Sunday, October 10, 2010

Salam terakhir....

Rasanya ini adalah entri terakhir dariku...sblm 'lenyap' untuk 2 bulan...InsyaAllah, kalau diizinkan, kita berjumpa lagi tetapi sekiranya 'sesuatu' terjadi, anggap sahajalah segalanya telah tersurat...Sedekahkanla suratul Yaasin ye...

Hari ini aku diraikan lagi, buat kali ketiga. Kali pertama, diadakan pada 30 Sept, kenduri kesyukuran khas untuk orang masjid. Kali kedua, diadakan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi SM Teknik pada 7 Okt. Dan, hari ini khas utk 'geng' Selawat a.k.a kawan2 mamaku. Ni meriah sikit, siap berkompang, pakai mikrofon, speaker. Penuh satu rumah. Terharu juga bila diraikan begini. Dan sedih juga bila dibacakan Yaasin, dan didoakan dengan doa yang baik2. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Allah shj yg dpt membalas jasa anda sekalian semua. Terima kasih.



Dan yang best sekali sebelum mereka beransur balik. Tentulah nak ber'kenal'an dengan bakal Hajah kan?. Hahahaha...mereka sungguh tidak menyangka orangnya 'agak muda'. Yelah, ada yang berkata, 'seruan' utk mereka agak lambat. Dah bercucu, masih belum datang 'seru' itu. Dan yang sampai 'seru' pula, mohon didoakan agar dapat lagi berkunjung ke sana. Dan dlm byk2 pesan tu, ada sorang yang memesan gincu 'Elizabeth Helen'. Aduhai....katanya bagus, kekal lama kat bibir. Dan of course la, 'salam berkaut'. Hahahaha...

Sebelum mengakhiri entri ini, sambutlah salam Aidil Adha dariku walaupun sebulan lbh awal. :-)