Saturday, February 6, 2010

BerperikeMANUSIAan atau BerperikeBINATANGan???


6 Feb 2010 (Sabtu) Buletin Utama, TV3- Seorang bayi 5 bulan diliwat dan sedihnya, bayi itu sudah mati. Menurut ibu bayi malang tersebut, bayi itu masih hidup ketika berada di hospital. Dan doktor pula berkata sebaliknya. Bukan itu sahaja. Badan bayi itu turut dipenuhi luka. Sekarang, siasatan sedang dijalankan ke atas ibu bapa bayi tersebut. Persoalannya sekarang ialah, masih wujudkan rasa perikemanusiaan orang yang meliwat bayi itu?. Atau...manusia itu bertopengkan syaiton nir rajim (Syaitan yg dilaknat)?. Sungguh kejammmmm...

Pagi tadi, masa driving sblm keluar simpang rumah, I terlihat seekor anjing duduk dengan 2 kaki, tidak bergerak2. Terdetik, hmmm...pesal anjing ni?. Sebaik je keluar simpang, terlihat seekor anak anjing yang pecah perutnya akibat dilanggar. Oh...rupanya ibu anjing itu sedang meratapi anaknya yang terdampar di atas jalan raya. Berdasarkan pengamatan, anak anjing itu baru sahaja dilanggar sbb perutnya belum lagi terburai. Usus dan perutnya masih lagi dalam keadaan baik. Hmmm...nak tolong alihkan, tgh rush sbb tinggal 15 min masuk keje. Kalau ditolong pula, dah lah binatang haram dan mungkin kena salak atau kena gigit. Tp, itulah...kesiannya melihat ibu anjing itu tidak dapat berbuat apa2. Mgkin tengah bersedih...mgkin juga sedang menunggu pertolongan. Ntahlah...Hanya DIA yang tahu. Itu kisah anjing. Bayangkan pula apabila manusia kalau melihat anak dilanggar di depan mata sendiri?. Tak melalak dibuatnya?. Hmmm...tersentuh dengan insiden pagi tadi.

Jadi, berdasarkan 2 kisah benar di atas, adakah "manusia yang meliwat bayi 5 bulan itu berperikebinatangan" atau adakah "anjing itu lebih berperikemanusiaan"?. Sila komen...

6 comments:

rambomadonna said...

Wah wah ... simbolik sungguh penulisan mu kali ini Ibu Soehaila ... org Indon susah betul mau sebut Su and Syu.

Aku tersentuh pulak dengan kisah anjing mu ini. Bukan apa, my anjing Cassie (kini sudah arwah) pernah ada 3 ekor anak anjing yang sgt comel. Masa my mum accidentally langgar salah seekor anak anjing tsbt, Cassie buat bunyi menangis. Even anjing pun ada perasaan. Kami tanam anak anjing tu dekat dengan rumah kmi so kadang2 ternampaklah kelibat Cassie kadang2 menghidu2 kuburan anaknya. Nasib dia tak gali keluar.

Di jakarta, there was issue hangat anak2 kecil yang merempat di jalanan dikidnap, dirogol dan dibunuh dengan kejam. Mayatnya dikerat2 dan dibuang di beberapa kawasan di Jakarta. Bodoh betul manusia berhati syaitan ini.

Si Yoyop Bah... said...

A ah. mgkin dunia sdh mau kiamat. Itu je aku boleh katakan. Kadang2 kita tak smpi terfikir pun manusia berhati syaitan ni boleh tergamak buat begitu.

Si Yoyop Bah... said...
This comment has been removed by the author.
dawn said...

kasihan budak kena liwat tu... kasihan juga anjing tu...
terkenangkan anjing sendiri yang di LD.... jgn saja ada apa2 terjadi sama dia... palis2...

MiN said...

betul tu.. aku pun hanya mampu katakan yang dunia dah nak kiamat.. Ya Allah.. lindungilah hambamu ini.. amin..

norzah said...

Amat menarik soal manusia berperikebintangan dan binatang berperikemanusiaan ini. Jadi minta maaf kalau saya mencelah tanpa diundang, Cik Su atau nama yang saya kenal melaui blog Jaime sebagai SiYoyop, Kisah kemalangan paragliding tu juga amat mencemaskan sedang keberanian Cik Su sungguh memberangsangkan. Hapuskan sajalah komen ini jika
menjadi gangguan. Salamualaikum.