Thursday, November 28, 2013

Vietnam revisited.

Ini adalah kali kedua aku mengunjungi Ho Chi Minh City (HCMC). Pengalaman kali pertama boleh dibaca di sini dan di sini. Kali ni pergi berdua je dgn mak aku. Misi kali ni adalah semata-mata utk bershopping. Idea muncul selepas beliau menonton rancangan TV yg menampilkan Mazidul Akmal Sidek, memborong kain baju di HCMC.

Memandangkan tujuan utama hanyalah utk shopping, jd aku pun tidaklah mengambil sebarang tour. Jadinya, aktiviti setiap hari selama 3 hari berada di sana memang tawaf kedai je la.

Hari Pertama -19 Nov 2013

Checked-in kat Kelly Central Hotel & Spa dalam pukul 8.00 mlm. Terus tidur sbb pening kepala yang amat sangat sehingga muntah dan 'berak'.  Oppsss...terlebih sudah!

Hari kedua- 20 Nov 2013. 

Feeling very well today. Sesudah sarapan ( dalam 7.30 pagi ) terus berjalan kaki ke Ben Tanh Market. Jarak dari hotel ke Ben Tanh dalam 5 minit berjalan kaki je. Dr htl ke Ben Tanh, "just go straight and no belok2". Seriously, jln lurus je ikut jalan raya. 

 Chu Ben Tanh @ Ben Tanh Market. Di belakang tu Bitexco Financial Tower.


Kedai belum buka U. Hahaha

Bukan kami berdua je yg terpacak di depan kedai yang belum buka. Masa kami tengah bersarapan di Tingkat 1 hotel dah nampak rombongan Cik Kiah dari Malaysia berjalan kaki menuju ke Ben Tanh. Keliling punya keliling kedai, jam 8 pun kedai dah banyak yang buka. Apalagi, gunalah kepakaran tawar-menawar. Walau bercakap macam itik dan burung, adakalanya tak bercakap tp hanya menekan kalkulator dan menggunakan bahasa isyarat, seawal jam 10 pagi, kami sudah habis Round 1 utk pagi ini. Balik hotel untuk hantar barang dan tidur kejap. 

Asalnya nak servay2 aje...Nah, hambek mu!

Bangun tidur, pegi lagi Ben Tanh. Hmm...setakat membeli Table Runner bersulam (RM 50 ~ VND 300,000 ) dan buaian utk taman (RM 15). Lps tu makan tghari merangkap mkn malam sekali kat Banana Leaf. Haha..nak jimat duit pya psl.


Naik teksi bermeter ke sana dikenakan VND 50,000 (~ RM8) tp masa balik, naik teksi bermeter yg lain dikenakan VND 500,000 (~ RM 80). Sedangkan dari Airport ke pusat bandar pun VND 200,000 je. Jarak jauh tu. Ni dalam area bandar je ni. Biar betul!!!. Aku dah mcm dirasuk sawan babi. Bab2 pijak kepala ni aku mmg tak boleh. Kat situ juga "kurang hajar" aku keluar. Dah la VND aku tak byk ( aku bawa RM 200 ~VND 1 juta lbh) dan tak cukup sbb dah tabur2 masa shopping tadi pagi. Akhirnya, mak aku la yg byr USD 20. Aku kalu ikutkan hati nak je lempar duit tu kat muka driver teksi. Nasib baik mak aku sabarkan aku. Dan berakhirlah aktiviti hari ini sbb mood aku terus tak bagus. 


Hari ketiga- 21 Nov 2013


Berpandukan map yg aku siap2 print, aku jlnlah mencari Rohani Collection. Kat situlah yg direkomen oleh Mazidul utk shopping sbb kedai ni menawarkan harga borong. Bagusnya sepanjang jln dari Hotel ke Ben Tanh, Travel Agent, hotel dan kedai makan halal memang byk. 


 Serai dan Kasim Baba ni terletak bertentangan. Hanya dipisahkan oleh jalan raya.


Agak bermasalah juga membaca nama jalan dalam tulisan Vietnam ni. Jd, aku singgah kat satu Travel Agent sambil menunjukkan map di tangan, dan Walla...dalam 2-3 minit berjalan kaki, jumpa la Rohani Collection. 


Seperti semalam, kedai belum buka. Buka pada pukul 9 pg dan kami telah terpacak pada pukul 8. (Melampau kan???). Tp, diorang tetap mempelawa kami masuk.

Baju kurung cotton sdh siap, dengan labuchi dijual dengan harga RM 50. 
Di Malaysia dijual sehingga RM 150 - RM 200. 

Kadang2 bila tlampau byk pilihan, susah la pulak mo memilih. Dan hari ni, aku keluar USD 7 je sbb mak aku belanja beli baju. Hahaha. Bertuah pya anak!. Alhamdulillah...rezeki jgn di tolak. 


Hari keempat- 22 Nov 2013

Hari ni merupakan hari terakhir sblm balik ke Malaysia di waktu petang. Bak kata pepatah, "Baik menyesal membeli daripada menyesal tidak membeli". Makanya, ringgit, dong dan dollar yang kecil2 lebih afdhal dihabiskan daripada disimpan2 tp menimbulkan penyesalan. 

Sekali lagi, pagi tu kami pegi lagi ke Rohani Collection. Kali ni, kami datang lewat sikit. Yg penting, selepas jam 9 la. Wah...dah ada org lain memborong. Sampai duduk di lantai U. Memandangkan org kedai dah sangat mengenali kami, apalagi...menawar sampai berbisik2. Takut org yg memborong tu dengar harga yg ditawar. Haha. 

Pendek kata, aku bukan "Shopaholic". Tp dua kali berturut2 ( lwtn sblm ini dan kali ini), aku suka shopping kat sini. Puas gitu!. Kain Japanese Cotton aku dpt beli dalam 7 psg, kain jubah 5 pasang, baju kurung Sutera Vietnam berlabuchi 1 psg, 1 psg baju peplum dan 1 psg dress. 

Byrn Hotel adalah USD 132 (USD 44 semalam) dan tiket flight MAS KUL-SGN-KUL RM 292. Tiket TWU-KUL-TWU adalah free (warrant ticket). So, overall (termasuk mkn dan teksi) dlm RM 1500. Berbaloi, sgt berbaloi.   

3 comments:

MiN said...

penat aku komen td.. hilang la plak..

MiN said...

memek pun gi gak... hai memek.. masih ingatkah ngan diriku ini :D

aku tak puas hati.. teksi tu meter rosak kaa.. jalan lain dipakai sbb tu mahal kaa.. dia tipu kaa.. or????

pasai pa kedai tu nama rohani collection and tulisan melayu.. ce cerita kat diriku ini yg pegi kali ke 0 ni.. :D

Si Yoyop Bah... said...

Min, aku malas ingat psl teksi tu. mgkin juga rosak sbb cpt btl meternya bgrk bbdg teksi yg mula2 tu. Biasalah kan pelancong, "easy target".
Psl tulisan Melayu tu, ramai yg boleh berbahasa Melayu disana. Bila aku interview, adik-beradik kpd tuan kedai tu (Rohani) belajar beberapa tahun di Terengganu. Mcm rmi juga yg muslim. Ada 1 lg kedai pakaian yg kami pg tu, siap ada waktu msk solat ditampal di dinding. Cuma, bhs melayunya agak pelat sikit dan kalu dorg bckp byk, ada masanya aku ulang balik apa yg dorg ckp ayat demi ayat sbb x jelas maksudnya.