Yahoo...First time naik A380. Perjalanan mengambil masa 12 jam 45 min. Disebabkan bertolak dr KLIA pada 11.55 mlm, tidak dapat tidur dlm flight, aku pun 'mabuk' la dlm flight. Hidangan yg dihidang beberapa kali sekadar dipandang dan tidak dijamah. Inflight Entertainment langsung tidak dipedulikan. ALL I WANT WAS A GOOD SLEEP, dalam keadaan berbaring, bukan dalam keadaan duduk. Dan segala isi perut berjaya dimuntahkan keluar sebaik je sampai tandas di imigresen Heathrow, London. Uwekkkk...
Selepas lbh kurang 1 jam perjalanan dr Heathrow International Airport ke Central London, kami pun memulakan perjalanan sekitar City of London. Jalan dekat2 je, sebab tak boleh check-in hotel lagi. Masih jam 10 pg. Check-in pukul 2.00 ptg nnt. Ok, Long-John-checked, glove-checked, sweater-checked, lipstick-checked. Bukan apa, takut bibir pecah dan pucat di dalam gambar. Tak kiut gitew. Hehe. Masa ni, otomatik kepala yg pening, rasa mabuk dan loya hilang sekelip mata. Ntah kenapa. Sihat walafiat tanpa memakan panadol. Excited dan Hyperactive lagi tu?. Pelik Bin Ajaib. Umpama beruk kena belacan gitew. Haha. Korang rasa kenapa?. Hihi
Freezing!. Titisan2 salji yg halus masih kelihatan turun dr langit. Buat pertama kalinya nmpk salji di depan mata. Sebelum ni tgk kat tv je. Hehe. Bila sejuk, mmg jadi 'naga' la. Bercakap dan bernafas je, keluar 'wap' dari mulut dan hidung. Masa ni la balik2 nak bcakap sbb terasa best pula kalau keluar wap. Haha. Bas double-decker sedang parking di depan apartment, wah..ada bar SHERLOCK HOLMES, basikal sewa tertulis Barclays, pondok telefon merah yang sinonim dengan London dan arggghhh...semuanya sekaligus dalam sekelip mata. Itulah "stimulan" yang menggantikan Panadol sebenarnya. Haha.
We stayed at Citadines Apartment. Just 2 mins walk to Trafalgar Square.
Trafalgar Square merupakan destinasi pertama. Majoriti yg berada di sini semuanya pelancong sbb semuanya memegang kamera di tangan. Semua pun kelihatan "jakun", hyperactive, super excited dan seperti "beruk kena belacan". Bila menyaksikan gelagat mereka memanjat tugu yang tinggi, siap ada menolak bontot dari bawah dan menarik tangan dari atas, berlari dari jauh untuk dapatkan momentum, hahaha... terhibur rasanya. Dan tidak lama kemudian, aku pun turut serta dalam aksi panjat memanjat, tolak dan tarik, baring dan melompat dan sebagainya, demi mendapatkan gmbr yg cantik katakannnn...
Tgk tu betapa tinggi utk memanjat dr bwh ke "tingkat 1" tugu dan betapa besar singa itu.
Menggagahkan tubuh menghadapi 1'C di luar (but felt like 0'C due to the wind), kami meneruskan perjalanan ke House of Parliament yg terletak di Westminster. Kerana tidak biasa ke'dinginan', (maklumlah, cuaca Malaysia HANGAT gitew), kami pun menaiki tube aka Underground (keretapi bawah tanah). Merasa juga naik tube. Haha.
Apa yg bestnya, semua landmarknya dekat2. Bersebelahan Big Ben ni, terletak River Thames dan juga Eye Of London. Dada, jari jemari kaki dan hampir semua anggota badan pun mula sengal2 akibat kesejukan yang melampau. Paling baik adalah balik check-in, panaskan dan rehatkan badan secukupnya dan bersedia utk hari esok. Dan hari ini, seawal 6.40 pm waktu tempatan aku sdh Zzzzz....End of day 1!.
Day 2- 26th March 2013.
Hari ni kami akan ke Stonehenge. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam dr Central of London-Wiltshire, 1 jam meluangkan masa di sana, dan 2 jam perjalanan balik. Bagi yang berminat utk ke sana, bolehlah melayari website ini: http://www.evanevanstours.co.uk. Ada pelbagai tour yang boleh dipilih. Bagi single tour ke Stonehenge shj, kosnya ialah RM 113.55.
Trivia: Di bina lbh kurang 5000 tahun dahulu. Siapa dan kenapa dibina masih lagi menjadi misteri. Dipercayai menjadi tempat pemujaan dan penentuan kalendar pada masa dahulu. Batu terbesar, yang dikenali "Sarsens" mencapai ketinggian 9 m, seberat 25 tan, manakala yang kecil sedikit, "bluestones" mencapai 4 tan. Kini, runtuhan Stonehenge di pagar untuk mengelakkan daripada di conteng dan dicuri oleh peminat batu.
Day 3- 27th March 2013.
Hari ni kami pergi ke Istana Buckhingham. 10 minit je jln kaki dari apartment. Nak tgk The Change of The Guards pd jam 11.00 pg. Hmm...walaupun berpagar dan dikawal, sgt terdedah la istananya. Mcm kurang selamat gitew. Tak mcm kat Malaysia, yg dr 1 km lg dah di pagar dan di kawal. Tak people friendly gitew.
Org kata 'Guard' tu berkawal berdiri dan tidak akan bergerak walau dlm apa keadaan sekali pun. Tp aku berjaya membuatkan 'dia' bergerak. Tangan kirinya bergerak setinggi 30' apabila aku berdiri begitu rapat dengan beliau. Isyarat agar aku tidak berposing maut begitu rapat kot?. Apa pun, DIA BERGERAK!. Mitos yg dipercayai sebelum ini berjaya dibuktikan TIDAK BENAR!. Haha.
Seterusnya kami berjalan ke The Household Cavalry Museum, Covent Garden Market, Tower of London, London Bridge dan shopping..shopping..shopping di Hamley's, Zara, SuperDry dan macam2 outlet lagi yang terletak di Oxford Street. Mgkin akibat sejuk sehingga ke sum-sum tulang, tapak kaki jg terasa begitu sakit, sehingga terasa semacam tulang yg bersentuhan dengan jalan tar.
Kalau murah, unik atau takde kat Malaysia dibeli lah, kalau tak...tgk je lah.
Day 4 - 28th March 2013
Kpd kengkawan yg berhajat ke sana, anda boleh berbuat demikian wpun hanya dengan RM 5k (minimum).
Berikut adalah perbelanjaan sy:
1. Tiket KUL/ LON/ AMS ( RM 3,201.00 )
2. EuroStar Train ( RM 366.40 )
3. Apartment (share 5 pax) ( RM 944.15 )
4. Stonehenge ( RM 113.55 )
5. Heathrow Shuttle ( RM 45.00 )
6. Tube ( Daily Pass x 2 ) ( RM 73.00 )
7. Taxi ( RM 50.00 )
TOTAL RM 4,793.10
* Tukaran matawang masa ini ialah RM 5 = 1 Pound.
Awesome!!! Impian menjadi reality kan. Best! Sgt teruja baca entri kali ni... It's inspired me ;) In shaa Allah, the day will come ;)
ReplyDeleteBest kan journey? Berbaloi juga duduk dlm flight hampir 13 jam!! Tijak kaki di Heathrow terus active... tak sempat lagi mau tanya "ok kau yop, tak pening?" ....terus hilang ...bergambar!!...
ReplyDeletebesttttt.. nk pi sana :D
ReplyDeleteRM5K..masih sgt berbaloi..
ReplyDeleteNZ masih yg mengujakan utk dlawati jika dberi ksempatan..maybe terpengaruh dgn filem TLOTR.apapun enjoy u nxt journey su.