Mcm tajuk lagu Agnes Monica yg kontroversi tu pula kan?. Mmg ngam habislah dengan cerita entri kali ni.
Khamis lps, semasa Morning Prayer, aku diumumkan sbg salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Sebelum ni, ramai yg kata, "kalau pandai kipas bos, senanglah dapat". Dan kenyataannya, aku bukan jenis yg suka mengampu. Tak kiralah siapa bosnya, kerja tetap sama. Bak kata Pak Lah, "Bekerja bersama-sama saya, bukan bekerja untuk saya". Sememangnya aku layak menerima APC ini. Mmg kadang2 terasa tekanannya, tapi dah namanya kerja kan?. Dan kerajaan membayar anda untuk itu. Dan sebaik menerima berita baik ini, aku rasa gembira dan bersyukur kerana keikhlasan dan penat bekerja, diberikan ganjaran. Sesungguhnya, ALLAH peduli kepadaku.
Majlis penyampaian APC akan berlangsung pada Oktober nanti. Dan habuan untuk anugerah ini ialah RM 1k. Selepas ini, aku akan cuba memohon untuk jawatan Guru Cemerlang pula. InsyaAllah, tawaran permohonan dibuka tahun depan. Dan mudah2n, aku dapat jawatan itu. Amin...
Kepada pembaca entri sekalian, sekiranya anda menghadapi situasi yang sukar, mohonlah pertolongan kepadaNya. Sesungguhnya ALLAH peduli. Cuma doa anda itu dikabulkan samada lambat atau cepat sahaja. Ingatlah, always give the best and the best will come back to you.