Monday, August 16, 2010

Tawau Bumi Peladang

Musim buah tiba lagi. Dan kali ni, buat pertama kalinya, langsat (Lansium Domesticum) berbuah dgn byknya. Dan kehadiran buah yg sangat byk, ranum dan kuning keemasan ini hanya disedari oleh seorang pakcik yang datang melawat, apabila dia merayau2 melihat kebun di belakang rumah. Kalau bukan kerana beliau, tiada siapa sedar akan buah langsat itu dan alamatnya, gugur je la ke bumi apabila tiba masanya.


Gmbr di atas menunjukkan hasil tuaian yg ketiga kalau tak silap. Tak habis makan oooo... Hasil tuaian yg pertama dibahagi2kan sesama keluarga yg juga merupakan jiran2 terdekat, hasil tuaian yg kedua disedekahkan kpd sahabat handai. Dan hasil tuaian ketiga ni belum diusik lagi.

Hmm...nak dijadikan cerita, pokok langsat ni ditanam oleh arwah bapa penulis. Tp sepanjang hayatnya, arwah cuma dapat makan langsat ni sekali, itupun ketika buahnya masih masam dan hanya beberapa biji. Masih lagi penulis ingat, kami berbahagi isi langsat ni seorang seulas. Hahaha...asal semua dpt rasa hasil titik peluhnya ketika itu. Sekarang dia dah tak ada, dan anak cucunya dapat makan dgn sepuas2nya. Alhamdulillah... sekarang buahnya manis sekali. Dan inilah hasilnya bila berbudi kepada tanah... (chehhh...gaya ckp tu mcm 'dia' je yg tanam. Hehe)

8 comments:

rambomadonna said...

Selamat Menyambut Ibadah Puasa Yop. Bila terbaca entrimu ingatkan ko mo cerita pasal si Buddy. Funny betul bila terkenang cara dia bercerita pengalamannya melawat Tawau dan disambut dengan signboard "Tawau Bumi Peladang" and terjumpa dengan polis trafik bernama .... hehehe

Si Yoyop Bah... said...

Hahahaha...apa sdh jadi dgn mamat tu. Yg aku masih ingat ialah ikan msk kungit. Pya la aku tak tau apa yg dia ckp. Rupa2nya ikan msk KUNYIT!

Anonymous said...

Rupa-rupanya u baru kenal dengn buah langsat ya Yy,hasil tanaman arwah ayahanda u sendiri. Waktu budak-budak dahulu aku boleh dikatakan hidup atas pokok langsat di musim ia berbuah, Sekarang, kita orang lebih suka makan buah dukong, lebih besar dan lebih manis.

Ada orang kata: Gigitlah bijik langsat tu, boleh nampak Mekah! Anti mau cuba?

Mengikut hadith selagi orang memakan buah dari pokok langsat yang di tanam oleh arway ayahanda u itu, selagi itulah ia menerima pahala dari hasil usahanya. Kalau bilang buah langsat dalam besin biru dalam gambar tu, memang mencurah pahala yang sampai pada arway ayahanda u. Subhanallah.
Selamat berpuasa.

Si Yoyop Bah... said...

Ermm...kan pahit biji langsat tu.haha

Anonymous said...

Dalam kemanisan hanya ada nikmat. Dalam kepahitan
seperti dari biji langst itulah kan tergambar berbagai-bagai permasalahan hudup, seoaruh lebih pahit dari biji langsat itu.

Si Yoyop Bah... said...

Norzah, psl semua yg 'h' menjadi 'y'?. makin dahsyat slanga arabic U. Hahahaha

Anonymous said...

Hehehe, baru sedar arwah jadi arway, kerana h dan y tu karibun jiddan (berdekatan sekali). Ada ana tengok komen u tak faham ta'aam. u kata ta'lam. Ana ta'am tu ma'ananya ana makan lah dlm allaghatu alarabiyah. hyAna pun tahu sikit-sikit, qalilan jiddan. Anti yg bakal hajji dan mesti fahamlah, Nanti sampai Mekah la tafhamu ma humma takallamun ( tak faham apa
mereka syakap!)

Nak pandai cakap arab kena ulangkaji filem Ahmad Albab seniman P Ramlee. hehehe. Entah botul nama filem itu entah tidak ana la tazakkaru, wallahu alam bissawaab, bulan puasa mesti minta maaflah.

MiN said...

dari komen di atas kita leh belajaq alughatul al arabiah.. alhamdulillah.. syukran jazilan..