Thursday, June 18, 2015

Bonjour....


Bonjour...Lama tak update blog ni kan?. Mcm bersawang dah. Trip kali ni jln berdua, dengan kawan yang dikenali sejak Tingkatan 1, iaitu Claudia. Perancangan telah dibuat bmula akhir tahun lepas. Maksudnya, dlm 6 bulan perancangan juga la. Aplikasi yang diguna untuk mencari tiket kapal terbang yang termurah adalah Skyscanner, cari hotel/ hostel guna Agoda, Booking.com, Hostelworld.com, airBnB.com dan rujukan utama kat www.kakiberangan.blogspot.co.uk, www.blueewok09.blogspot.com dan www.rossdowsen.wordpress.com.

Ok. Ni adalah itinerary sepanjang berada di Paris.

Tak nampak eh?. Double click pls...

Suka saya nak mengingatkan jika anda menggunakan Vietnam Airlines, better email kat booking.nro@vietnamairlines.com utk request meal yang anda nak...I mean, for my case, I requested Moslem Meal untuk mempastikan makanan yang dihidang kat kita adalah Halalan Toiyiba...Dan apabila namanya Vietnam Airlines, haruslah pit-stop kat Vietnam. Dlm kes saya, kami transit kat Hanoi sblm meneruskan flight ke Charles De Gaulle (CDG), Paris.

Sesampainya di CDG, kami terus membeli tiket train kat situ. Hihi...lucu juga memprint tiket yg dibeli online di ofis tiket SNCF berdasarkan nombor rujukan tiket. Sedikit jakun. Arahan mesin print tiket dibaca perkataan demi perkataan...maklumlah, first time...

Setel dah urusan tiket, kami meneruskan perjalanan menaiki train utk ke stesen Gare Du Nord. Di dalam train, kami duduk bersebelahan dengan 2 org rakyat Malaysia. Dorg dah nak balik Malaysia... 2 bulan berbasikal travel merentasi Europe. Wah..epik sungguh mode pengangkutan they'ol...terimpress I.

Dipendekkan cerita, sesampainya di Metro Simplon, wah...ada pasar pagi (lbh kuranglah) sepanjang jalan di kaki lima. Buah-buahan seperti ceri, aprikot, strawberi, plum dll begitu banyak terjual dan mensexcitedkan I. Farmasi, kedai runcit dan kedai makanan timur tengah pun ada di sekitar so I rasa senanglah hidup kat sini selama 3 hari.

From left: Me, Claudia, Ratna & Karim. 
Daripada 5 bintang, bolehla sy bagi 4.5 bintang utk BnB Ratna & Karim ni. Guest bebas menggunakan kemudahan di apartment ini seperti di rumah sendiri. Ada washing machine, coffee machine, wifi, dapur, etc. Ke mana 0.5 bintang yang hilang tu?. Sy tak suka lantai yg dipijak berbunyi, apartment yang terletak ditingkat dua dan takde lift serta kunci rumah yg kadang2 susah dibuka atau dikunci. Cerewet....Tp kalau anda tak kisahkan tu semua, mgkin AirBnB ni boleh dapat 5 *****. Juga, dorg ni very friendly and helpful.

Aktiviti hari ni pula... Kami sekadar meninjau2 kawasan berdekatan. Berbekalkan map dan bjalan kaki je ke Sacre Couer yang menempatkan sebuah Gereja Roman Katolik yang terkenal. Jarak dalam 1 km tp oleh kerana terletak kat highest point of Montmarte, perlu berjalan menaiki bukit dengan kecerunan 30 darjah dan menaiki banyak anak tangga, tidak dinafikan lobang hidung tetap terkombang kompis la. Hahahahahaha.

For the first time, I entered a church. Mcm terperasan org pandang semacam je. Or, perasaan I je.

Paris skyline from the Sacre Couer Bassilica.


Otw balik ke "rumah", singgah mkn kebab kat restoran Timur Tengah. Pekedai tidak boleh berbahasa Inggeris dan kami tidak boleh berbahasa Peranchis, berbahasa isyarat dan aplikasi "Translate" menjadi perantaraan. Hahaha.
Portion nya cukup besar dan mulut dah habis nganga dah. Kos 5 Euro. 

Merayau lagi ke flea market yg terletak di Saint Ouen tp malangnya, jam 5 dah tutup. Jd, cuci2 mata je lah masa pekedai sibuk mengemas barang. Huhu.

Destinasi terakhir utk hari ni adalah ke Moulin Rouge. Tp tak le tgk persembahan kabaretnya...mahal you. Cukuplah sekadar ambil gmbar kat luar. Boleh dah kata kat orang, "Been there, done that!".

Wp dah end of may, tapi masih sejuk.
 End of day one. Zzzzz.....and I slept like a baby...


DAY 2: 1 JUNE 2015  

Hari ni kami akan menerjah Landmarks Kota Paris...bermula dari Arc de Triomphe, Champs Elysees, Louvre Pyramid, Notre Dame dan akhir sekali, of course la Eiffle Tower. Hari ni la tiket mobilies zon 1-2 digunakan. Tiket ini unlimited use for a day, khas utk zon 1-2 sahaja. Bermula dari Arc de Triomphe kami berjalan kaki melalui Champs Elysees sehinggalah Louvre Pyramid. Jln terus je melalui Champs Elysees Avenue, no belok2. Wp ada tiket mobilies zon 1-2 tp kami memilih utk berjalan kaki adalah kerana kami ingin merakamkan gambar sepanjang perjalanan. Kalau naik train, banyak view yg menarik sepanjang 3.6 km ni tak dapat diambil...ataupun tak cantik sbb diambil semasa train bergerak. Penat kaki jgn ckp la..Haha.

Ckp byk pun tak guna...tunjuk bukti je la...


Close-up look of the Arc de Triomphe

Panoramic view of Louvre...
Bukan berlakon baring ni tp mmg dah teramat penat dah ni.

Oh ya...gmbr ni diambil kat Trocadero. Rasanya the best spot utk ambil gmbr Eiffel tower. Trocadero ni kawasannya agak berbukit sikit. Paling senang nak cam ada air pancut disekitarnya. Nak ke Eiffel dengan train bolehla stop kat Metro Trocadero. 

Sblm balik rumah, singgah sebentar kat HRC. Melayang Euro 48.95 membeli jaket. 
Gmbr "minta puji". Mcm membeli banyak...Hahahaha

Oh ya, lupa mention psl mkn di mana. Hr ni kami makan tghari kat restoran Kashmir/ Pakistan kat Elysees Champs Ave. Restoran ni terperuk kat dlm bangunan sikit..tp senang je jumpa sbb ada sorg dgn rupa paras Pakistan siap bpakaian tradisional berdiri kat kaki lima memegang signboard restoran. Psl mkn di mana dan makan apa byk pilihan kat Elysees Champs Ave. ni, sebut je...macaroons?, French Cuisine?, Vietnamese meal?...semua pun ada di sini.

Cheese naan 4 Euro + Tika Chicken 6 Euro
End of day 2. Mlm ni tertidur sambil tersenyum sbb all the main landmarks checked.


DAY 3: 2 JUNE 2015

Hari ni ke Paris Disneyland dan akan meluangkan 1 hari di sana. Oh ya, sblm tu, kami singgah kat train station utk membeli tiket Les Moussoux -> Montreux di station Gare Du Lyon. Looking familiar?. Lupa plak dlm movie apa set kat station ni. Harry Porter ke?...

Gare Du Lyon train station.
Disneyland terletak di Zon 5, jd hari ni tiket Mobilies Zon 1-5 digunakan. Harga tiket masuk untuk satu taman (Theme Park/ Walt Disney Studio) adalah Euro 45.00. Kedua2 taman bersebelahan je. Tp dipisahkan oleh tembok yang tinggi. Berminat?. Boleh rujuk info berkenaan harga tiket dll di sini: http://holidays.disneylandparis.co.uk/offers/standard-ticket.html. Kami masuk Theme ParkYg bestnya, bermula bulan Jun, ada perarakan FROZEN. Wah...fefeeling jd princess gitew...Yg happening betul kat sini adalah budak2 yg datang, ramainya yg berpakaian ala2 Elsa. Meh layan gambar. 

Elsa/ Princess wannabe.


Elsa  and Anna in action.
Right after the "Frozen: Sing-Along" show.
Just before the Walt Disney characters Parade. 
Yeah...Elsa and Anna during the parade.
Wp Theme Park ni tutup jam 10.00 mlm, tp kami balik jam 5.00 ptg agar dapat packing barang sbb nak check-out dan recharge sbb nak jln jauh esok.

End of day 3...Zzzzzz..and I slept like a log.


DAY 4: 3 JUNE 2015

Hari ni jalan jauh...4 jam travel, 3 kali tukar train ke Les Moussoux, jauh ke pedalaman Peranchis. 

Route: 
PARIS GARE LYON - BELLEGARDE GARE ( By TGV ) - ST GERVAIS FAYET - LES MOUSSOUX. 

Ingat:
1. Masa pertukaran train kat St Gervais Fayet - Les Moussoux tu jgn lenggang kangkung ye. Sbb 6 minit je gap masa kat situ. Kalau terlepas, kena belilah tiket baru. 
2. Coach train ni ada kelas 1 dan 2. Malu wei kalu beli kelas 2 dan duduk kelas 1, dan siap kena sound oleh staff train yang check tiket. Nasib kami dah sedia maklum pasal ni. 
3. Validate kan tiket sblm naik train pada tarikh yang sama dengan tarikh yang tertera kat tiket. Mesin validate berwarna kuning/ orange ada kat platform train tu.
          
Dapat dilihat perubahan muka bumi. Dari kawasan yang rata dan padat dengan bangunan konkrit kepada kawasan perkampungan berbukit-bukit, padang ragut sejauh mata memandang diselangi puncak gunung yang masih bersalji. Sangat cantik dan mendamaikan. Sesungguhnya, mata memang mengantuk, perut agak lapar kerana hanya bersarapan nescafe 3-in-1 dan strawberry pagi itu dan kaki mmg penat sbb selama 3 hari dah berjalan berkilo-kilometer...( Well, I am not complaining here ). Tp semua itu hilang bila disajikan dengan pemandangan cantik. 

To cut the story short, sy tak rekemen Chamonix Lodge ni. Sbb, lain yg kami booking, lain yang kami dapat atas alasan dah ada org tinggal kat bilik tu. Kami booking twin room tp dibagi double-decker. Jln ke hostel ni dr train stop pula jauh dan tidak berturap, jd agak menyukarkan bg yg menarik luggage bag mcm aku. Dan last sekali, tgh mlm alarm berbunyi. Agak mengganggu tidur ditambah lg dgn ada guest yg menjerit, "NOISYYYYY". Holy Crap!. 

Oh ya. Aiguille Du Midi ni terletak kat Chamonix. Slps Les Moussoux, the next stop for train adalah Chamonix. Kami tak stay kat Chamonix adalah kerana hotel/ hostelnya mahal.

Lps simpan barang kat hostel ni, kami bergegas ke Aiguille Du Midi station. Jln kaki je dlm 10 minit. Kalu lenggang kangkung, berhenti-henti lagi utk ambil gmbr dlm 15 minit (mcm kami le tu. Haha). Tiket utk pergi-balik Euro 57. Last cable-car turun dr atas pd pukul 5.30 ptg. Jam menunjukkan pkl 2.00 ptg so overall kami ada masa selama 3 jam di atas. Okay...ready utk melayan gmbr...
Ni kat Gare sommet, station ke 2 Cable Car berhenti. 
Yg kat atas tu la puncak Aiguille Du Midi yang berketinggian 3842 m, puncak tertinggi kat France. Malangnya, hari tu ditutup kerana ada penyelenggaraan dibuat. So, kat Gare sommet yg berketinggian 3778 m ni je la kami ke hulu ke hilir.
Ada yg hiking, skiing dan jg paragliding. Yeay....happeningnya....
Gare sommet from different angle
Dalam terowong yang menghubungkan Aiguille Du Midi dgn Cable Car ke Mont Blanc.
Bila karnivor menjadi herbivor... mmg susah nak hbs. Bw smpi ke dinner. Kos Euro 7.60
DAY 5: 4 JUNE 2015

Hari ni, "Bye-bye Paris, Welkommen Switzerland". Destinasi seterusnya adalah Mousseux.
Panaromic view kat Les Moussoux train station
Route: Les Moussoux -Vallorcine - Martigny - Montreux.
( 3 kali tukar train, 2 jam perjalanan ).


Berhati-hati kat sini sbb coach train akan "split" kat Vallorcine. Maksudnya, sekiranya train dgn 6 coach menghala ke Vallorcine, 3 coach itu akan terpisah menghala ke Martingy, dan 3 coach lagi akan menghala ke arah bertentangan. 

Nasib Claudia cepat perasan somethg was wrong. Hmm...tya2 passenger berhampiran, wp bcakap mcm itik dgn ayam, the gentleman pun temankan kami ke coach paaaaaling hjg ( Kelas 1 ) sbb kat situ ada officer yg bertugas. Tya pya tya, dia pun bgtau masa stop kat Vallorcine tu, turun dan pindah coach. Nasib...tak perlu beli tiket baru. Cool je officer tu. Haha..dan hensem!.

Oklah...cerita selanjutnya bersambung kat entry lps ni...sbb dah kat Swiss kan. Tak paham, tak jelas ke...tulis kat komen ye. Bye..

3 comments:

Unknown said...

pjalanan yg sgt2 best..hrp satu hari dpt ke sana "berhoneymoon" wlpun sdh beruban....hahahaha

Si Yoyop Bah... said...

InsyaAllah. Rambut bruban tu tak jd masalah. Yg jd masalah bila kaki tak kuat sbb tak kan travel nak btongkat dan bkerusi roda kot?. Haha

sun ah said...

Louvre....sana ada muzium kan? Monalisa?
Anyway...gila wei...bila baca blog ko, aku pass jak nama2 tu semua...susahnya disebut...walaupun baca dalam hati..hehe