Friday, May 6, 2011

Kuda Hitam adudu...Kuda Hitam....

Wah...slps sebulan baru mengemas kini blog?. Hmmm...memandangkan kesibukan, tekanan dari pelbagai sudut dan kepenatan yang melampau, maka aktiviti menulis terpaksa dihentikan buat seketika.


Kelihatan begitu putih, suci lagi bersih...Seperti penunggangnya.

Kali ni aku nak cerita tentang pengalaman pertama menunggang kuda. Bertempat di Tuaran Beach Resort, kuda yg ditunggang bernama Olympia, berusia 24 tahun. Dan harga untuk menunggangnya ialah RM88/jam. Agak 'malas' tapi 'terpaksa' digunakan kerana 'kehabisan stok' kuda. Aku berasa agak takut...memandangkan pernah terdengar orang terjatuh daripada kuda, ditendang oleh kuda sehingga pengsan dan dilarikan oleh kuda. Hahahaha...Macam2 bermain di fikiran. Selepas diajar cara membelokkan kuda ke kiri dan ke kanan, menggerakkan kuda ke hadapan dan menghentikan kuda, kami seramai 10 orang, iaitu 8 orang paragliders dan 2 orang instructor kuda bergerak ke pantai Tuaran.

Memandangkan Olympia begitu malas, 'dia' terpaksa di'pimpin' menggunakan tali, barulah dia berjalan. Itu pun lenggang2 kangkung. Ke'malas'an itu menyebabkan aku sering berada di tempat tercorot antara pasukan ParaRiders itu. Huhu

Kuda tunda pun ada jugak?.

Ada juga kebaikan bila Olympia sekadar jalan lenggang2 kangkung sbb bila dia dah mula berlari2 anak, adudududuh....sakitnya bontot mungil ku akibat terhempas. Hahaha. Yg lain pun mengadu masalah yang sama, dan amat menggelikan hati bila terdengar mereka berkata yg 'telur hampir pecah'. Ok, instructor mengarahkan ketika kuda berlari agar berdiri 1 saat, duduk 1 saat, berdiri 1 saat, duduk 1 saat untuk mengurangkan rasa sakit itu. Mulanya berdiri atas kuda pun takut sbb tinggi. Haha. Dan setengah jam pertama itu adalah masa 'derita' disebabkan belum dapat menguasai ritma...

The SOL ParaRiders...

Perkara menakutkan akhirnya berlaku di depan mata. Sedang kami berkejar-kejaran di tepian pantai, seorang kawan terjatuh daripada kuda. Nasib baik terjatuh di atas pasir. Kudanya agak 'moody' dari mula lagi. Dapat dilihat dari mulutnya yg berbuih2 dan 'peel'nya yg macam tak betul je berbanding kuda2 lain. Mgkin terjatuh disebabkan hilang keseimbangan dek kaki tak kekal dlm 'paddle'. Tapi kawan tu mmg fobia nak naik lps tu sbb slps dipujuk2 naik kuda yang lain pun, dia lebih rela berjalan kaki balik semula ke resort yang jaraknya lbh kurang 3 km. Sebenarnya kami semua agak takut melihat kuda itu berlari sekuat2 hati dan cuba utk menendang kuda2 lain menggunakan kedua-dua kaki belakangnya.

Dipendekkan cerita, akhirnya si kawan balik semula ke resort menaiki kereta kuda dan aku mula menguasai ritma menunggang kuda, 1 saat berdiri, 1 saat duduk, 1 saat berdiri, 1 saat duduk. Peluh terasa mengalir kat belakang dan pinggang terasa 1 inci lbh ramping. Kesan jangka pendek akibat menunggang kuda yang dirasai oleh penulis ialah, sakit celah kangkang, sakit kaki dan sakit pinggang. Dan sekiranya aku ditanya , "adakah anda ingin naik kuda lagi?". Jawapannya ialah, "mungkin tidak kot". Haha.

Sebagai penutup, saksikanlah video kami berkuda.

8 comments:

norzah said...

Wow, Mei 6 dulu you masuk dan I tak respon. Itulah kalau lmbat-lambat sangat update. tiap kali I jenguk tkada entry bary baru.

Puas ketawa baca entry u kali ni, mengenai sakit pinggul, pinggang dan ada yg sakit tel** kerana digoncang pergerakan kuda. Itu belum lari laju bunyinya, baru jalan-jalan saja, belum canter dan gallop lagi. Kalau terjepit te*** waktu galloping boleh
picah o! I like the duduk,diri, duduk, diri part, satu saat kalau jln biasa 1/2 saat kalau gallloping. Mesti ikut rhythm turun naik belakang kuda. Jangan pulak dia naik u turun dia turun u naik. Sure mengangkang jalan seminggu dua lepas tu. U berapa lama kena jln macam aha-aha kerana sengal?

I cuba naik waktu melawat Puncak di Indonesia dulu. All okay tapi suspender buat problem, menggigit tempat yg tak sepatutnya. Bila turun kena juga jln macam orang kena bisul celah kangkang.I can't imagine seeing Hjh Su berjalan macam tu, kerana goyangnya tentu dua kali lebih hebah dari goyang penggul I, ikut saiznya.

Tapi memang pengalaman paling menarik, kan? The best horserider is one who attains complete synchoronization between the rider and the horse's movement, complete harmonization. When that happens kata orang, riding a horse will be like being on cloud nine.

So, jgn cepat sangat tak suka, Cikgu. Mula-mula mungkin sakit pinggang dan badan, Lepas serasi pasti mau naik lagi, hehehe. Adios sinorita.

norzah said...

Tambah sikit lagi. Gambar kuda putih dengan Lady Gadiva duduk tersenyum manis di atasnya ( tapi dgn full tider's suit) memang mengancam sekali. Rupa2nya paragliders pun ada problem juga bila menunggang satu bentuk pengangkutan darat yang popular. Inilah bukti menunggang lebih problen dari gliding, hehehe.

Si Yoyop Bah... said...

Haha...tu la, ada kwn llki yg ptama kali tunggang kuda sampai request kat instructor kalau boleh bhenti kjp utk adjust kddkn "lampu suluh dan telur penyu". Nasib baiklah sakit sy tak lama. Hya stkt hr tu shj. Mgkin sbb postur bdn yg btl semasa mnunggang kuda byk mbantu. Ada sorg kwn sakit seluruh bdn lps tunggang kuda. Bila tgk balik gmbr2, rupa2nya dia duduk membongkok.

norzah said...

Hairan jyga kalau duduk membongkok boleh menyiksa badan kerana joki2 dlm perlumbaan semua membongkok mcm meniarap atas kuda masing2. Mesti timing turun naikkan punggung yg tak kena.
Esok u trylah kuda hitam pulak. Kats orang lebih hebat.I lebih suka kuda putih mcm yg u naik tu. lari tak berapa laju tapi lenggang lenggoknya...perrrgh.

Si Yoyop Bah... said...

Ya mgkin jg, "terhempas" akibat tak syncronize dgn grkn kuda. I prefer naik kuda putih. Mgkin slps 3 kali naik kuda putih baru ready naik kuda hitam. Tp nak byr RM88 setiap kali naik kuda, tu yg rasa tak berbaloi. i cuma nak rasa je pengalaman naik kuda, bergmbr, video. Jd, bila dah rekod semua tu, cukuplah.

norzah said...

Tak taulah kenapa bgitu mahal sewa untuk sejam, Cikgu.Kalau satu hari berapa agaknya? Teringin rasanya nak cari org yang kenal di S'wak atau Sabah suruh beli dan pelihara seekor kuda untuk kami supaya bila ke sana boleh berkuda dgn percuma. Ada sesiapa yg Cikgu kenal suka jaga kuda jadi pet? Harga pasti tak sampai macam harga kereta kan?

Si Yoyop Bah... said...

Kalu di sana brp sewanya?. Hr tu, berbual dgn instructor, katanya semua kuda tu diimport dr luar negeri, dah lupa brp ribu tp tak lah semahal kereta, tak smpi harga sebiji kancil pun. Dulu sy pun berangan2 nak bela seekor. Dah tya kwn kat Kota Belud harga kuda padi tp tak jadi sbb penjagaannya yg cerewet. Baik duit tu digunakan utk mlancong. Tak byk fikir. Haha

norzah said...

Sori lambat terbaca responi. Menjaga kud amemang leceh sekali dan mesti dibuat oleh orang berpengalaman. Itulah negatif faktor paling besar. Mungkin cikgu betul, baik duit tu gunakan untuk melancung saja. Cuma tengok tempat yg sama tiga empat kali buat ape? Not like you cikgu, always see things from up above on a glider. Jgnlah dah biasa tengok dari atas sampai tak suka lagi tengok dari bawah, hehehe.