Monday, January 2, 2017

2016 in review.

Selamat Tahun Baru 2017. Terasa semacam satu kepuasan dapat menutup 2016 dengan baik, indah dan produktif sekali. Mengimbau kembali apa yang dilakukan sepanjang 2016, aku telah berjaya:

1. Pergi ke Iceland.
Sebuah negara yang harus dilawati sekurang2nya sekali seumur hidup. Begitu indah alam semulajadinya. Kebetulan menjadi begitu popular selepas filem Dilwale. Mungkin atas sebab itu jugalah, post aku ala2 Kajol di dalam group BackPackers Buddies Malaysia (BBM) berjaya mendapat 3.6k likes/ reactions.

2. Renovate rumah.
Adalah mustahil untuk aku yg hanya bergaji DG44 untuk mengeluarkan RM 10k secara lumpsum dipertengahan tahun, tanpa mengorek duit simpanan aku. Untuk itu, aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada mak aku yang sudi mendahulukan sejumlah duit untuk tujuan itu. Manakala, aku hanya mengeluarkan duit untuk bayar upah pekerja sahaja. Lega bila kesemua 'hutang' itu dapat aku langsaikan sebelum 2016 melabuhkan tirainya.
Umpama tongkang pecah. 

3. In person bersama Proboscis Monkey.
Impian yang telah lama diidam-idamkan... namun atas faktor jarak lokasi dan masa yang menjadi penghalang, impian itu tertangguh selama lebih kurang setahun.
Do you see what I see?. 

4. Memandu sendiri sejauh 1000++km.
Dengan Nissan X-Trail, segalanya mungkin...chewahh!!!. Kali ini, ikut jalan baru/ belakang yang kononnya hanya mengambil masa 6-7 jam perjalanan. Sesat semasa pergi, hanya disebabkan satu simpang...yang akhirnya, menjadikan masa perjalanan menjadi 9 jam. Leper bontot!.
Road trip becoming more pleasure now.

Untuk mengelakkan pisang berbuah 2 kali, semasa perjalanan balik, KK-Tawau, aku menggunakan navigator kereta. (Sia2 beli kereta mahal, tp navigator ndak pandai guna. Haha). Yes!!!. Baru ndak sesat. Haha.

5. Disiplin soal kewangan.
Tahun ni, kewangan aku agak sempit sikit. Sebab nyata dan utama adalah, RM 1751 terpaksa dipotong setiap bulanan untuk X-Trail yang baru dibeli dan rumah yang tiada penyewa. ( Sblm ni, aku tak perlu membayar bulanan kereta dan sewa bulanan dari penyewa pula masuk). Yang membanggakan aku adalah, tatkala respon segelintir kawan ku, "kalau aku, aku korek duit simpanan aku", tapi aku langsung tidak. Langsung aku tidak sentuh duit simpanan aku. Kudos untuk aku sendiri.

6. Dapat menangani pe'el rakan sekerja.
Bak kata pepatah, "Dalam setandan pisang, tak semua buahnya bagus". Begitulah juga dengan rakan seangkatan yang aku pimpin. Ada yang ok, ada yang agak bermasalah. Kadang-kadang aku stress dan pening kepala dengan pe'el yang pelbagai. Ditambah dengan pe'el pentadbir yang sering menjadi ketidakpuasan hati kakitangan yang lain. Syukurlah, setakat ini, aku bebas dari penyakit-penyakit yang berpunca dari stress dan sinonim dengan "guru". :'(

7. Melancong secara solo.
Akhirnya, aku melancong secara solo ke Morocco dan Spain, dari 25 Nov - 15 Dis 2016 selepas berkecimpung dalam dunia pelancongan selama 14 tahun. Sesungguhnya aku amat-amat bersyukur kerana segalanya sempurna, tanpa sebarang musibah menimpa ke atas ku.
Spentot yang aku cuci dan jemur kat lampu hangus. Hahahahahaha ;-P. Rasanya tu je la musibah yang menimpa aku. Hahahahahah

Sekian. Entri dikarang ketika Mesyuarat Awal Tahun Kali Pertama Kolej Vokasional Tawau, 2 Jan 2017 menggunakan Oppo F7. :-)

No comments:

Post a Comment