Thursday, July 16, 2009

BTN

Tinggi2 Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu...
(pemandangan dari padang kawad Kem BTN, Kundasang)

Hmm...panggilan kursus pada 2-6 Julai, tp skrg baru ada masa nak tulis cerita psl Kursus BTN . Untuk pengetahuan pembaca yg tak bekerja atau bekerja swasta, kursus ini wajib dihadiri oleh penjawat awam.

Expectation sblm kursus: Tak best sbb byk ceramah berkaitan sejarah, sampai ke malam pulak tu. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) pula ada 6 kali. Paling tak suka LDK ni. Sebelum ni taulah kan, kalau LDK kat mana2, mesti bincang dlm kumpulan, tulis idea kat kertas mahjong lps tu tampal kat dinding atau pun kena present. Hmm...boring...Apa boleh buat je TERPAKSA buat.

Selepas Kursus: LDK lah yg paling best sbb fasilitator yg handle kumpulan I, Tuan Abd. Kadir B. Mohd Jamil, seorg yg sangat berpengetahuan luas. Byk isu yg sebelum ini I tak pernah tahu dikupas dgn begitu baik sekali. Cthnya,1) kenapa kerajaan Sabah seolah2 pandang sebelah mata dgn pendatang Filipina. 2) Isu PPSMI. 3) Isu Pulau Batu Putih. 4) Tuntutan Filipina ke atas Sabah sehingga ke hari ini. 5) Tuntutan Indonesia ke atas Ambalat. 6) Isu Palestin dan banyak isu lagi lah.

Mgkn sblm ini I tak PERNAH minat sejarah disbbkan oleh cara mengajar guru semasa sekolah menengah atau pun sekiranya ada soalan, soalan itu tidak akan berjawab. Tapi, beliau dapat menjawab soalan sehinggalah I puas hati. Sangat puas hati. Sblm ni bukannya tak peka dengan perkembangan semasa atau tidak menonton berita ttp tidak faham sehingga ke akar umbi.

2 dari 4 ceramah kenegaraan yg disampaikan juga amat menarik perhatian segala deria I. Wp penat, namun ceramah yg disampaikan oleh Tuan Asmara dan Tuan Pengetua begitu menterujakan I. Yeah, mmg namanya Asmara, org Bajau Kota Belud. Mukanya aja, cukup mencairkan hati I. Sayang seribu kali sayang, dah kahwin. Setiap butir kata yg terpacul dari mulut mereka berdua ni bagaikan halwa kepada telinga I. Begitu sedap didengar dan sanggup ku dengar wp berjam lamanya.

Slps Kursus ni juga, melalui Ujian Fisiologi, barulah dapat tahu umur Fisiologi I. Wah...benda baru ni. Maksudnya, adakah badan kita berfungsi sesuai dgn usianya. And yes, I FIT EVERYWHERE!. Umur fisiologi I sama dgn usia I. Semua ujian dpt A kecuali menahan nafas sehingga 50 minit, dapat C. Ramai peserta kursus yg jauh lebih muda dr I berusia fisiologi 50 tahun dan ke atas. Maksudnya, umur muda tapi prestasi badan mcm org tua. Hmmmm....taulah kan, bila makan tidur, makan tidur, begitulah jadinya.

Menyebut pasal tidur, I tak tidur sehari semalam pada malam pertama. Yeah, malam pertama. Kenapa?. Seseorg yg tidur bersetentang dengan katil I berdengkur begitu kuat sekali, umpama "B@b! kena sembelih"(mengambil perumpamaan dari kata2 Tuan Pengetua). Memandangkan I tak pernah mdengar bunyi B@b! kena sembelih, I tukarlah jd "lembu yg kena korban". Sedap sedikit telinga mendengar. Yeah, Siti Zalina yg berada di katil atas I, sehinggakan ketakutan mendengar dengkuran itu. Dan oleh kerana dengkuran itu begitu kuat, I pasti semua 35 org di blok itu dapat mendengarnya berdasarkan keadaan blok itu.

Aktiviti riadahnya biasa saja. Taula kan, I pernah buat yg lebih ekstrem jika dibandingkan dengan repelling dari menara setinggi 3 tingkat atau pun trekking kat hutan sejauh 4 km. Dah terbang setinggi 300 m dari bukit setinggi 330 kaki dan dah trek 12 jam sehari kat Maliau Basin. Jd, takde rasa apa2 lah.

Spjg berkursus ni, memandangkan cuaca hujan kat Kundasang dan I biasa dengan cuaca di tanah rendah, mmg kesazukan btllah. Sejuknya tu sampai ke tulang. Betul ni!. Dan, udaranya mmg sungguh lembap sehinggakan seluar dalam dr jenis kain nylon ambil masa 4 hari utk kering. Nasib baik bawa seluar dalam cukup2, kalu tak....( jawab lah sendiri).

Oklah, jd gmbar yg boleh diambil cumalah yg di bwh ni sbb kem ini kawasan larangan bgmbr.

Sbnonye kamera ada masalah teknikal- hbs bateri (tak bw charger)

6 comments:

rambomadonna said...

Teringat pulak dengan BTN aku. Sampai aku pulak dioffer jadi fasilitator sebab terer sejarah. Aku pun heran mana aku tau semua bende tu. Then aku teringat most of the info adalah dalam rekod2 RISIK and research utk insurgensi.

paling best salah sorang fasilitator tu cakap, kalau muka tak cantik tu cepat2 lah bertaubat hahaha

rambomadonna said...

Haa, satu lupa... jadi moralnya teknik mengajar budak sekolah pun perlu diperbaiki. Suatu hari nanti ada sorang penjawat awam akan pergi BTN and pada masa itu mungkin diterangkan isu dasar pensyarikatan kah, dasar fizik kah atau apa2 lah.

Jangan dia pun akan kata, kenapa fasilitor aku lebih pandai mengajar fizik dari cikgu suhaila hahaha...

Anonymous said...

Aku tak faham kenapa muka tak cantik kena cepat2 bertobat?.

Buat pengetahuan Pn Jaime Yeoh, tidak ada dasar Fizik dan tidak mungkin semasa BTN, fizik lbh diterangkan semasa BTN. Berbalik kepada apa peranan BTN kpd penjawat awam. Dan saya mmg merefleksi diri setiap hari. Lgpun, perlu diingat tugas guru hya sebgi pemudah cara, selebihnya pelajar kena usaha sendiri.(siyoyop)

sd. said...

i had an awesome BTN too!

and

i also hate people who snore. haih. kenapa la org mcm ni wujud kan?

:p

Si Yoyop Bah... said...

Hahaha. Kenapa ada org berdengkur tidur?. That's the variety in life. kalau semua org tidur senyap, tak de lah terciptanya BREATH RIGHT. Am I RIGHT?.

MiN said...

alaaa.. hang pa dah tidoq.. mana hangpa nak tau hangpa tuh berdengkur sekuat apa pun tak tau laaa.. hehehehe..

yop.. aku pun teruja bila apa explanation hang nih pasai sejarah tuh.. memang betui.. kalau teknik penerangan sejarah tuh betui.. sesapa yang mendengar akan lebh paham dan terasa ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagik..