Showing posts with label Family matters.. Show all posts
Showing posts with label Family matters.. Show all posts

Sunday, August 29, 2010

Kalau dah namanya perempuan....perempuan jugak.

Hmmm...2 hujung minggu kebelakangan ni, penulis sibuk membuat persiapan raya. Sehari sejenis biskut, jadi minggu ni dah masuk 4 jenis biskut yang dah dibuat. Nama2 biskut penulis kurang arif la, tp ada biskut chocolate chips, white chocolate chips, raisin + oat dan cornflakes. Kakak penulis, Kak Uji yang mengadun, penulis tolong mana2 yg patut seperti mem'bentuk' adunan2 tersebut. Hehe.

Dan pagi tadi, kami membuat biskut cornflakes. Penulis membantu memarut kulit limau sunkist,

Kulit limau yg dah diparut + limau yg dah lunyai diparut.


dan mengkepal2 adunan sebelum dimasukkan ke dalam paper cup sblm dibakar di dalam oven.

Hmmm...sbb pencahayaan kot biskut ni mcm nmpk tak masak.

Ni resepinya.

1 kotak kecil Kellogs Cornflakes (diramas...ewwww. Mcm tak biasa kan?).
100 g mentega (lagi afdal kalau guna Dairy Wood Churns Butter. Lemak berkrim disukai ramai).
75 g gula ising.
125 g tepung jagung.
1 biji kuning telur.
2 biji kulit limau oren (tp lg byk lgi sodap. Pastikan tak dipaut sehingga lapisan putih. Pahit nnt adunan tu).
Sedikit esen oren.
Tepung gandum secukupnya.

Cara membuatnya:

1. Pukul mentega + gula ising.
2. Masukkan telur.
3. Masukkan tepung jagung + kulit limau.
4. Masukkan cornflakes yg dah DIRAMAS.
5. Masukkan tepung gandum secukupnya.

6. Bulat2kan dan masukkan ke dalam paper cup.
7. Bakar di dalam oven ( 170 -180 degree Celcius selama 11 minit. Sblm tu, panaskan oven terlebih dahulu pada suhu yang sama selama lbh kurang 10 minit. )

Selamat mencuba...


Kalau si Yoyop boleh buat, takkanlah pembaca yg terer tak leh kottttt....Hehehe

Wednesday, July 7, 2010

Sweet Dreams...or Beautiful Nightmares...

Hmm...balik keje, rumah sunyi semacam. Mustahil, sbb ada kereta Wan parking di garaj rumah. Rayhan, anak Wan ni yg kalau ada, org kampung boleh tahu kedatangannya. Meriah....kalau cakap dgn kita face to face pun, mcm mengajar 1 kelas yg ada 40 org pelajar. Hahahahaha

Oh...rupanya kesemua mereka telah pun 'tewas'. Wah...once in a blue moon this thg happens. Maklumlah...baru habis hujan, sejuk. Sedap tido.

Rayhan, tertidur dgn seluar dlm merahnya


Iman (1 bln ++), adik Rayhan, siap keluar liur basi.


Mimi, tertidur dgn uniform tadikanya.


Anim, yg tidur dgn neneknya setiap mlm


Baby Sarah.

Dan, sesudah penulis mengambil gambar kelima2 mereka, penulis pula yg mengalami situasi "bulu bertemu bulu". Mata penulis menjadi berat. Zzzzzz......(Sweet dreams ..or Beautiful Nightmare). U think?.

Monday, May 3, 2010

Kini masakan bertambah lazat...

Setelah beberapa bulan direnovate, akhirnya siap jugalah dapur rumah ku...Boleh siap lagi awal, tp kadang2 tukang rumah tak datang beberapa hari, bahan kehabisan stok, dan bermacam2 sbb lg la. Sekarang keselamatan isi rumah lbh terjamin daripada serangan anai2. Dan suasana dapur yg baru ini menjadikan masakan bertambah lazat. Errrr....ada kaitan ke?. Hahahaha....


Selain dapur, ruang tamu jg mendapat sentuhan "Eric Leong". Wp kipas ini bukan disponsor oleh Ikea, cat Dulux atau Ombak atau yg sewaktu dgn rancangan2 mcm kat dlm tv. Semuanya, kalau No Money, No Talk!. Terpaksa korek tabung jg maaaaaaa....

Kipas/ lampu yg boleh menguntum/ memekar.

Cat dinding luar jg diubah. Dari creme kpd warna yg anda lihat skrg ni. Errr...warna ni bukan warna pilihan penulis. Ini warna pilihan Mem besar dan Kak Uji. Errr...macam warna 'org tua' kan?. Bila ditya kenapa pilih warna ni, jwpn dorg, "ini lah trend warna skrg?". Errr...ye ke?. Hmmm...lantaklah. Bukan ada apa pada warna pun...kalau tak suka, tunggu 2-3 tahun, cat balik. Betul tak?.

Home Sweet Home: Teratak Bonda

Monday, April 5, 2010

The making of a PLAYBOY model...

Suatu malam ketika penulis melipat kain baju, penulis mengambil sehelai bra dan bertanyakan kepada anak buah, Mimi yang berusia 4 tahun lbh, "Mie, ni apa dipanggil ni Mie?". Dia pun menjawab, "lapik tetek". "Oh ok", respon ku. Aku btya lg, "Mimi ada ke ni?". Dia mjwb, "tak ada". "Mimi mau pakai?. Ada aunty Yop pya". "Hehe..mau". Jd, cepat je aku mencari bra 'mainan' yg pernah diberikan oleh kawan suatu ketika dulu. Dan ini lah hasilnya...

Mimi Anderson

Sunday, March 21, 2010

Janji kita...HAPPY!

Khamis mlm jumaat lps, majlis cukur jambul dan majlis doa selamat diadakan di rumah. (Hehe..Lmbt sikit cerita ni keluar). Untuk cukur jambul ni, 2 org sekali yg terlibat, iaitu baby Sarah, yg baru berusia beberapa hari dan anak buah Mansor Zulkarnain, yg berusia 1 thn 1 bln. Doa selamat pula sempena selamatnya penulis dari tragedi terjatuh dari pokok terap itew. Huhu

Pakcik yg tua skali, Pak Lah, sdg memotong jambul baby Sarah.

Buat pertama kalinya, kali ni guna khidmat katering je. Sbbnya, anak dara sorang ni tak boleh keje berat (pantang mengalahkan org baru hbs bersalin), 2 org mak dara (K. Uji- maknya c baby Sarah & Imah-maknya C Mansor Zulkar9) pula sibuk dgn anak yg masih kecil, sorang mak dara (adik ipar-N) lagi sedang membonchet. Just pay RM450, everythg is DONE!. Tak yah cuci pinggan mangkuk, lauk pun sodap. Pakej tmsk 4 jns lauk iaitu Pajeri Nenas, Ikan Sweet & Sour, Daging masak Kicap dan Sambal tempe, nasi putih, air sirap, buah tembikai. Nenek Dara (Nyanya) masak sup tetelan (tulang + urat + daging) dgn mammamia skals dan sorg mak dara (Imah) menyiapkan bread puding. Overall, semua gumbira, suka hati sbb tak yah masak itu, masak ini, cuci itu, cuci ini, kemas itu, kemas ini, bla...bla...nyum2 je, smpi perut kenyang. ;-P

Thursday, March 11, 2010

Dia yg bernama ...

Sarah Syahirah. Dilahirkan pd 19 Feb (jumaat), 10.58 pg. Berjisim 3.2 kg. Merupakan anak ketiga pasangan Suzilah Subi & Mohd Taalim Abd Rahim.

Kesian dia. Makciknya yg sorang ni belum lagi berpeluang mendukung dia. Pertama, sbb takut memegang budak yg masih lagi "lembek" dan yg kedua, sbb keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Tak pe la Sarah, besar nnt, kita main gusti2 ye. Sama jg dgn abang dan kakak mu dulu. Lps beberapa bulan, baru makcik mu ni berani dukung. Oklah, setakat ni je kali ni. Bye...

Sunday, January 31, 2010

Dah besar panjang...

28 Jan 2010 (Khamis) - Hari ini genaplah anak buah I, Shamimie Sofea @ Mimi berusia 4 tahun dan tahun ini, dia dah memasuki alam persekolahan- tadika. Majlis hari jadinya di peringkat sekolah diraikan pada hari jumaat, manakala peringkat rumah pada hari sabtu. So, sibuklah kami membuat persiapan. Pada asalnya, I bercadang sponsor sate kambing + sate ayam, malangnya penjual sate itu tidak menjual pada mlm itu, jadi menu terpaksa ditukar ke sandwich telur. Haha. Save sikit budget.

Mimi & adiknya, Anim

Hehe..inilah gmbr tak seberapa latest dia. Sexy sikit.

Dipendekkan cerita...selepas isyak, majlis pun bermula lah. (Maaf...gmbar tidak ada kerana bateri kamera kong. Ambil pki kamera hp, ntah ke mana gmbr2 tu hilang. Kena virus kot ). Alah...kami2 je. 2 rumah je, 5 keluarga terlibat. Makan...makan...makannn...sehingga semuanya tersandar. Dan baru I tersedar, apalah gunanya control mkn selama ni tp malam ni tibai semuanya. Erkkkk....alhamdulillah. Nafsu mkn skrg makin menjadi2 la. Nasib baik tak nafsu lain. Hmm...lps ni, kena lah ingat sendiri, kalau tanak masuk THE BIGGEST LOSER ASIA, mkn kena jaga. Bykkan exercise...bla..bla..bla...

Wednesday, January 20, 2010

...just like the river flows...

At last...Berhari2 line inet tak bagus, tak dpt get thru pun. Dan kini, barulah blog yg hampir bersawang ini dikemas kini...

Merujuk kepada tajuk, duit tunai ku mengalir seperti aliran sungai...Begitu pantas dan meninggalkan baki RM 18.72. Ke mana alirannya???...


Ya...dapur rumah mengalami construction! Dan, sebagai ahli isi rumah yang berkerjaya, I kenalah menyumbang beberapa ribu untuk tujuan tersebut.

Ke mana lagi aliran tunai itu?. Oh yes, ingat lagi azam tahun baru penulis? Health and beauty conscious...Huhu...Yeah, byk juga RM yang dilaburkan untuk kelihatan jelita dan berpenampilan feminin sedikit. Kalau tak jelita di mata orang lain pun, jelita di mata sendiri. Dan kos lepas untuk penaiktarafan dapur rumah dan untuk kekal santik dan jelita, pembelian lap top baru dan motorsikal terpaksa ditangguhkan dulu.

Sunday, October 4, 2009

Welcome to the real world!

To Dear Aleesya Zahra, u're welcome to the real world and the most welcome to the family. She was born on 19/9/09, a day before Eid Mubarak and the first baby of my cousin, Boy a.k.a Mohd Zuhairi & Atikah Kee Ednin. And of course, being the first grandchild of the only child, she means a lot to her grandpa and grandma (Aunty Pong).

Yeah, she's sleeping like a baby.

Mari kita imbas kembali sebelum kelahirannya. Mgkin inilah yg berlaku kira2 10 bulan yg lepas.

Korang tgh buat apa tu haaaa????

Slps di zoom-in.

Cuma kita tak tahu bila masa sebenarnya 'peristiwa itu' berlaku. Takkan pukul 9.22 mlm kot???
Awal lagi tu...

Apa pun, semua andaian terpulang kepada pembaca sekalian. Sesungguhnya penulis tidak berniat menyinggung ssiapa, baik yg hidup, yg mati atau pun yg bergelar cicak.

Tuesday, September 22, 2009

Dilema Seorang Andalusia!!!


Sehari sebelum Raya (18 Sept 2009)

Hari ni cuti sekolah sdh pun bermula. Jd, aku mengambil kesempatan untuk pergi ke kubur arwah bapa untuk menghadiahkan Yaasin. Timbul rasa insaf kerana suatu hari aku juga akan "pergi".

Hari Raya Pertama (19 September 2009)
Rasa keterujaan menyambut raya semakin pudar. Mungkin disebabkan oleh pertambahan usia. Baju raya pun tak ada. Hari ni buat pertama kalinya aku bersarapan pagi dengan Nescafe panas selepas sebulan tidak meneguk minuman favourite ini. Wow!!! Nikmat tak terhingga. Maklumlah, masa bersungkai menghantam minuman berais. Haus oooo selepas seharian menahan dahaga.

Barisan blkg kiri: Anne(isteri Wan), Boy, Ipi, Mizi, Rayhan(anak Anne) dan Seiko.
Barisan dpn kiri: Datin S, Dada, Aunty Tijah, Nana, Mimi dan Memek.

Pagi ini, kesempatan bergambar bersama pakcik Mail a.k.a Seiko diambil. Maklumlah, bukannya selalu dia datang beraya di sini memandangkan sekarang dia bekerja di Limbang manakala isterinya, aunty Tijah bekerja di KK. Malangnya, tidak semua ada kat sini. Tak kisah lah dorg tak ada. Yg penting, America's Next Top Model mesti ada. U-no-hu. Hehehe.

Selepas selesai bermaaf2an di rumah, barulah pergi beraya ke rumah keluarga terdekat.

Hari Raya Kedua (20 Sept 2009)
Nothing Special. Tak pakai baju kurung pun sepanjang hari. Tertanya2, adakah kunjungan dari orang yg dinanti2. HAMPEH!!!. So I made up my mind. Enough is enough. Kpd org yg terdekat (kak Sri Siantan Jaime ataupun rakan sepanjang hayat-Min), nnt I cerita lbh lanjut. Kat sini terlalu umum dan tak sesuai. I cuma nak meluah apa yg terbuku di hati. And I really need a shoulder to cry on. Sob..sob..sob...

Hari ni juga main mercun buat pertama kalinya selepas sekian lama. Best pulak!. Terasa menjadi kanak2 semula. Dan percaya atau tidak, just to kill the time, I checked the trial exam paper, and it's done!

Hari Raya Ketiga (21 Sept 2009)
Tak de jg yg signifikan utk dikongsi bersama ttp malamnya kami buat barbeku. Ada jemputan rumah terbuka, tp MALAS nak pegi sbb takde kawan. Jd, sebenarnya inilah dilema yg menghantui diri.


Menu malam ni, sayap ayam panggang bermadu, mashed potato, chicken chopped, ikan bakar, pari bakar, kerabu mangga, nasi putih dll. Teringat Jaime dan Suna ketika makan chicken chopped. Kuahnya, oh SO HEAVEN (Inilah kata2 yg selalu digunakan oleh pencinta makanan tegar yg disebutkan sebelum ini) Hahaha. Memang selera makan kamu dua mmg OUTSTANDING!.

Got to go. Nak tgk TV jap. Choww!!!

Tuesday, August 4, 2009

Cuti, tapi gaji tetap jalan.

Bila terlalu lama cuti dan kurang aktiviti yg memberangsangkan, timbullah pula rasa boring. Kalau RM di tgn sekarang menggalakkan, mmg i'll spread my wings and fly away. Malangnya, RM agak merudum skrg dan diharapkan kegawatan ekonomi ini akan berakhir pd bulan ini.

Sabtu lps (1 Ogos), keluarga buat kenduri arwah. Wajib pd bulan Syaaban, keluarga akan mengadakan kenduri arwah utk arwah abah, nenek, pakcik, sepupu dan tak lupa jg utk Micheal Jackson. Hahaha. Semua la yg telah meninggal dunia. Semoga roh mereka dicucuri rahmat, dihindarkan dari azab di alam kubur dan ditempatkan bersama org2 yg soleh. Amin.

Puding jagung & puding lapis cokelat. Acar nenas + timun + lobak. Ayam masak merah.

Utk kenduri tu, I kena masak 1 jenis lauk- ayam masak merah. First time masak dlm kuantiti yg byk ni-11kg ayam. Timbul terus otot kat lengan sbb menggaul ayam spy bergaul mesra dgn kuah di dlm kuali. Hehe. Rasa tetap "sadap". Bak kata org Italy, MAMAMIA, bak kata org Sarawak, nyaman. Napa? Tak caya ke? Bak kata pepatah, setinggi mana pun ssorg ppuan tu blajar, stinggi mana pun jawatannya, stinggi mana pun dia terbang (I like the last one), tmpatnya kat dapur jg.

Sup payau McP. Sambal ikan masin. Rendang hitam