Wednesday, January 1, 2014

The Land of Khmer- Phnom Penh

"Seawal Januari merancang, selewat Disember terlaksana. Walaupun memakan masa, namun jimat belanja". Itulah sebenarnya apa yg terjadi di belakang tabir Kembara IndoChina ( Kemboja, Vietnam dan Thailand ) kali ini. Kami merancang seawal Januari, membeli/ menempah tiket kapal terbang, hostel dan aktiviti sedikit demi sedikit. Tiket AirAsia KUL - Phnom Penh kami perolehi dengan harga promo RM 52 (tanpa luggage). Senarai belanjawan dan itinerary yang lengkap akan disertakan di akhir entri untuk panduan mereka yang berminat ke sana. 

3 Dis 2013 ( Selasa ) - Hari Pertama 


Penerbangan dari LCCT ke Phnom Penh Int'l Airport mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Tidak banyak yang berlaku sepanjang hari selain dari mencari Restoran makanan halal utk makan tghari dan berjalan sekitar Water Front. Review Lim berkenaan Soto daging yang dimakannya ialah, "macam plastik, gigit2 tak mahu putus" dan kuahnya agak manis. Manakala sup bontot (ekor) yang aku pesan sekadar, "bolehlah". Untuk makan di sini buat kali kedua berkemungkinan besar adalah TIDAK. Tapi apa yang bagus di sini adalah layanan owner kedai, yg memaklumkan info tentang beberapa tempat menarik yang kami ingin kunjungi dan meminta kami agar sentiasa berhati2 dengan beg berisi wang dan kamera ketika menaiki tuk2. Menurut beliau, biasa terjadi, pelancong yang leka mengambil gambar ketika berada dlm Tuk2 diragut dan walaupun menjerit meminta tolong, tiada siapa akan menolong. Jadi, info ini sangat berguna bagi kami yang baru menjejakkan kaki di bumi Phnom Penh.


4 Dis 2013 ( Rabu ) - Hari Kedua

Hari ni aktiviti rancak sedikit memandangkan 3 orang member dlm trip ni telah sampai petang semalam. Kami memulakan perjalanan ke Tuol Sleng Genocide Museum atau dikenali juga sebagai S-21 ( Security Office-21 ). Kehadiran kami disambut oleh seorang lelaki yang kelihatan seperti alien meminta sedekah ( harap aku tidak keterlaluan bila menyamakannya dengan 'alien' ). Sbb ketakutan, aku tak berani tgk dia lama2. Kulitnya yang terdedah kelihatan macam kesan terbakar, cuping telinga tak ada, cuma ada lubang telinga, rambut ada bahagian yang tumbuh, ada yang botak...byk lagi la. Seperti yang aku kata, kalau aku perhati btl2 mgkin aku boleh huraikan sehingga korang dpt bygkan. Tp sebab sedih, kasihan dan tak menghulurkan sedekah, itu je la penampilannya yg aku ingat. 

Kubur 14 mayat terakhir yang ditemui di Blok A ( Bangunan 3 tingkat di dalam gambar). 
Asalnya premis ni merupakan sekolah menengah tetapi dijadikan penjara oleh Regim Khmer.

Masuk ke museum ini aku memang byk bertafakur.

 Pemandangan dalam sebuah bilik di Blok A yang dijadikan medan penyiksaan.


Pertama, sedih dengan bentuk2 penyiksaan yang tidak dapat dibayangkan dilakukan oleh Regim Khmer kepada orang senegaranya sendiri.

 Antara tengkorak-tengkorak mangsa yang berjaya dikumpulkan.

Kedua, aku tidak dapat membayangkan kalau aku berada di tempat mangsa atau ada kaitan dengan mangsa. Hampir menitiskan air mata apabila melihat gmbr2 mangsa, pandangan dorang seakan kosong. Mcm tau maut menanti. Ada gmbr lelaki/ wanita disiksa sehingga terdedah kemaluan mereka. Paling menyayat hati bagi aku adalah gmbr di bawah ni kerana bayi tersebut baru berusia beberapa bulan dan masih myusu badan.

 Wanita dan bayi tidak terkecuali menjadi mangsa. 

Ketiga, sebagai cara menghormati roh2 yang mati tersiksa di premis tersebut. Walaupun mangsa majoritinya beragama Buddha, aku mendoakan agar roh mereka tenang dan berharap agar sesiapa jg yang bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai ini akan dibalas dengan hukuman dan balasan yang setimpal.

 
Beginilah rupa penjara di Blok C.

Moral disebalik lawatan ini ialah, sentiasa mensyukuri dengan keamanan di Malaysia. Ini dah baik2 aman, buat demonstrasi haram. Bantah itu, bantah ini siap tabur fitnah di FB tp BR1M ambil!.
 
Seterusnya, kami menuju ke The Killing Field (Choeung Ek) pula, salah satu tempat dimana majoriti mangsa dibunuh dan ditanam sepanjang tempoh pemerintahan Regim Khmer Rouge, iaitu dari 1975 - 1979. Di sini, sebanyak 20,000 orang termasuk warga asing telah dihukum bunuh, sebanyak 129 kubur beramai2 (mass graves) dan lebih kurang 8,000 tengkorak merupakan saksi kepada jenayah kejam ini. Kebanyakan tulang, gigi dan bahagian badan yang lain masih lagi tertanam namun ada juga yang timbul ke permukaan tanah apabila banjir berlaku. Bagi memperingati roh2 mangsa seramai 3 juta di seluruh Cambodia, maka Memorial Charnel telah dibina pada tahun 1988. 

Inilah Memorial Charnel itu. Mempunyai beberapa tingkat yang menyimpan 'bahagian badan' yang berbeza.

Pandangan dekat di salah satu tingkat. 
Ini adalah bahagian tengkorak wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas.
Daripada keadaan tengkorak, sebab kematian, tahap kecederaan dan senjata yang digunakan boleh diketahui.

Malamnya pula kami menonton persembahan kebudayaan Khmer atau juga dikenali sebagai Plae Pakka dari 7.00 - 8.00 mlm di National Museum. Memandangkan kami datang membeli tiket pada waktu petang, kami dapat diskaun sebanyak USD 1. Salah satu kemestian bagi pelancong sekiranya berkunjung ke Phnom Penh.

Esoknya kami akan meneruskan perjalanan ke Siam Reap dengan bas. Entri kat Siam Reap akan dikupas dalam The Land of Angkor- Siam Reap. Sebelum tu, itinerary beserta bugdet disertakan di sini. 

 

Ok. Kalau USD 1 = RM 3.33, maksudnya 406 x 3.33 = RM 1351.98

**Oh ya, Dollar digunakan secara meluas selain Cambodian Riel. Tapi di Malaysia, tidak banyak Money Changer yang menawarkan Riel. Jgn risau. Tukarkan sahaja Ringgit kepada Dollar. Biasanya, bila melibatkan baki yang tidak sampai USD 1, mereka akan mengembalikan baki dalam Riel.

1 comment: