB, blog, Youtube, YM dan yg seangkatan dgnnya. Arghhh..pakaian kotor pun byk nak dicuci.

15 Jun- Menerima panggilan dr Puan Pengarah Pelancongan Penang. Pn. Pengarah mencadangkan agar penulis bermalam bersama seorg lagi sahabat sePalapes, iaitu Nijah, sambil2 membantunya kerana baru berpindah rumah. Pada mulanya, penulis segan utk bermalam di rumah Nijah memandangkan dia dah ada teman sekelamin. Mengganggu pulak. Tp setelah dipastikan oleh Pn. Pengarah Jaime, rumah baru yg didiaminya kini besar, byk bilik dan 'kalis bunyi', maka penulis pun mulalah menjadi Nomad di rumah Nijah utk semalam. Takut juga, kalau permintaan tidak dipenuhi, ada jiwa2 yg terasa hati.

The sun was HOT, so were the girls.

16 Jun- Menerima panggilan dr Sya, yg baru balik dari London. Kali terakhir berjumpa 4 tahun yg lepas. Dia mengajak menonton wayang Lagenda Budak Setan. Penulis LAYAN je. Best juga cerita ni. Dan malam ini, penulis bermalam dan tidur sekatil dengannya.

Me & Sya

17 Jun- Penulis, Sya, Min dan 3 org lagi ada 'projek baik punya' hari ni kat Banting. Hahaha. Semuanya dengan masalah yg serupa. Ustaz yg 'merawat' masalah kami turut ketawa dengan jenis penyakit yang ditulis pada buku rawatan. Semuanya 'SCANNING". Hahahahaha. Tak kisah la. Yang penting, BERUSAHA. Barulah disusuli dengan TAWAKAL. InsyaAllah, dgn izinnya.

Mlmnya pula, PoP + penulis + Sya menonton wayang Sex In The City. Hahahaha. Kelakarnya cerita ni. Teringat Jaime dan Nijah masa ni. Kalau dorg ada, sure makin meriah lagi cinema tu. Best la watak Samantha. Mengingatkan pd watak Edie Desperate Housewives. Tp sehebat2 watak samantha, hebat lagi Bouncy si Nanny. Wahhhh.... menggila si PoP yg duduk disebelah gelak.

Oh my, oh my...mamamia

Lps huha, huha tgk Sex In the City, kami bertiga pergi ke Taipan Seremban utk makan sate tulang. Den mengidam ooooo...Dan mmg sungguh mamamia sate tulang itu. (Bukan tulang lembu, tapi tulang ayam-rusuk, leher dan bahagian2 yg sedikit shj isinya. Sedap dihisap2. Haha)

18 Jun- Hr ni breakfast dgn sate tulang yg tak hbs smlm dan masih kat dlm kete. Hahaha. Sejuk pun, sejukla. Rasa masih sedap mcm semalam. Tibai je...Dan hari ni, giliran penulis pula utk bermalam di rumah kakak.

Fr Left: Maryam(Youngest), Syahmi(Eldest), Arshad(2nd), Umar (3rd)

19 Jun- Poie Somban utk naik Microlight. Dah lama nak naik Microlight ni, masa pg A' Farmosa 5 tahun dulu. Yg ni, naik free. Yuhuuuu....Click here for the vid

Lps tu, pg pula ke Bukit Sendayan/ Dangdut utk tgk Paraglider dr Quebec, Pierre-Yves Robert dan geng NSSAC paragliding.


20 Jun- Tamatlah pengembaraan kali ini. Hari ni, penulis balik ke kampung halamannya.
Happy Father's Day. Sedih bila takde bapa nak diwishkan. :-(

Saturday, June 26, 2010

JIPC 2010

JIPC or Jempol International Paragliding Competition. Berlangsung selama 3 hari dr 11-13 Jun. Penulis dtg bukan sebagai peserta, hanya sebagai penonton. Cuma bagi sokongan moral, di samping ingin bertemu dengan mereka2 yg selama ini cuma ketemu secara maya. Dan, melawat bukit2 yg selama ini cuma dilihat dr skrin komputer.

11 Jun- Hari pertama yg bermula agak lambat. Hmm...kena maklum la sukan ini bergantung sepenuhnya kepada keadaan angin. Bosannya menunggu, dah la panas. Akibat cuaca yg terik, pening kepala mula lah datang. Hya satu flight sahaja yg dapat Cross-country, kalau tak silap landing sejauh 33 km dari tempat Take-Off. Yang lain semua Top to Bottom. Sebenarnya, bergantung kepada nasib dan skill juga utk terbang lama dan tinggi.

Paragliders sedang sibuk men'set' GPS mereka.

Dan yg bestnya hr ni, penulis berkenalan dengan ramai paragliders tempatan dan luar negara, seperti dr UAE, Nepal, South Africa dan banyak lagi la. Wah...terasa kecil sekali diri ini bila bersama mereka. Kecil dari segi pengalaman dan fizikal.

Dari duduk sehinggalah baring, menunggu angin.

12 Jun- Hari ni, muka dah semakin perit. Penulis bercadang menghabiskan masa di tempat berkumpul sahaja. Tak kuasa lagi Parawaiting kat tempat Take-Off. Panas. Tp hari ni, keadaan angin agak memberangsangkan. Byk juga yg Cross-Country dan Babu, Paragliders dr Nepal itu membuat aksi Wing Over. Wow!!!!. (minit 1.45-2.15, lihat inlet. That's wing Over).

Dan malam ini kami ada jamuan makan bersama Ahli Parlimen Daerah Jempol sempena Program "ntah apa ntah", (dah lupa namanya) anjuran Majlis Perbandaran Jempol. Semua bengang. Ntah apa2 ntah. Dah la ramai foreign Paragliders, mkn malam setakat mihun yg ditapau dlm polisterin?. Wow, level budak sekolah menengah ke?. Ntahla apa pandangan dorg, yg penting ramai yg bengang. Alasannya, tiada peruntukan. Tanpa membuang masa, satu demi satu cabut meninggalkan majlis.

Eh, kat tmpat kami makan tu, tak lama YB yg merasmikan majlis tadi pun datang. Hahahaha...agaknya dia pun tidak berpuas hati atau tak kenyang dengan mkn mlm yg disajikan.

13 Jun- Hr ni angin '0'. Tak de langsung. So, dr membuang masa menunggu org terbang tak juga terbang2, penulis balik hotel dan buat refleksologi. Maklumlah, penat berjalan masa di Padang. Lagi berbaloi.

Kesian sendi jari jemari bdk dr China ni,
smpi berkematu akibat tlampau diguna semasa refleksologi.


Dan mlm ni mlm penutup. Mkn mlm kat Home Stay, Kg. Lonek. Ni baru lah best. Ada nyanyian Minang, mknn pun sodap2 belako, ada daging salai masak lomak cili padi, ado ikan keli goreng dan banyak lagi lah. Tp penulis suko kambing black pepper, dan ikan bilis+kacang+keripik kentang+ serunding kelapo. O mak ekau...gendang gendut tali kecapi perut den.

That's all folks. Bye. Happy commenting.