Showing posts with label To win a man's heart is through his stomach.. Show all posts
Showing posts with label To win a man's heart is through his stomach.. Show all posts

Thursday, September 15, 2016

Mee Bandung, yang bukan berasal dari Bandung.

Hidangan untuk 10 orang.

Bahan-bahan:

* 1 kg mee kuning (dicelur dengan air panas dan tos kan )
* 5 -7 cawan air rebusan daging
* 3 sudu makan sos tiram
* 4 biji tomato
* Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
* Garam secukup rasa
* Minyak untuk menumis
* Sawi / Taugeh
* 1/2 cawan cili kisar/ boh

( Untuk dikisar/ tumbuk )
* 7 biji bawang merah
* 1 labu bawang putih
* 1/2 cawan udang kering/ ikan bilis
* 1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng/sangai

( Untuk direbus sehingga empuk )
* 1 cawan daging
* 2 biji kentang (dan kemudian dilenyekkan)

( Untuk hiasan )
* Hirisan daun sup
* Bawang goreng
* Cili jeruk
* Limau kasturi

[ P/s: Lain-lain perencah e.g ayam/ udang /sotong kering atau sayur lain, cthnya kubis boleh dimasukkan mengikut individual preferences ]

Cara memasak:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air rebusan daging, daging, sos tiram, kacang tanah dan kentang lenyek. Tunggu sehingga mendidih. Tutup api.
4. Masukkan garam secukup rasa, tomato, sawi, taugeh dan telur.
5. Hias dengan bawang goreng, daun sup, cili jeruk dan limau kasturi.


Selamat mencuba. Nnt bgtaula hasilnya. Kalau tak keberatan, snap la gambar dan post kat ruangan komen. ;-)

Monday, July 18, 2016

Apple Pie Yammeh...

Nama resepi mestilah vavavoom...tp serius sedap dan senang la...Ni pun first time try, mjadi plak tu.

Gini la ghupa nyer bila sdh sedia di "ngap". 
Bahan untuk Inti
1. 6 biji Apple hijau (sebaiknya Granny Smith, sbb rangup. Dibuang kulit dan dipotong dadu).
2. 1/4 cawan brown sugar.
3. 1/4 cawan gula.
4. 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis.
5. 1/2 sudu makan tepung jagung ( yang sudah dicairkan dengan air )
6. 1 sudu mentega/marjerin.

Cara masak.
1. Panaskan mentega.
2. Masukkan brown sugar, gula, serbuk kayu manis, dan epal.
3. Agak2 dah mendidih dan apple dah layu, masukkan larutan tepung jagung.
4. Bila dah pekat, matikan api. Biarkan sejuk.


Cara membuat: 

1. Letakkan inti pada lapisan Puff Pastry.
2. Kelim bahagian tepi supaya melekat. (Boleh kelim mcm buat karipap/ tekan je guna hujung garfu).
3. Oleskan kuning telur pada bahagian atas puff pastry (untuk kesan 'dramatik' pada apple pie).
4. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180'C terlebih dahulu.
5. Bakar pastry puff yang sdh siap selama 20 minit pada suhu 180'C. SIAP!.


Anda jg boleh mempelbagaikan penggunaan puff pastry. Sila rujuk kat sini.  

Nnt kongsilah hasilnya k.  Selamat mencuba!.

Wednesday, December 17, 2014

Chocolate Cup Cake and Coconut Milk Shake.


Inilah hasil 'projek' hari ini. Resepi yg telah disimpan ntah berapa bulan dan hari ini telah dicuba dgn jayanya. Antara sbb kenapa baru hari ini adalah: 1) Sibuk, 2) Bahan selalu tak cukup dan 3) Malas. 

Sekali cuba, dan wp tidak 100% mgikut resepi, masih mdpt komen positif dr ahli keluarga. 

Ok. Benda yg baik bagus dikongsi kan?. Ni resepi asalnya..Selamat mencuba. 


P/s: Entry kali ini ditaja oleh Oppo Find 7.

Monday, January 28, 2013

The Flying Chef.


Kalau kat tv ada The Naked Chef, The Chef In Black atau pun The Celebrity Chef, biarlah aku menggelar diri ini, The Flying Chef. Haha. Hmm...sejak bergelar pensyarah ( ehem..ehem...), kerja dari isnin sampai jumaat bermula pukul 7.00 pg hinggalah 4.00 ptg, mmg aku jarang masuk dapur. I mean, masuk dapur utk memasak. Balik rumah dah dalam keadaan "lunyai"...mmg aku tak akan masak. Penat ooo...makan je lah apa yg ada. Jd, bila masanya aku memasak?. Cuma pada hujung minggu, di kala tidak 'terbang' bebas di langit biru ataupun 'terbang' makan angin di bumi asing.

Ok. Memandangkan gmbr pastry puff di FB hari tu mendapat sambutan sehangat pisang goreng panas, di sini The Flying Chef ingin berkongsi rahsia yang tidak seberapa. Haha. Tapi, chef jamin, resepi ini Sedap Rasa Seindah Rupanya. Sangat sesuai bagi mereka yg praktikal, "malas" dan sentiasa on-the-go. Just like me!. 

Bahan-bahan yang diperlukan: 
1. Pastry Puff ( jenama KawanKu, 10 keping RM 5.80, boleh di dapati di pasaraya Tai Yang, Tawau ).
2. Inti ( ikut selera anda. Boleh mushroom-chicken, kentang+ ayam, kentang kari, sardin, kentang + sardin ).
3. Sebiji telur ( hanya untuk mencantikkan permukaan puff supaya berkilat. Takde pun tak apa ). 
4. Secret ingredient ( syhhh...pls don't tell anyone) - Secubit kasih dan sayang. 

Cara membuatnya:
1. Letakkan inti di dalam pastry. 
( Sekiranya pastry masih beku, biarkan pada suhu bilik sekitar 1 jam atau lebih. Ini bertujuan untuk mengelakkan pastry patah bila dilipat ).

 

2. Cantumkan hujung pastry dengan jari-jemari anda.

 3. Tekan je bahagian tepi dgn hujung garfu. ( bagi yg tak pandai "mengelim" ).


 4. Sebelum dibakar di ketuhar, sapukan dahulu kuning telur dipermukaan atas puff.
 5. Panaskan dahulu ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 10 minit. Lps tu, bakar puff selama 20      minit.
 6. Taraa...pastry puff sudah sedia untuk dimakan. 
  

 Hanya 5 langkah diperlukan bagi hasil yang sungguh mammamia...
 Bon Appetit!. Selamat mencuba...