Sunday, April 3, 2016

Iceland: The Land of Fire & Ice.

Seperti orang lain juga, pada mulanya aku pun tak tau Iceland tu di mana. Tp, aku rasa mesti dekat-dekat dengan Finland, Greenland dan mesti di sekitar Eropah. Maka, mulalah aku meng'google'. Taraa.....

Iceland atau "Island".

Setahun yang lepas, sebelum kewujudan filem Dilwale, aku cuma tau pasal Blue Lagoon dan Hot Spring je kat Iceland ni. Itu pun, selepas layan blog 'Kenyalang Celup".

Filem Dilwale pun sebenarnya aku belum tengok lagi. Tapi aku sempat tengok Video Clip Gerua dan Janam Janam la. Haaa...baru la aku tau banyak tempat menarik kat Iceland ni. 3 bulan sebelum menjejakkan kaki ke sana, mulalah aku membaca sedikit sebanyak psl Iceland. Supaya tak lah bodoh-bodoh ikut orang je kan...

Oh ya, buat kali ketiga aku ikut rombongan Malaysian Explorers Club (MEC). Kos untuk tiket KLM: KUL-AMS (Amsterdam)-KEF (Keflavik)-AMS-KUL RM 4512.90. Ground Handling untuk 7H6M RM 2600.00 ( lps tolak 5% harga alumni dan harga kasih sayang dari pihak penganjur. Tq Abang AD <3 ), Mandi kat Blue Lagoon RM 170.00 (Euro 38.50). [Harga asal Euro 40.00 tp kami dapat diskaun sbb pergi dalam jumlah yang banyak- 26 orang yang mandi]. Jadi, jumlah keseluruhan RM 7, 282.90 ( tidak termasuk makan ).

Oklah, terus ke itinerary di hari kedua, 14/3/2016 ( sbb hari pertama sampai pun dalam jam 3.00 petang waktu tempatan. Gitu gini check-in hotel dah malam. Dan rehatlah untuk malam itu selepas 13 jam penerbangan dari KUL-AMS dan transit 8 jam kat Schiphol Airport, dan 2 jam 40 minit AMS-KEF). ZZzzzzz....

BLUE LAGOON. 

Nak book tiket ke, nak tau lebih lanjut psl Blue Lagoon ni, click website ni www.bluelagoon.com

Kita layan gmbr dulu.

 Dr blkg ke depan: Suhaida, Suhaiza dan Suhaila. Brp byk Sue la?. 
So, aku putuskan, biarlah aku dipanggil Yoyop (aka nickname aku).

 Antara produk yang dijual kat sini- Silica Mud. Kononnya baik untuk kulit muka. 
Sebab free, aku pun tenyehla tebal-tebal.  

 Ni view Blue Lagoon dari atas. Boleh order beverages dari bangunan berkaca tu. 

Nak turun ke air ataupun naik ke darat merupakan cabaran yang paling getir ketika berada di sini. Nak tau kenapa?. Sbb sebelum berendam, pengunjung kena mandi dulu untuk mengelakkan segala bahan kimia yang dipakai tidak ikut sama berendam ke dalam kolam. Kat "shower room" dan "changing room" ni korang akan lihat sesetengah minah saleh dengan selambanya berbogel. Awww...aku pulak yang malu bila ternampak parts yang "tidak patut dilihat". Dalam keadaan basah tu pulak, dgn hanya berbikini atau berbaju renang yang nipis, korang kena mengharungi angin kencang dan sejuk sampai ke tulang sebelum sampai ke kolam. Fuhhhhh.... SEJUK GILER!!!! Semua pun akan berlari-lari anak untuk masuk/ keluar dari kolam untuk mengelakkan kesejukan yang melampau itu. Selepas berendam selama sejam aku pun naik sbb jari jemari dah pun kecut.

Hari ni, tu je la aktivitinya. Plan mlm ni, nak tgk Aurora. Tp disebabkan cuaca agak mendung, no Aurora for tonight. :'(  ZZzzzz...

Hari ni (15/3/2016) kami pergi ke Thingvellir National Park, Gullfoss @ Gull Waterfall dan Strokkur Geysir.

THINGVELLIR NATIONAL PARK.

Ntah knp aku suka la tgk batuan dia tu. 

 Otw ke Oxararfoss @ Oxarar Waterfall.

Oxarar  Waterfall, boleh nmpk dari jalan. Jauh jg mnapak dari tempat parking kereta.

Sedikit fakta mengenai Thingvellir National Park: 
1) Disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO pada 2004.
2) Terdapatnya Tasik Thingvellir, tasik semulajadi terbesar di Iceland (berkeluasan 1,300 km persegi). 
3) Banyak acara penting yang melibatkan sejarah Iceland berlangsung di sini, antaranya penubuhan Parlimen sekitar 930 S.M, "adoption of Christianity" sekitar 1000 S.M, penubuhan Republic Iceland Moden pada 1944. 
4) Terletak di persimpangan dua lapisan tektonik yang mana sangat mudah dilihat berbanding tempat lain di dunia. 
Jelas kat sini menunjukkan lapisan tektonik (tembok batu) di kiri dan kanan aku. 

GULLFOSS @ GULL WATERFALL 


Trivia Gullfoss:
1) Terdiri daripada 2 air terjun. 
2) Ketinggian air terjun di bahagian atas ialah 11 m manakala air terjun di bawahnya berketinggian 20 m.
3) Gaungnya dianggarkan 2.5 km panjang dan 70 m lebar. 

STROKKUR GEYSIR

Air panas ini memancut setiap beberapa minit dan boleh mencecah sehingga ketinggian 70 m. 


That's it for today!.

16/3/2016: Another new beginning. Hari ni mrempit lagi. Destinasi, Jokursarlon Lagoon, Reynisfjara dan Dyrholaey. 

 Lengangnya jln dan takde pokok yg dapat diperhatikan. 

JOKULSARLON LAGOON

  Ais baru mula nak mencair. 
Nak naiklah atas ais ni, mcm Kajol & Shah Rukh Khan. 
Tp tak berani sbb ais ni sedang dihanyutkan ke laut. 

REYNISFJARA/ BLACK SAND BEACH 

 Nmpk familiar?. Kalu tak, tgk video clip Janam Janam. 

Kat sini la Shah Rukh Khan berlari2 anak, dgn camar putih berterbangan. 

 Video yg menunjukkan salah sebuah gua kat Black Sand Beach. 

Sblm ni aku ingatkan pasir pantainya yang berwarna hitam tu, tapi rupa2nya batu. Semakin mendekati laut, semakin kecil, semakin membulat (umpama biji kopi) dan semakin menghitam batunya. Ada juga kawan yang mengambil/ membawa balik batunya tu, sebab 'cute' tapi aku tak lah...mana tau ada penunggu batu hitam tu. Tak ke naya kalau aku terpaksa serah balik batu tu ke situ?. 

DYRHOLAEY 

 Panoramic view of Dyrholaey.

 Over-looking the Black Sand Beach. 

Dyrholaey telah diwartakan sebagai rizab semulajadi pada tahun 1978. Objektifnya adalah untuk memulihara landskap dan ekosistem kawasan itu, yang kaya dengan kepelbagaian spesies burung. 

17/6/2016. Byk2 hari spjg trip ni, rasanya hari ni sgt memenatkan. Knp?. Sbb memerlukan kudrat 4 kerat. Nasib baiklah aku "FIT EVERYWHERE!".

DC3 WRECK PLANE 

4 km pergi + 4 km balik = 8 km pergi balik berjalan kaki

 Inside the plane.

Gambar yg lejen sekali... Kajol versi Jawa. Perghhh...

Alkisahnya, kapal terbang DC US Navy ni kehabisan minyak dan terhempas pada tahun 1973. Nasib baiklah, kesemua penumpang terselamat. Selepas post-mortem, barulah didapati kapal terbang itu terhempas bukan disebabkan kehabisan minyak tetapi pilot itu yang tertekan suis tangki minyak yang salah. (Alahaiiiii...mcm ini pun ada ka?). 


SKOGAFOSS

Kat sini la air terjun dengan pelangi tu. Ada yang bertanya, "mmg sentiasa ada ke pelangi tu?". Untuk menjawab soalan tu, kita kena berbalik kepada prinsip Fizik. Pelangi terbentuk akibat pembiasan cahaya dalam titisan air seterusnya menghasilkan spektrum warna. Jadi, berbalik kepada soalan di atas, selagi ada cahaya matahari, selagi itulah pelangi dapat dilihat di sini. 

Ckp byk korang bukan hadam pun. Korang prefer tgk gambar kan?. Haha...Jom layan gambar sat noooo...

Tu pelangi nyer...

Aksi Kajol terussss....sungguh berguna shawl ini dibawa (Y)

 Korang bleh nmpk pokok ke tidak?.  

Terkombang kompis haaa lobang hidung mnapak sampai atas tu...
But the view up there... phew....just simply awesome!

SELJALANDSFOSS

Destinasi terakhir untuk hari ini. Memandangkan dah agak lewat dan gelap, kami dinasihatkan agar meluangkan hanya 10 minit kat sini. Oleh kerana nak berhabis bergambar dalam masa yang sekejap je, aku terlupa pulak memakai gloves. Kelam kabut turun dari kenderaan punya pasal. Cerita seterusnya bersambung.....
  
  Gmbr hadapan...sebelum basah lencun. 

 Lens kamera tgh basah lencun. 
Begitu la juga dgn orang yang melalui laluan ini utk ke bahagian belakang air terjun. 

Tangan yang basah, tanpa gloves. 
Fuhhh....my fingers were numb with cold.

Sampai satu peringkat, jari aku tak boleh press button kat selfie stick tu. Arghhh...sblm jari aku hypothermia, better lari masuk dalam kenderaan. Panas sikit!. Dan, berakhirlah cerita untuk hari ini.

18/3/2016. Hari terakhir sblm balik ke Malaysia esok. Sblm check-out, kami disajikan dgn pemandangan 'super cute' ini di halaman belakang hotel.

Bdk2 pra-sekolah sedang menjalani Pendidikan Jasmani.

Hari ni ronda2 sekitar Reykjavik, ibu negara Iceland. Bandarnya biasa je. Pandangan peribadi aku, gah lagi KL. Di sini, tak byk bangunan tinggi dan tak byk Mall.


 Sun Voyager Sculpture

Hallgrimskirkja church

Fish stew... ISK 2100 (RM 63). Asalnya aku nak makan Whale steak. Tp takde jual hari ni. 

 Jln2 cari souvenir. 3 Fridge Magnet je yg aku berkenan. 

 Kat Vikingaheimar. 

 and Viking wannabe. #Jangankecamsaya.

Tu je la rentetan sepanjang 7H6M sepanjang aku berada di Iceland. Antara benda yg aku nak habaq kat korg. 
1) Better korang cari souvenir kat Keflavik Airport. Harga lbh murah dan pilihan pun cantik2 berbanding kat town. 
2) Kalau taknak rasa air paip yang berbau sulfur atau berasa kentut (bak kata Norazlina Shariff), belilah mineral water/ bottle water. Harga 1 L yg aku beli adalah ISK 399 (lbh kurang RM 12.00). Mahal tak mahal?. 
3) Had laju di jalan raya ialah 90 km/j. Sendiri mau ingat sbb takde signboard hadlaju sepanjang jalan. Haha. Kami ditahan polis berikutan supir membawa 160 km/j. Tak gitu abg AD?. Nasib baik tak cerita kat balai. 
4) Tourist attractions semua pun percuma, kecuali Blue Lagoon. Kalau taknak mandi, tapi masuk ala2 YB melawat kawasan, kena bayar Euro 10. 
5) ISK (Icelandic Krona) ni susah dapat kat Malaysia. Korang tukar je kat airportnya. Lbh untung banding tukar kat Schiphol Airport. 
6) Beza masa 8 jam. 2,3 malam pertama, aku dapat tidur sekitar 4 jam sehari je sbb selalu tbangun tgh malam. 
7) Selama di sini, aku tak nmpk pokok. Hanya rumput kuning. Mungkin masa musim panas nanti, rumput kuning diganti oleh rumput hijau dan lumut. Mgkin sbb takde tanah. Tanahnya terdiri dari batuan halus dan kasar. 


Oklah. Semoga tulisan ini bermanfaat. Ada sebarang soalan, feel free to ask. Happy travelling. Happy Backpacking Guys.


7 comments:

Norazlina Shariff said...

Cecececeh....nama mak ada disebut2, i loikee....tapi rupa2nya air rasa kentut tu berkhasiat yop! 😆

Si Yoyop Bah... said...

Hahahaha...mmg takde org lain dah yg kata air rasa kentut tu. You and only you.

Norazlina Shariff said...

Hahahahaha...very rare 😂

Nur Aisah Sahada said...

Suhaila..ko mmg brbakat bab2 mengayat ni..kelakar dan buat org rasa mcm ada d sana...aku paling sukak "kajol versi jawa"...hahahahaah

Si Yoyop Bah... said...

Aku kan Jawa.

Anonymous said...

Kalau 6 org boleh ke ambil kereta yg 5 seats je dkt Iceland ni?

Si Yoyop Bah... said...

Hi. Sy kurang pasti tp anda mgkin boleh tya page fb: Guide to Iceland. ;-)