Day 1- 28th March 2013.
Hari ni takde aktiviti yg dibuat memandangkan sampai Amsterdam pun petang. Menginap di Hotel Luxer, yang terletak di Warmoesstraat 11, Amsterdam City Centre, 1012 HT Amsterdam. Walaupun harganya agak mahal, bermula MYR 298.38 semalam, bagi Hotel yang hanya bertaraf 3 bintang, tetapi hanya 5 minit berjalan kaki dari Central Station, Shopping Area, Dam Square, The Nieuwmarkt, Sex Museum dan lain-lain lagi. Sekiranya anda mahu penginapan yg lebih murah, betul2 dihadapan hotel ini terletak hotel utk Backpackers, The Meeting Point.
The snow is still falling...
Day 2- 29th March 2013
Hari ni kami pergi ke The Volendam Cheese Factory, The Clog (aka Wooden Shoes) Factory dan The Holland Mills. Bagi penggemar Cheese, aku berasa seperti berada di syurga dunia. Bukan sekadar dapat melihat pembuatan keju, malah dapat merasa pelbagai jenis keju, sebanyak mana yang 'ana' mahu. Sampai kenyang I merasa Uols...
Byk2 keju yg dirasa termasuklah keju berusia 3 thn dan 2 tahun, keju perisa bawang putih, keju berherba, dan lain-lain lagi, aku rasa The Smoked Cheese with Herbs la yg paling nyums sekali. Aku beli ni je utk dibawa balik. Walaupun amat murah berbanding harga2 keju kat Malaysia, aku tak borong keju2 ni utk dibawa balik kerana aku agak alergik laktose sebenarnya. Tidak boleh makan makanan yg diperbuat dari susu dlm kuantiti yg banyak. Agak senang muak, luak dan muntah setiap kali selepas memakannya disamping memikirkan 'beratnya luggage nnt'.
@ The clog (aka wooden shoes) factory.
Trivia: Diperbuat daripada kayu "sycamore, alder, willow dan poplar" kerana lembut dan senang dibentuk. Dipercayai mula diperbuat sekitar tahun 1570-an oleh golongan petani, nelayan, pekerja kilang, artisan dan lain-lain untuk melindungi kaki mereka. Sebagai contoh, paku, mata kail dan objek tajam yang dapat menembusi but biasa tidak dapat menembusi kasut kayu ini. Selain menjadi ikon budaya orang Belanda, jejaka Belanda menggunakan kasut kayu ini untuk meminang gadis idaman. Sekiranya kasut kayu yang diletak dihadapan pintu rumah diambil, bermakna gadis tersebut menerima lamaran si jejaka dan sebaliknya.
Kincir angin di Kinderdijk
Trivia: Kincir2 ini dibina sekitar 1740 sebagai sistem pengairan air bertujuan untuk mengelakkan banjir. Sekarang, ia menjadi simbol pengurusan air Belanda. Terletak 25 km dari Rotterdam dan mendapat pengiktirafan dari UNESCO pada tahun 1997 disebabkan masih terdapat 19 buat kincir yang masih boleh berfungsi.
Day 3- 30th March 2013
Hari ni kami ke Keukenhof untuk melihat bunga tulip, daffodil dan hyacinths (lembayung). Kami diberikan masa selama 3 jam untuk berada di taman bunga seluas 32 hektar ini. Agak malang, disebabkan keadaan sejuk yang melampau, 7 juta bebawang yang ditanam agak lambat perkembangannya. Sepatutnya seminggu sebelum kedatangan kami, ketiga-tiga jenis bunga ini telah pun kembang dengan mekarnya selama 2 bulan. Untuk tidak menghampakan pengunjung yang datang, pihak pengurusan Keukenhof telah mengambil inisiatif menanam ketiga2 jenis bunga ini di dalam Rumah Hijau. Dan dapatlah kami menyaksikan pelbagai jenis hyacinths, daffodil dan tulip yang dikatakan mempunyai 300 jenis.
Tulip feveret aku adalah yang merah putih itu...
Memandangkan hari ni tour habis awal, kami manfaatkan masa yang ada dengan berjalan2 aka bershopping2 aka berposing2 maut sekitar Amsterdam City Centre. Window shopping pya window shopping, aku tertarik pada "Tulip In Can"- untuk ditanam. Ada juga "Marijuana In Can" tp kebarangkalian dan risiko untuk menembusi Imigresen Malaysia ... sendiri kena ingatlah. Tak pasal2 sia2 je usia muda I kat dalam penjara.
Kami akhiri hari ini dengan Canal Cruise. Dipandu oleh seorang kapten perempuan, kami dibawa menyusuri 'jalan air' yang merupakan salah satu mod pengangkutan di sini selama sejam sambil diberi penerangan tentang landmarks yang berada di kiri dan kanan tali air. Tali2 air ini akhirnya bersatu dan membentuk Sungai Amster. Dan inilah sebenarnya asal usul nama Amsterdam, iaitu "Sungai Amster yang ditambak", bertujuan untuk mengelakkan banjir.
Day 4- 31st March 2013
Hari ni adalah hari terakhir kami meneroka Amsterdam yang sungguh bebas dari sudut dadah dan seksnya. Pelbagai bentuk dadah dijual dengan begitu terbuka, umpama menjual roti canai di Malaysia je. Ni buktinya..
Wow...Cannabis Energy Drink aka Minuman Tongkat Ali, tp versi Netherland la.
Di sepanjang lorong tempat kami menginap, dlm jarak 50 m, anda boleh jumpa sekitar 5 sehingga 7 buah kedai yg menjual peralatan dan perkhidmatan seks. Sex Museum pun ada kat sini. Tiket masuk bharga Euro 4. Aku nak masuk juga, tp fikir pya fikir, demi menjaga kemabruran haji ku, niat itu akhirnya dibatalkan.
Ni kat luar Sex Museum je. Tak perlu byr...
Jadi, tunggu apa lagi?. Info dah ada, belanjawan dan tahu. Pergilah melancong.
Selain Sex Museum, terdapat juga tempat tarikan pelancong yg mengiktiraf profession tertua di dunia, iaitu The Red District. Ya, di sini pelacuran diiktiraf sebagai satu profession. Dan oleh kerana beroperasi hya pada waktu malam, lagilah aku tak mahu pergi disebabkan cuaca lagi lah sejuk sampai ke tulang sum-sum.
Day 5- 1st April 2013.
Hari ni kami bersiap2 balik ke Malaysia. Dan itulah rentetan kisah pengembara di negara yg ke-19 dilawatinya.
Dan memandangkan ramai yang asyik bertanya, "berapa hengget la kau habis?". Ni adalah jawapannya.
1. Thalys Train - RM 181.20
2. Hotel Luxer (5 pax sharing ) - RM 1,157.15
3. Windmill Tour - RM 148.80
4. Keukenhof - RM 171.40
5. Canal Cruise - RM 36.00
6. Tram - RM 11.20
7. Taxi - RM 40.00
TOTAL = RM 1,745.75.
Tukaran mata wang masa ni ialah RM 4 = 1 Euro.
Tukaran mata wang masa ni ialah RM 4 = 1 Euro.