Sunday, October 10, 2010

Salam terakhir....

Rasanya ini adalah entri terakhir dariku...sblm 'lenyap' untuk 2 bulan...InsyaAllah, kalau diizinkan, kita berjumpa lagi tetapi sekiranya 'sesuatu' terjadi, anggap sahajalah segalanya telah tersurat...Sedekahkanla suratul Yaasin ye...

Hari ini aku diraikan lagi, buat kali ketiga. Kali pertama, diadakan pada 30 Sept, kenduri kesyukuran khas untuk orang masjid. Kali kedua, diadakan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi SM Teknik pada 7 Okt. Dan, hari ini khas utk 'geng' Selawat a.k.a kawan2 mamaku. Ni meriah sikit, siap berkompang, pakai mikrofon, speaker. Penuh satu rumah. Terharu juga bila diraikan begini. Dan sedih juga bila dibacakan Yaasin, dan didoakan dengan doa yang baik2. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Allah shj yg dpt membalas jasa anda sekalian semua. Terima kasih.



Dan yang best sekali sebelum mereka beransur balik. Tentulah nak ber'kenal'an dengan bakal Hajah kan?. Hahahaha...mereka sungguh tidak menyangka orangnya 'agak muda'. Yelah, ada yang berkata, 'seruan' utk mereka agak lambat. Dah bercucu, masih belum datang 'seru' itu. Dan yang sampai 'seru' pula, mohon didoakan agar dapat lagi berkunjung ke sana. Dan dlm byk2 pesan tu, ada sorang yang memesan gincu 'Elizabeth Helen'. Aduhai....katanya bagus, kekal lama kat bibir. Dan of course la, 'salam berkaut'. Hahahaha...

Sebelum mengakhiri entri ini, sambutlah salam Aidil Adha dariku walaupun sebulan lbh awal. :-)

4 comments:

norzah said...

Walau tidak turut serta dlm sambutan-sambutan keraian itu, amat terasa suasananya melalui coretan mu yang bertenaga. Madrasah kami juga mengadakan kenduri doa selamat untuk melepas 12 keluarga bakal haji. Terasa amat ingin untuk pergi sekali lagi.

Tarikh berlepas tidak disebutkan tetapi inilah saya mengucapkan selamat pergi, selamat menemui dan mengalami apa yang dicari dengan penuh khosyuk dan tawadhuk, dan selamat kembali dengan haji mabrur. Ku doakan selamat dari sini dan harap doakan pulala agar aku mendapat seruan untuk pergi lagi kesana.

Labaika maraabalaik...

Si Yoyop Bah... said...

G KL 16 ni, KUL-Madinah 21 Okt. InsyaAllah, akan didoakan utk semua.

norzah said...

Kalau U di KL sekarang menunggu trikh bertolak, selamat menunggu. Tentu tak dapat saya nak belanja secawan kopi lagi kerana persediaan beribadah. Salam
tawadhu".

MiN said...

kala ini, mungkin suhaila subi dah sampai di madinah... selamat pergi dan balik.. doakan aku dijemput Allah ke sana jugakk..