Friday, March 25, 2011

NAM- Tour of Duty ( Part 2 )

Yeah... Kita bersua kembali. Nam eng (Terima kasih dlm bhs vietnam) kerana masih sudi membaca catatan perjalanan ku ini.

14 Mac 2011, Hari kedua berada di bumi Ho Chi Minh (HCM) dan aku 'ter'makan babi ketika sarapan. Permulaan yg tidak bagus utk hari ini. Nak dijadikan cerita, mmg di meja itu ada bahagian yang berlabel 'Non-Halal'. Dan hirisan bacon ini diletak bersebelahan dengan hirisan keju, bukannya ditempat 'Non-Halal'. Warna bacon di Malaysia agak kemerahan tetapi bacon yg ku terambil berwarna kuning pucat. Ingatkan keju juga... Maklumlah, bila berada di luar negara, biasanya bukan sekadar sejenis keju terhidang, tetapi berjenis2 keju. Apalagi si penggemar keju ini... ambil keju chesdale sekeping dan keju 'kuning pucat' sekeping. Dipendekkan cerita, keju 'kuning pucat' itu diletakkan di dalam croissont. "Uikkkk... pesal tak rasa masin2 mcm keju?. Tp tak juga rasa spt daging". Bila ada pelayan dtg membawakan teh, terus penulis bertanya, "erm...what's this?". "Pork". "What?". "Pork". "Oh, okay". Ermmm....nasib sekali gigit je, tp tak juga penulis muntahkan balik, sbb tak dpt muntahkan memandangkan masa tu perut sgt kosong. Bila dah cerita dan minta pendapat kawan yg Muslim, soalan mereka yg pertama, "Sedap ka?". Hahaha..."Tak juga. Lemak2 sikit". Dan sesungguhnya aku sungguh rasa 'bersalah' hari ini. (Untuk rekod, rasanya ini kali kedua penulis 'ter'mkn sapi kaki pendek dan haiwan hidung penyek itu. Yg pertama ketika bersarapan spagetti di Bali. Hari kedua bersarapan baru teringat yg Balinese tak makan lembu sbb Hindu, sebaliknya ... o oh ). Cukupla stkt ini...

Pagi ini, rombongan bertambah menjadi 13 org, semuanya 'awek'. Kami dibawa ke My Tho City di Mekong Delta seterusnya ke pulau Thai Son untuk melihat gula2 kelapa dibuat, menikmati teh madu dan berhibur dgn lagu tradisional Vietnam Selatan.

Kalau dah rajin, kat mana2 pun ringan tulang. Tak gitu?.

Menyusur sepanjang sungai Mekong menggunakan sampan dan bertopi daun. Wah, sayang seribu kali sayang, "battery exhausted". Nak rakam gmbr sampan2 dgn 'plat number' dan disinilah di antara pit stop The Amazing Race Asia Season 4. Huhu.

Makan tengahari di Restoran Mekong. Sesuai dengan jolokannya, Best In Town-100% Seafood only. Wah, sampai tersandar penulis kekenyangan. Sgt byk dan ohhh...sungguh mama mia. Ada popiah vietnam yg disediakan di depan mata, bebola pulut (sebijik macam bola sepak), mee hoon sup ala vietnam dan macam2 lagilah. Semua mknn dicuba. Dan sekali lagi, sayang seribu kali sayang, "battery exhausted" dan terpaksalah gmbr yg diambil oleh kawan2 dan diupload di FB je yg dipautkan di sini.

Bertolak ke Chu Chi Tunnel dan singgah sebentar ke tempat menghasilan Rice Paper- bahan utama popiah ala vietnam. Perjalanan mengambil masa 2 jam 1/2 dan semua pun kelihatan 'ternganga' dgn mata tertutup di dalam bas. Haha...

Tak sah kunjungan ke Vietnam kalau tidak ke Chu Chi Tunnel ini. Terowong sepanjang kira2 200 km ini bertindak sebagai tempat persembunyian senjata, kanak2 & wanita, 'rawatan', dapur dan pelbagai macam tujuan lagi semasa Perang Vietnam. Lebih mengejutkan penulis ialah, terdapat 3 tingkat terowong dengan fungsi yang berbeza2. Tidak melepaskan peluang, penulis cuba meloloskan badannya melalui pintu masuk terowong dan hasilnya....positif. Ternyata penulis masih lagi selim-melim dan tidak tersangkut pada pintu masuk terowong tersebut. Dah la disaksikan ramai org. Kalau 'sangkut', mana nak letak muka...haha. Kerelaanku mencuba memasuki pintu berdimensi 30 cm x 40 cm ini mdapat tepukan gemuruh dr pelancong2 lain di situ. Huhu. Tekombang kompis idung den ni. Mak aiiihhh....

15 Mac 2011 - Hari keempat dan hari terakhir di sini. Takde program yg remarkable hr ni. Kami cuma dibawa bershopping antaranya ke Minh Phu'o'ng Lacquerware, Hard Rock Cafe, Miss Aodai dan sebagainya. Slps check-out hotel dan mkn tgh hari, jadual free sehingga pukul 4 ptg utk dihantar ke airport. Apalagi, Ben Tanth Market is just walking distance away, penulis dan rakan ingin menghabiskan segala saki baki Dong yg ada. Penulis 'angkat' lagi sutera Vietnam yg sungguh lembut, ringan, sejuk di kulit pada harga RM60 untuk 4 meter dan seunit fridge magnet.

@ Minh Phu'o'ng Lacquerware

Sekian sahajalah catatan penulis untuk kali ini. Bagi pembaca yg berminat untuk melancong ke negara pengeluar beras nombor 1 dunia ini untuk 4h3m, bolehlah menghubungi En. Kelvin Vo di alamat KelvinVo2007@yahoo.com. Sebutkan sahaja nama yg tidak asing ini, Suhaila Subi, dan dia akan bagi harga yg sungguh berpatutan. Beliau merupakan tour guide kami sepanjang berada di sana dan akan membuka tour operator sendiri pada Jun nnt. Sampai jumpa lagi...Bye...

6 comments:

norzah said...

An adventurous visit well told. Sayang kamera u selalu habis bateri Yy, namun penceritaannya cukup lancar dan menarik. Termakan bak tu perkara biasa kalau melancung ke luarnegeri - gunakan hukum dharurat saja, jika rtekak boleh terima. I termakan goreng baik yg dibuat seperti udang sekali direstoran terapong Hongkong. Cepat-cepat ke biliok air dan habis semua makanan keluar semula.
Wow pintu 30cmx40cm boleh lulus! Teringat pantun zaman muda: Dari teluk pergi ke Tampin singgah mari hendak ke bandar, kalau terpeluk pinggang yang ramping, sampai pagi tidak sedar.Cewah.. Terowong tiga tingkat tu memang menakjubkan. Perang memang menagih inginuity manusia untuk survive. Love your account of the tour. Next time bawa spare bateri la, huhuhu.

Si Yoyop Bah... said...

Utk 1 hr je bateri tu habis tp sbb byk tmpt dilawati...terpaksa menagih simpati kat kwn2 yg lain la. Diringkaskan cerita, bateri kamera tu dah tinggal separuh. Plan nak recharge balik mlmnya. Malangnya, tertinggal pulak dlm bas sbb terlalu excited nak bshopping kat Ben Thanth Market. Esoknya baru dpt balik. Jadinya, yg tinggal cumalah bateri yg tinggal stgh. Tp slps tu sy lbh beringat2. Tu lah hikmahnya agaknya.

rambomadonna said...

I have to agree dengan komen Norzah in your previous entri. memang gaya penceritaan kali ini lebih mantap, detail dan tak terlalu meleret. Iolss pasal travel2 lebih suka buat photo album jer sambil bagi komen.

U know lah biasanya bila i balik travel, terus kerja. Memang ada plan ke Vietnam ... maybe nak jumpa Chad and family kat sana. Wife Chad Vietnamese and his son is my long-distance Godson. Lama kan aku kawan sama si Chad. Sampai dia sudah kawin dan beranak dua hahahaa

Si Yoyop Bah... said...

Wah, chad yg jumpa kat Gunung Kinabalu tu ke?. last ko crita psl dia, dia dgn org Jepun.

rambomadonna said...

Bukanlah, itu Thomas Schneider. Chad ni yang aku kenal melalui Hotmail dulu ... sama macam ko kenal Hebana ... takkan tak ingat.

Si Yoyop Bah... said...

Aku dah lost contact dgn Hebana la. Apalah nasibnya kat Manama, Bahrain tu?...Kan tgh bgolak?. Kecil tapak tgn, nyiru aku tadahkan agar dia dtg ke Msia ni mencari suaka politik. hehe