Tuesday, September 21, 2010

Padayappa...

"Balik kampung...oooo balik kampung...oooo balik kampung, kampung kat Delhi.

Perjalanan jauh tak ku rasa. Kerna hati ku melonjak sama. Ingin berjumpa warga India.
Yg selalu bermain di mataaa...".

15 Sept 2010 (Raya ke-6):
Penerbangan dr KUL-DEL mengambil masa 5 jam ttp penulis langsung tidak tidur atau tidak berasa bosan. Yelah, diapit oleh 2 orang jejaka, seorang TALL, DARK & NOT HANDSOME dr Uganda dan seorg lg warga Msia yg merupakan tour guide yg SHORT, FAIR & QUITE HANDSOME. Hahaha...Penulis mengambil kesempatan sepenuhnya utk berkenalan dengan Martin Kizito, lain kali 'senang' kalau berkunjung ke Uganda. Begitu juga dengan Farizul, panjang langkah penulis berjalan ke sana ke sini lain kali. Maklumlah...tour guide. Mmg syiok bercerita dgn dorg ni. Sekeliling penumpang nyenyak tidur. Tp kami bertiga, huha..huha..huha...Dan penulis telah pun mengetahui dr A sehingga Z berkaitan Uganda.


Setibanya di Indra Gandhi Int. Airport, kami disambut oleh Mr. Ashrat & Mr. Amir, selaku tour guide kami sepanjang di India. Yg menariknya ialah, kehadiran kami dialu2kan dgn sekalung bunga. Wp hanya bunga tahi ayam (bak kata Farizul-"Chicken Shit flower"), semua pun tidak ingin melepaskan peluang untuk merakamkan saat dikalungkan "Chicken Shit flower" tersebut.

Mlm ni, kami check-in di Daanish Regency Htl. Wah...sekali lagi dikalungkan dengan bunga, dan pemakaian tandu. Dan seperti biasa, semua pun ingin merakamkan detik2 itu.


16 Sept 2010:
Hari ni akan bergerak ke Agra. Jarak Delhi ke Agra cumalah 200 km ttp perjalanan mengambil masa 6 jam dgn bas. Leper buntut ooo. Lama sbb sistem lebuhrayanya tidak begitu baik. Br 2 lane, dah panggil lebuhraya?. Dgn lembu yg turut 'melepak' di atas jalan, dgn kenderaan yg bergerak perlahan di sebelah kanan jalan, dengan hon yang tak berhenti berbunyi. Indian style!!.

Hr ni check-in di Howard Park Plaza Htl, Agra. Hotel 4 bintang. Oklah sikit makanannya. Byk pilihan. Tak lah seperti mknn di hotel sblm ni. Apapun, penulis bersyukur setelah mengenangkan nasib ramai peminta sedekah, org yg tak berumah dan tidur di kaki lima. Sangat daif kehidupan mereka. Mgkin dorg ni puasa bukan setakat 1 bulan, tapi sepanjang tahun dsbbkan begitu miskin dan daif.

Pemandangan di kawasan bandar.

Hati begitu teruja bila melihat dengan mata kepala sendiri Taj Mahal tersergam indah di depan mata. Lambang kasih dan cinta setia Shah Jahan kpd Mumtaz. Apa lagi, bergambar sakan la.


Selepas lawatan Taj Mahal, kami di bawa melawat ke Agra Fort, tempat di mana Shah Jahan dipenjarakan selama 8 tahun oleh anaknya sendiri. Cantik juga senibina Kubu ni. Kelihatan dinding kubu yg dulunya dihias dgn emas dan batu2 permata ttp byk telah musnah semasa pemerintahan British. Yang bestnya ada tempat untuk Shah Jahan mengaplikasikan 'KAMA SUTRA' di dalam taman yang terletak di tgh2 kubu. Ptt la anak smpi 14 orang. Sayangnya, bateri kamera penulis exhausted di sini. Tunggu gmbr di tag oleh kawan2 kat FB la nampaknya.

Kami dibawa melawat sambil belajar ke 'tempat membuat marmar' yang menggunakan marmar jenis yang sama dan semi precious stone utk Taj Mahal. Ada juga dijual souvenier seperti sari, punjabi, hasil tangan dll tetapi seorang kawan menasihatkan, "kalau ko nak beli kain sari baik beli kat Brickfields sbb lagi murah harganya". Penulis tak tahu harga kain sari yang agak berkualiti sebenarnya ttp setelah ditukarkan ke RM, harganya menghampiri RM200. Mcm tak berbaloi beli juga sbb kalau buat baju pun ada lebih 2 meter. Kan kain sari dijual sepanjang 6m.

Dan seperti biasa, ditempat2 yg dikunjungi oleh pelancong inilah menjadi hot-spot utk penjual jalanan menjual barangan mereka. Hmmm...kelihatan begitu terdesak dan sangat mendesak.

Begitu terdesak sehingga smpi hampir naik ke tangga bas

17 Sept 2010:
Hari ni penulis berasa tidak sedap badan, sakit perut, ingin muntah dan pening. Adakah kerana makanan yang dimakan atau adakah disebabkan terkena hujan petang semalam?. Dan hampir 5 jam perjalanan dr Agra ke Delhi, penulis cuma tidur dan tidak mengendahkan segala yg berlaku.


Selepas makan tengah hari, kami dibawa melawat India Gate, Qutub Minar, Indra Gandhi Memorial dan Mathama Gandhi museum. Selepas tu, membeli belah. Wow...smpai ke malam diberikan masa bershopping. Ada bazaar bawah tanah lagi U, tp sayangnya belum lagi siap sepenuhnya, dah beroperasi. Hmm..mcm tak selamat pun ada sbb masih ada pembinaan sedang dilakukan. Padat, pengaliran udara kurang baik dan menyesakkan nafas. Arghhhhh...tak tahan!.


18 Sept 2010:
Hari ini check-out Hotel dan melawat sekitar Old Delhi. Tidak lengkap sekiranya tidak mengunjungi Masjid Jama, yang ada menyimpan seurat janggut dan bekas tapak kaki Nabi Muhammad s.a.w.


Memandangkan ramai lagi yg belum puas bershopping, destinasi seterusnya ialah Janpath Market (tmpt shopping smlm). Marketnya ni begitu luas...barang yg dijual pun amat murah. Haa...disini skil tawar menawar kena dipraktikkan. Kalau pro, harga boleh turun 3x ganda dr harga asal. Huhu...puas hati. Berbaloi2 mcm CELCOM BLUE!.

Singgah sebentar ke kedai menjual Djerling Tea sblm ke Indra Gandhi Int. Airport.

Jadi, itulah catatan pengembara selama 4 hari 3 mlm. Dan India merupakan negara ke 13 yang dikunjungi. Plan nak ke mana lagi lepas ni?. Tungguuuu...

6 comments:

norzah said...

Waaah, melawat India rupanya Cikgu selepas hariraya ya?
Alhamdulillah, jauh jalan banyak dipandang, banyak ilham menulis. Sambil melawat India dapat pula teman dari Uganda! Syok dengar cerita di kalungkan chicken shit flower. Kalau ke Kelantan nanti boleh di hidangkan duck shit delicacy ( kueh taik itik). Nama je tak sedap, rupa dan rasanya tetap cantik. Pasal tu kita tak boleh nilai sesuatu dari nama saja kan?
4 hari 3 malam tentu tak cukup lawat India, tamadun antara tertua di dunia. Tak puas dengar ulasan singkat Cikgu mengenai tempat-tempat fames tu. Yg saya ingat dimana saja pergi manusia begitu ramai, macam kelkatu.
Yg kaya terlalu kaya yg miskin betul2 merempat. Tidur sepanjang jalan. Itulah akibat industrialization songsang, artificial dan perancangangan yang melekehkan pertanian.
Tapi org India ramai yg hensem kan? Mereka Caucasoid bukan mongoloid, macam org putih cuma kulit hitam, hehehe. Eh tak pergi tengok Bollywood ke? Kuil dimana terdapat ukiran-ukiran karmasutera juga tak lwat kan? Tapi cerita nya dah tau. Cukuplah tu.
Ok, ana tunggu installment lain dgn gambar2 baru. Wah gambar gadis baju merah tu hebatlah. Cukup mencabar.

Si Yoyop Bah... said...

Tu la...mmg sgt singkat dan sbnrnya sy tak puas.Tp tak pe la, insyaAllah lain kali ada masa dan ada wang. Dpt pg lagi. Rancangannya nak ke kashmir lps ni. Tp tak tau lagi bila.

Bollywood tu kat selatan India, tak pg la. Mmg kalau india yg berkulit cerah mmg hensem, tp 95% jumpa yg hitam dan perut dah ... u-know.

Wah, suka gmbr yg baju merah tu. Haha. Apa yg mencabarnya. Byk lagi pose yg mencabar...tp malu nak upload. Takut nnt ada yg 'tercabar'.

MiN said...

13.. good number beb... seperti biasa.. aku ske tengok gambaq2 hang upload and jalan cerita yang mencuit ketiak ku..

norzah said...

Kalau tak salah memang ada gambar toilet di India yang di hias dgn gambar-gambar film star ayu, tempat orang buang hajat, Anak-anak Negeri Sembilan yg uploadkan. Anak cari tak jumpa lagi. Tapi gambar-gambar yang mencabar tu uploadkanlah, siapa tercabar itu dia punya pasal.Dah jadi Hajjah nanti tak boleh boleh nakal-nakal lagi, mesti bertfakur, bertakbir dan bertahmid selalu. Jadi Mak Haji sebelum jadi Mak, hehehe.

Joni Balbo said...

wah senenganya keliling dunia, ceritanya mantaps Cikgu, btw foto ularnya kok gak diupload? :)

MissAnna_A said...

mak ai..delhi-agra 200km - 6 jam ke??? boleh imagine camana suasana di highway tu..nanti klu gi kena bwk ubat tidor la, buat bekal tido dlm bas... ;p