Tuesday, January 14, 2014

I "HEART" PHUKET!.

Di antara 6 destinasi (Phnom Penh, Siem Riep, Hanoi, Bangkok, Phuket dan Krabi) kembara Indochina ini, aku paling suka Phuket. Apa istimewanya Phuket berbanding 5 bandar yang lain?. Selepas 4 tahun dilanda Tsunami yang meranapkan kawasan sekitar pantai, Phuket kembali pulih. Langsung tiada kesan Tsunami. Ntahlah "tunggul" kat blkg tu tegak terpacak sebelum Tsunami melanda ataupun baru dipacak. Boleh tahan juga kalau sebelum Tsunami sudah ada dan masih kekal sehingga ke hari ini. Haha

14.12.13 - Hari keduabelas.

Sebelum kapal terbang touch-down, kelihatan pasir laut terhampar memutih manakala tona warna air laut berubah dari tidak berwarna kepada warna turquoise dan biru tua di kawasan dalam. Sangat cantik dan mendamaikan. 
Hotel tempat kami menginap pula lebih "upgrade" berbanding penginapan2 kami sebelum ni. Hotel yang dimaksudkan ialah Sino Imperial Phuket Hotel. Hiasan dalamannya agak ringkas tetapi moden. Turut disertakan dengan sarapan pagi dan F&B di dalam bilik juga percuma serta ditop-up setiap hari.

Tgkla akuarium ikan emas tu.

Malamnya pula kami makan hidangan buffet dan menonton teater Fantasy of a Kingdom Show di Phuket FantaSea, the Ultimate Cultural Theme Park. Apalagi, memang standby berlapar la. Bila dah hampir 2 minggu selalu sangat makan berasaskan makanan laut, aku yang karnivor ni memang dah ngidam makan ayam dan daging. Bukannya sebab nak bajet, tapi penawaran ayam dan daging yg halalan toiyiba sepanjang di IndoChina ni agak terhad. Hmm...bila dah jumpa, mmg aku makan sepinggan penuh lauk. Nasi tolak tepi utk malam ni. ( Sorry, tak sempat nak ambil gmbr sepinggan penuh lauk tu sbb terlampau excited. Hahaha )

Palace of The Elephant, tempat di mana teater berlangsung.

Pengunjung tidak dibenarkan sama sekali membawa kamera ke dalam Palace of The Elephant demi memelihara Hak Cipta teater. Q: Jadi di mana la simpan kamera?. A: Adalah tempat yang disediakan khas.

Terus terang aku tak pernah tgk teater sebelum ni. Apatah lagi bersama 3,000 orang yang lain. Sistem audio, persembahan, barisan artis yang menjayakan teater ini, tidak terkecuali gajah dan ayam, MANTOP!. Beberapa ekor gajah dan ayam turut naik ke pentas. Jadi bayangkan lah betapa besar pentas tersebut. Aku paling suka persembahan 'ariel ballet' di mana semasa persembahan berlangsung, keadaan gelap gelita, artis memakai pakaian ballet 'glow in the dark' @ illuminous, pergerakan mereka umpama ulat dan tergantung pada siling. Nasib aku duduk kat bahagian belakang, kalau tak, mgkin sakit leher sebab perlu mendongak. Two thumbs up!. Tiket boleh beli secara online dan untuk dapatkan harga yang murah, perlu beli awal.

15.12.13 - Hari ketiga belas.

Hari ni kami buat Islands Hopping. Tiket kami beli siap2 kat Phuket Int'l Airport sebaik sampai kelmarin. Ada byk kaunter yang menawarkan pakej2 Islands Hopping. Jadi, pandai2lah membanding harga agar sesuai dengan keperluan dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. 

@  Khai Island

@ Phi Phi Leh/ Maya Beach. Tambah popular selepas lakonan Leonardo DiCaprio, dalam filem The Beach

  @ Phi Phi Don/ James Bond Island. Ada filem James Bond dilakonkan di sini la. 

Ni la yang membuatkan aku lebih berpuas hati dengan Islands Hopping di Phuket berbanding di Halong Bay. Pemandangan cantik, lurah2 batu kapur jelas apatah lagi lurah yang berbikini. Haha. Puas menjamu mata you

Selepas seharian berjemur di bawah terik matahari, malamnya kami jalan2 cari makan di Pasar Malam, Talang Rd. Pasar Malam cuma ada pada malam Ahad, bermula jam 4.00 ptg - 10.00 mlm. Kat sini aku berani makan street food dorg sbb jauh lebih bersih berbanding kat Bangkok, Phnom Pehn dan Hanoi, susunan setiap gerai teratur, persekitaran selamat dan aku happy sangat bila nampak ramai penjual bertudung sebab banyak la pilihan makanan yang aku boleh makan. That's why I 'heart' Phuket!. Sgt happening. Ada live show, siap disediakan tempat duduk utk penonton dan penonton yg tidak malu, dipersilakan menari mengikut rentak lagu. Sampai basah lencun makcik dan makcik dlm gmbr tu menari. ;-D


16.12.13 - Hari Keempat belas

Atas alasan ingin mendapatkan markah tinggi dlm SKT, kami perlu mewujudkan Hubungan Luar Antarabangsa dan EduTour. Oleh itu, kami perlu melawat salah satu pusat pendidikan dan berdasarkan lokasi yang tidak begitu jauh, Phuket Vocational College (PVC) menjadi buruan kami seterusnya. Tanpa surat rasmi, kami terus ke sana, berjalan kaki. Haha. Macam kebingung-bingungan juga dorang menerima kami. Mahu terima, siapa pula yang kena in-charge sebab Pengarah tidak ada atas urusan rasmi dan kena berbahasa Inggeris pula. Tak mahu terima, jauh pulak dorg datang, dari Malaysia dan tak melambangkan hospitaliti budaya masyarakat Thai pula. Mgkin itulah yang berlaku di sebalik ckp2 Thai warga PVC, nasib aku tak paham cakap Thai. Tapi jika aku berada di tempat dorg, itulah juga yg aku fikirkan. Hahaha. Dan akhirnya, selepas setengah jam menunggu di pondok jaga, kami di bawa masuk ke Bilik Mesyuarat (agaknya) dan selepas ditinggalkan dalam lebih kurang 15 minit, kami dibawakan air sejuk dan pamplet PVC. Ditinggalkan lagi dalam 15 minit, kami pun buat macam kat Kolej sendiri (jangan je la ada dipasang CCTV) dan selepas 2 org wakil PVC ni datang, barulah sesi soal-jawab berlangsung. Haha. Kelakar pulak tgk dgn beg galas siap dgn botol air Tupperware. Sharmyn yg gila2 pun otomatik bertukar profesional. Haha

Ikut Putaran Arah Jam: 1) Lawatan kat Makmal ICT, pelajar di belakang sedang menjawab soalan kuiz.
2) Lawatan kat Library. 3) Inilah yang ditulis pada Buku Kedatangan Pelawat kat Library.
4) Lawatan ke Bengkel Bakeri. Hehe. Siap dibagi rasa lagi biskut badam yang dibuat oleh pelajar. 

Kesimpulan dari lawatan ini ialah, pihak PVC ingin menjalankan Lawatan Balas ke Kolej Vokasional Tawau sekitar bulan Jun, 2014. Jadi, lawatan ni walaupun TIDAK FORMAL dan main terjah je tapi kira berjaya lah kan?. Haha. Terbuktilah Thailand Hospitality. Kami siap dijamu makan tengah hari lagi. Hahaha

Petangnya kami ke Patong. Singgah sebentar ke Junceylon Mall utk menyejukkan badan. Beraircon2 dulu sblm tgk sunset di pantai. Sepenjang berjalan kaki ke pantai Patong, aku yang merupakan seorang peminat Muay Thai excited sekali bila ada iklan bergerak memaklumkan ada perlawanan Muay Thai, 8.00 mlm di Bangla Stadium. Malangnya, poket ku sungguh 'nipis' sekali dan 4 org gadis yg lain seakan tidak berminat. ;(

Sepanjang jalan ke Patong amat banyak Restoran Halal, majoriti terdiri dari makanan2 ala Timur Tengah. Tidak ada masalah mencari makanan Halal di sini. Dan malam ini, aku makan ala kadar je kat Cairo Restaurant.
BHT 7508.00 = RM 780.00. And that's the end of the story I "heart" Phuket!. 

No comments:

Post a Comment