Friday, February 17, 2012

Tamparan Wanita

Dushhh....Seseorg telah merasai tamparan wanita pagi tadi. Ya, percaya atau tidak, aku telah menampar seorang pelajar. Dan aku tidak berasa kesal pun walaupun menamparnya dgn niat.

Kelas yang diajar ialah Ting. 4 Kimpalan Fabrikasi Logam, semua lelaki dan majoriti pelajar yang dimasukkan ke kelas ini mendapat C/D dalam PMR bagi subjek Matematik dan Sains. Aku ajar subjek Applied Science, tajuk Pembiakan. Bermula dgn memasuki makmal 15 minit lewat, aku masih ok lagi. Setengah jam pertama, satu kumpulan heboh kononnya ada pelajar yang 'melepas' ...bukan sekali, bukan dua kali tetapi 3 kali. Aku suruh siapa yg kentut, sila keluar. Tak pulak mengaku dan tidak ada pulak yg kentut selepas itu. Ok, aku tya peringkat2 mitosis sebagai ulangkaji apa yang diajar minggu lepas...Ada yang dapat tp badan aku mula hangin bila ada yang langsung tak ingat. Nampak sangat diorg tak belajar di rumah. Lps itu, satu demi satu cabaran diorang bagi aku. Masa aku terang di depan...satu demi satu, aku tya boleh faham?. Semua kata faham. Msa aku suruh buat latihan, mula kata tak faham, tak dengar. Aku masih boleh sabar. Aku kata kpd diri sendiri, "biasalah...budak yang kurang sikit IQnya".

Aku mengajar sebagaimana aku mahu aku diajar. Sebelum masuk kelas, memang aku buat persiapan sebaik mungkin. Kadang2 aku tya diri sendiri soalan, aku jawab sendiri. Aku sedia bahan bantu mangajar dan segala2nya agar pelajar faham dan dapat ingat selama yang boleh. Kadang2 aku rasa berbaloi, kadang2 usaha itu langsung tidak dihargai pelajar.

Ok, berbalik kepada sebelum kejadian. Oleh kerana pelajar seperti susah nak 'ikut' bila aku terangkan psl kromosom, sitokinesis, sentromer...bla..bla..bla...aku skip je tajuk tu dan terus kepada subtopik Pembiakan. Bila aku sebut je Teknik Persenyawaan, mcm hidup mati semula respon diorang (tidak semua tapi majoriti). Ok, aku faham. Aku pun ok jg kalau diorang duduk dah mula tegak, mata dah mula galak tp bila dah asyik gelak2, aku rasa nak teriak!. Takde yg kelakarnya dengan perkataan ovum, sperma, senyawa, zigot dsb. Aku langsung tak buat kelakar pun masa menerangkan ni. Dan bila aku minta respon diorang, bukan main lagi diorang menerangkan. Bersemangat!. Sampai satu peringkat, aku menjadi Incredible Hulk, cuma kulit tak bertukar hijau, baju yang dipakai juga tidak koyak rabak cuma masa aku perhati muka sorang2, ada seorang pelajar yg kelihatan hampir seluruh giginya, tengah gelak2...Ntah apa yg lucu sangat. Dan nasib pelajar itu mgkin tidak begitu bernasib baik hari ini. Aku panggil ke depan dan dushhh....dan selepas tamparan wanita itu, o em gi (O.M.G), kelas sunyi sepi ibarat ada malaikat yang lalu. Haaaaa...time tu la aku bagi warning, "Ha, sapa lagi yang mau ditampar lepas ni, tolong bagi tau!. Kalau kamu mahu tgk cikgu lebih dahsyat dari Cikgu Syahir, bagi tahu!. Cikgu bagitahu kamu awal2, cikgu pernah menampar seorang pelajar sampai berdarah bibirnya (yg last tu aku temberang je...Hahahahahaha. Nasiblah diorang percaya. Kalau diorang tau aku kelentong diorang, tak menjadi lakonan aku). Puas hati aku!.

Ntah napa aku tak dapat kontrol. Bila aku cerita kat seorang kawan, dia menyokong perbuatan aku. "Memang patut kita buat sekali sekala". Bukan jg disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang atau dalam bahasa lainnya, berdarah tanpa luka.

Mgkin selama ini korang fikir aku seorang yang Happy Go Lucky, main2, tidak serious dan sebagainya. Tapi, bila melibatkan kerja dan tanggungjawab, aku mmg sangat serious. Memang Suhaila De' Paraglider sangat berbeza personalitinya dgn Cikgu Suhaila. SERIOUSLY!. Sbb, soal amanah dan tanggungjawab disoal semasa di dunia mahupun di akhirat. Kalau Pengetua tya aku kenapa CGPA SPM jatuh, mungkin juga aku boleh putar-belit alasan, tapi kalau 'Pengetua' masa kiamat nnt tya, boleh aku cong?.

Jadi, itu lah ceritanya. Kpd Cik Ipi, permintaan ente agar blog gue dikemaskini telah diqabulkan. Ente tunaikan pulak permintaan ana ye agar dptla kiranya menulis komen yg pjg. Haha. Tq.

9 comments:

  1. Murid2 Form 4 tentunya sudah exposed kepada soal perkelaminan melalui tv dan majallah2 yg dapat mereka baca sekarang, Cikgu. Bila Cikgu menerangkan proses pembiakan itu tentu ada aspek2 yg menggelikan hati, malah membuat mereka malu dihadapan perempuan seperti diri Cikgu sendiri. Kerana iti agaknya ada yg tersenyum atau ternganga hingga terbuka mulut dari telinga sampai ketelinga. Apalagi bila cikgunya kelihatan amat kiut, shapely dan emm ...seksi.

    Oleh itu saya tak hairan jika ada murid yg overexcited atau terangsang kerana budak lelaki Form4 pasti ada yg sudah mature. Bila Cikgu soal dan ada yg tak dapat jawab, mungkin kerana malu, apalagi bila dalam kepala mereka penuh gambaran yg tak senonoh yg pernah dilihat di tv atau koran (surat kabar). Mereka tak dapat jawab kerana malu nak sebut sesuatu dlm bahasa kasar dan bukan bahasa sains yg sedang dipelajari. Cubala Cikgu sendiri terangkan kopulasi dlm bahasa kasar, tentu teragak-agak juga hendak menyubut sesuatu.

    Jadi saya tidak hairan jika ada murid yg tergamam, overexcited atau mungkin terangsang (stimulated). Tentu ada kawan yg ketawa kuat melihat hal itu atau cuma memikirkan proses fertilization itu berlaku. Memang ada budak2 yg akan menjenakankan hal itu. Mungkin yang Cikgu panggil keluar dan menerima satu penampar adalah seorang dari mereka yg lebih nakal. Asal tak jd hebuh sebuah sekolah dan ibubapanya tidak buat laporan polis, oklah. Kalau di KL ini bole jadi kes besar.

    Bagaimana pun you got the class under control dan kembali belajar secara serius. Murid2 itu mulai faham yg subjek pembiakan itu adalah serius dan bukanlah perkara main2. That i think justifies your action. I think you've proven a very important point. Main2 dan kelakar boleh tapi mesti faham apa yg dipelajari. Congrat.

    ReplyDelete
  2. Wah..wah...wah...Komen yg sungguh membina. Nasib takde butang LIKE mcm kat FB. Hahahaha...Sy suka ayat yg ke 4, perenggan pertama itu. Membaca komen ini sahaja, mata kuyu menjadi segar sbb skrg ni jam 6 pg.
    Sy mmg cuba elakkan physical contact dgn pelajar. Yelah, tak psl2 jd kes polis. Bukan setakat KL, sini pun sama juga. Tp lps kejadian tu sy dekati pelajar itu dan slow talk dgn dia. Dia boleh terima tindakan sy. Syukurlah.

    ReplyDelete
  3. Terus terang aku kadang-kadang jadi kurang sabar jugak dengan budak2 remaja zaman sekarang. Jangankan yang Tingkatan 4, budak2 universiti dan kolej yang buat praktikal di tempat aku dan kadang2 bila aku dapat lawatan sambil belajar from colleges, perangai diaorang sungguh entah mcm mana aku nak cakap ... sungguh tidak menghormati orang. Buat lawak on something that I don't feel its funny.

    Baru2 ni budak2 praktikal kat tempat aku kena lecture 1 jam. Aku cakap jer terus terang, kalau dah rasa hebat dan tak perlukan Pejabat ini, silakan keluar dari Pejabat ini. I cuma nak latih orang yang betul2 hendak berdaya maju dalam bidang pelancongan. Bila aku stop ambik students from this one IPTA, lecturers dia datang tanya kenapa ... aku cakap, maybe IPTA patut maklumkan pelajar untuk jaga disiplin, beri komitmen dan ambik peluang sebaiknya supaya tidak menjejaskan peluang pelajar lain. Satu Kolej aku dah taknak ambik.

    Take it positive Suhaila, satu hari mereka juga akan jadi Cikgu. And kalau dah tak sabar, mereka juga mungkin nak buat benda yang sama. Kalau jadi kes besar atau polis kes, let it be. To me perlu ada precedence cases seperti ini. And satu lagi, kau sudah buktikan ko guru yang komited dalam kerja dan ko tidak ada masalah dengan guru2 lain. Apa mau takut.

    ReplyDelete
  4. Sblm ni ada x-student yg 'benci' aku. Masalahnya dia selalu tak hadir sekolah, kalau hadir pun, buku tak bawa, tak siapkan keje dsb. Kes ni smpi naik pentadbir. Pentadbir panggil aku. Aku terangkan. Then, skrg pentadbir dah 'sokong' apa je tdkn aku. Yg ptg, niat kena btl. Aku kesian mak bapak bdk2 ni. Bukan org senang. Tp kenapa dorg tak kasihan mak bapak diorg ya?. Sendri kena ingat la kan?.

    ReplyDelete
  5. Anak ini ibarat kain putih. Terpulang kepada ibu bapa atau orang2 yang rapat dengan dia untuk mencorakkan dia. Kalau dari kecik tidak diasuh pasal tanggungjawab, atau dari kecik diasuh berserah dan mengeluh ... sampai besar dia akan keliru kenapa orang asyik nak suruh dia ke sekolah.

    Bukan aku nak kata apa, hidup orang dulu pun susah tapi ibu bapa mengajar agar berbudi kepada tanah, agar bekerja kuat. ada yang kecik2 sudah dibawa pergi ke kebun atau diajar menoreh. Jadi sekolah tak tinggi tapi tetap bahagia sbab tahu mcm mana nak berbakti.

    Semalam tgk Cake Boss. Rupa2 nya si Buddy drop out from school lepas bapak dia meninggal untuk dia teruskan perniagaan kek bapak nya. Now ... he is a cake boss!

    ReplyDelete
  6. hmmm... kes mcm aku.. budak kelas last.. tak mau fokus apa yang tgh diajar.. nak main 24jam..letak lipstick dimulut depa.. pulas telinga.. dah aku buat.. ada yang dah ok dengar kata.. ada yang melampau lagik tak hiraukan aku nyer amaran pun ada.. anak tekak dah macam nak tercabut.. tapi tak paa.. semi utk bagi depa tu dapat at least secebis ilmu bahasa inggeris.. akan ku usahakan ... walaupun sehari hanya dapat baca 1 sentence..

    ReplyDelete
  7. kesian pelajar jd mangsa ketdk seimbgan hormon c cigu...ehehehe

    p/s : soe sbb respon yg agak lambat..ehehehe

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Cikgu jangan heran la dengan student2 macam tu.. waktu 'zaman' saya form 4 pun, filem2 'blue' tu meluas di kalangan bbudak lelaki apapun alirn durang.. huhuhu..
    Dorang senyum tu bukan apa, cuma 'teringat'kn kembali apa yg drg tgok dan gabungkan dgn konsep sains..
    hhmm.. apa nak jadi daa....

    ReplyDelete