Monday, February 28, 2011

I could fool my brain but I couldn't fool my body...

Gunung Lucia, 1189 m. Wp tidak se gah nama Gng. Kinabalu, tapi cukup menyemputkan dan membuatkan kaki mlangkah selambat siput tatkala mendaki. Apatah lagi sekiranya tiada persediaan, sebaliknya kerja di persekitaran air-cond, start enjin kereta je dari point A ke B, tidur di tengah hari... kembang kempis la lubang hidung jawabnya...

Hmmm.... aku setuju ikut ni pun atas 3 perkara.
1) Tak pernah tau kewujudan Gng Lucia sebelum ni. Nama pun tak pernah dengar wp terletak dalam kawasan Twu. Bikin malu je kalau tak tau dan tak pernah daki. Hehe
2) Nak uji tahap kecergasan. Maklumlah, umur semakin bertambah dan yang paling penting, aku mau mengekalkan gaya hidup aktif. Kardio kena jaga... Bentuk badan pun kena jaga dari sekarang.
3) Mahu mengisi masa berkualiti dgn kwn2 sekerja. Kebetulan hujung minggu lepas free... Sejujurnya, aku jarang bergaul dengan guru2 dari jabatan lain...Dan disinilah, waktu dan masa terbaik untuk mengenali mereka. Biasanya, kalau berselisih, senyum dan angkat kening je....

Perjalanan dari kaki Gng bermula pukul 9.45 pg dan aku smpi di hostel yang terletak sejauh 10.55 km 6 jam kemudian....

Berikut adalah gmbr2 sepanjang perjalanan...

Dlm hutan pun tandas mozek ooooo...

Kelihatan baju yang basah dek peluh sedang dikeringkan...

Memandangkan aku sdg 'berdarah tanpa luka', mmg aku berbau darah la. Maka, tidak sahlah sekiranya kaki ku tidak dijamahi oleh si sang pacat...

Hehe..tgk jejak jlnnya tu...Habis darahku, dia pun blah...

27 Feb (Ahad)- Sesudah bersarapan smbil huha huha, kami meneruskan perjalanan sekitar 7.30 pg. Dari hostel ke puncak cuma 2.7 km, dan perjalanan jauh lbh mudah. Mgkin kerana tidak perlu menggalas sebarang beban, melainkan kamera dan air minum.


Yeahhh...kat puncakkkkk.....

Jadi, itulah cerita 2h1m yg tak seberapa. Kesimpulannya, ketiga2 sebab kenapa dan mengapa aku mendaki Gng ini telah pun tercapai wp ada kalanya mindaku berkata2, "I could fool my brain but I couldn't fool my body". Sehingga kini, betis ku masih lagi sakit dan aku berjalan mengengkang bak orang baru habis bersalin anak kembar. Hahahaha...

5 comments:

Anonymous said...

i like lah...mana gambar bontot aku ek???

rambomadonna said...

Aku pun slow sikit sudah lah aktiviti lasak. Bukit paling tinggi pernah kudaki pun bukit nak naik ke rumah nenek aku di ayer itam hehehe

norzah said...

Tahniah kerana berjaya menawan gng Lucia. Walaupun tak seberapa tinggu cukup unuk membuat u jln mengkang, sure dgn pungkisnya berbuai, hehehe. Ceritanya pendek sangat tak puas memebaca. Selain pacat takde kah peristiwa ulat bulu dan ayam jantan cuba mengekel? Bagaimana perubahan fauna dan faura kalau ada. Macam mana hostel yang ditumpang. Baguskah facilitas yang diseduakan? Tak ada apa2 acara pera'ikan tamu pada malam u all sampai? Inilah aspek-aspek yang buat travelog lebih padat dan informative. Tentang mesti aktif selalu untuk jaga badan tu, no komen cuma nak tanya betulkan tubuh badan kita lebih mentap jika diaktifkan selalu dalam segala aspek pergerakan dan penggunaan fakulti kita? Apakah yang terjadi jika tidak digunakan?
Tolonglah jwb cikgu!

Si Yoyop Bah... said...

Hahahaha...Mak aiihhh...Soalan bertubi2.
Ahli rombongan, seramai 7 ppn, 5 llki. 90% bujang. Dah terlalu penat, tak de yg larat menjadi ulat bulu mahupun ayam jantan. Hostel ok..Kemudahan dapur dan toilet 5 star. takde elektrik sbb gen set rosak. So mlm tu kami candle light dinner. Mlm tu, sy telan panadol dan tak join dorg borak sbb pening sgt...Biasalah bila 'berdarah tanpa luka".

norzah said...

Wow, candlelight dinner...mesti romantik tu. Mereka mesti borak sampai pagi cuma cikgu yang miss sebab
pening kepala kerana berdarah pada luka asli. I ingat satu ketika dulu kita orang pergi Cameron Highland
(pekerja lelaki dan perempun ( untuk weekend, Malam tu ramai yang merangkak dan menghilang dari bilik.
Me? Main terup (21) dgn kwn2. Kalau nak cerita apa yg berlaku memang cukup untuk sebuah buku. Cuma tk mau pecah rahsia.