3hb Mei, hari ini kami discharged selepas 14 hari self-quarantine. Bermula dari 19 April sehinggalah 2 Mei. 2 minggu yang penuh suka duka. Orang luar melihatnya sebagai indah, kerana kami di tempatkan di penginapan 4 star, percuma pulak tu. Bak kata adik aku, "Untunglah!. Makan tanggung, berak cangkung". Untuk 2 hari yang pertama okay la. Hari-hari seterusnya, sungguh!. Aku rasa kosong!. π
* * *
Tepat pukul 8.30 pagi, aku di telefon oleh pihak hotel agar turun ke lobi. Sebelum subuh, aku sudah bersedia. Malam tu pun, aku tak dapat tidur sebab perasaan bercampur-baur, antara teruja dan sedih. Hanya setelah di telefon baru lah PUS ( Person Under Surveillance ) turun ke bawah untuk mengelakkan keadaan sesak di lobi. Selepas selesai urusan di keempat-empat kaunter, iaitu kaunter Angkatan Pertahanan Awam (APM), kaunter hotel, kaunter KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan kaunter PDRM (Polis Di-Raja Malaysia), barulah aku menunggu kenderaan (Van Polis) yang akan membawa kami ke KLIA2.
* * *
Keadaan KLIA2 agak lengang. Starbucks, Oldtown White Coffee, restoran dan premis yang lain tidak beroperasi. Berbeza sekali keadaannya dengan keadaan sebulan lebih yang lepas, sebelum aku berangkat ke Sri Lanka. KIOSK AirAsia pun tidak dibuka. Semua urusan dibuat di kaunter. Balik kepada cara lama, old school.
* * *
Berbaris panjang semasa boarding. Setiap penumpang perlu menjalani pemeriksaan suhu badan. Suhu badan aku, 38.5'C. Bimbang juga tak lepas sebab aku rasa tak sedap badan masa tu. Mungkin sebab semalam tidur tak cukup, atau memang suhu di KLIA2 itu yang memang panas, atau kerana aku mengalami PMS?. π·
* * *
Flight AK 5740 sesak dengan penumpang. Tiada social distancing berlaku. Kesemua tempat duduk penuh dengan penumpang. Aku harap dapatlah tidur sepanjang 2 jam 30 minit penerbangan, qada' tidur semalam. Harapan ku meleset. Budak yang duduk di depan ku asyik menangis. Stress!. π£π΄
* * *
Kapal terbang tepat mendarat pukul 6.00 petang. Tiba on-time walaupun tadi agak lambat berlepas. Di pintu masuk Balai Ketibaan Lapangan Terbang Tawau, kelihatan beberapa orang Petugas Kesihatan sedia menunggu.
* * *
Sekali lagi, aku perlu menjalani Health Screening. Macam biasa, selepas mengisi Borang yang mengandungi butiran peribadi dan keadaan kesihatan, sekali lagi hidungku di"jolok" untuk sampel ujian Covid-19. Aku beritahu pengawai kesihatan yang bertugas, aku baru je habis tempoh berkuarantin, belum sampai tempoh 24 jam pun, kenapa aku perlu buat semua perkara ni lagi?. Dia kata, itu adalah SOP wajib bagi sesiapa sahaja yang memasuki negeri Sabah, tiada seorang pun yang terkecuali. Dan, sekali lagi aku perlu menjalani self-quarantine selama 14 hari di rumah. Walaupun aku mendengar penerangannya itu sambil menelan air liurπ, demi kebaikan semua, aku pun redhakan je la. Dipendekkan cerita, semua proses tu berlaku dalam tempoh lebih kurang 2 jam lebih. Aku keluar dari Balai Ketibaan lebih kurang pada pukul 8.15 malam.
* * *
Selepas masuk kereta, barulah aku dapat meneguk air kosong. Tadi aku berbuka puasa ( lebih kurang pukul 6.20 petang ) hanya dengan sebiji vitamin C. Agaknya perut aku dah masuk angin. Asyik nak muntah. Kepala pening, penat dan mengantuk yang amat sangat. Sesampai di rumah, beg tangan, beg sandang dan beg bagasi aku tinggalkan je dalam kereta kerana risau virus-virus yang mungkin melekat, terbawa masuk ke dalam rumah. Dengan segera, aku terus mandi, solat isyak dan tidur tanpa bersembang dengan ahli keluarga.
* * *
4hb Mei, syukurlah, selepas tidur yang cukup, aku rasa semakin okay. Kepala dah ringan, tak lagi mual-mual. Malam ni pula, aku tak dapat tidur sebab minum banyak nescafe semasa berbuka puasa tadi. Sementara semua pengalaman yang dilalui ini terpahat segar dalam ingatan, aku ambil ruang dan peluang ini untuk menulis. Dengan ini, secara rasmi, tamatlah cerita tentang kisah pengalaman ku bermula dari terkandas di Colombo sehinggalah selamat sampai ke rumah. Penuh dengan suka dan duka. Penuh dengan senyum dan air mata. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis. Bye.π