Thursday, December 15, 2011

3 minggu yg berbaloi...

Berada di Bogor, Jakarta bermula 5 - 23 Nov 2011. Suatu jangka masa yang agak lama dan hari2 terakhir aku semacam muak bila melihat perkataan Bakso Mie@BAKMI, Nasi Padang, Pecel Lele, Sop Bontot di tepi2 jln.

5 Nov: Bermula dengan keterujaan ditemuramah pemberita akhbar tempatan ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kata2 perangsang daripada pegawai2 Imigresen yang bertugas, pandangan dari orang awam yang seolah2 berkata, "Wah...atlet Malaysia". Perasaan itu berterusan sehingga di Bandara Soekarno Hatta. Kami diiringi oleh beberapa orang sukarelawan Sukan Sea yang bertugas sebaik keluar dari pintu pesawat. Kami juga (Paragliders dari Sabah), 'diuruskan' di lorong yang berbeza dari orang lain untuk pengangkutan, pendaftaran, pemberian tag dan sebagainya. Bagasi kami berempat turut diuruskan. Kami hanya jalan berlenggang. Percaya atau tidak, bermula keluarnya dari pintu pesawat sehingga yang menghantar kami ke hotel, jumlah kakitangan yang terlibat sebanyak lebih kurang 30 orang, hanya untuk kami berempat.

Auummmm...Ini dia Pasukan Paragliding Harimau Malaya

Sebelum check-in hotel, kami singgah sebentar di sebuah restoran Nasi Padang dan di situlah baru aku teringat bahawa esok Hari Raya Haji. Takbir Raya sahut menyahut dari satu masjid ke satu masjid. Suara budak dan suara lelaki dewasa silih berganti. Sayu...Ini kali kedua aku menyambut Aidil Adha di perantauan secara berturut2 ttp lebih menyedihkan bila aku baru sahaja kehilangan seorang ahli keluarga terdekat. Namun, semua emosi itu perlu ditolak ke tepi dahulu buat masa ini. Aku perlu fokus dan perlu sedia dengan cabaran dan tanggungjawab yang digalas.

Ladang Teh berkeluasan 5 hektar di sekeliling Gunung Mas

6 - 9 Nov: Hari ini bermulanya latihan tak rasmi. Nampaknya kami berempat sahaja yang terbang di Puncak Gunung Mas memandangkan kami yang terawal datang. Pasukan dari negara lain belum lagi sampai manakala pasukan tuan rumah 'berehat' sehari. Pasukan Malaysia selebihnya akan datang pada 9hb. Kami memutuskan untuk datang 4 hari lebih awal kerana tidak datang semasa SEA GAMES -Test Event pada bulan Julai lepas. Dapatlah kiranya kami qada latihan yang tertinggal.

It's a bird, It's a plane. No, It's me flying.

Setiap hari selepas itu adalah rutin yang sama. Selepas sarapan, kami akan bergerak ke Take-Off Site dan terbang. Jika angin tail-wind, hujan, cross-wind, cuma 'para-waiting'. Sungguh bosan bila terpaksa menunggu...menunggu...dan menunggu. Semasa latihan, aku pernah masuk 'bull', landing atas pokok teh dan 'over-shoot'.

Bergambar: antara salah satu aktiviti bila tail-wind.

10 - 11 Nov: Bermula latihan rasmi. Kesemua pasukan dari 5 negara yang menyertai Paragliding iaitu Malaysia, Thailand, Malaysia, Filipina dan Vietnam sudah pun ada. Dan tekanan semakin memuncak. Semua ingin melakukan yang terbaik tetapi isu keselamatan perlu diambilkira. Tekanan semakin bertambah bila tahu 'kelemahan' kita dan 'kekuatan' pesaing kita. Apa yang pasti ialah atlet2 Malaysia mpunyai pekerjaan yang tetap dan hanya akan terbang bila ada masa terluang manakala atlet2 Indonesia adalah atlet sepenuh masa yang dibayar untuk terbang setiap hari dan telah menjalani latihan di sini semenjak Test Event SEA GAMES tempoh hari.


Mlm ni, upacara perasmian SEA Games di dewan makan The Royal Safari & Resort Hotel, hotel penginapan semua atlet dan pegawai yang terlibat dalam acara Paragliding. Ada persembahan yang begitu memukau dan ada juga persembahan yang syok sendiri. "Alangkah hebatnya jika dapat menyertai acara pembukaan di Palembang...sambil2 melambai ke kaca TV", tu je yg bermain di otak ku pada masa itu...


12- 20 Nov: Yeay... selepas perbincangan Jurulatih dan Kapten Pasukan, aku tidak terpilih sebagai 5 calon utama wanita. Barulah darah mula menyirap ke muka. Kalau tak pucat je. Barulah hilang pundak di bahu. Aku begitu lega dengan pengumuman ini kerana berbanding yang lain, akulah yang paling kurang latihan, tidak pernah ikut pertandingan dan paling kurang pengalaman. Hehe...aku kan jaguh kampung je. Prestasi aku lebih menyerlah semasa fun-fly, bukan semasa pertandingan. (Untuk makluman, aku memegang rekod di Bukit Kokol, Menggatal, Kota Kinabalu terbang selama 2 jam 30 minit. Semasa fun-fly, langsung tidak ada tekanan. Nikmat sebenar semasa terbang umpama burung dapat dirasai seoptimanya). Manakala semasa pertandingan, perut memang akan memulas sebelum take-off. Mesti nak ke tandas dulu untuk membuang yang kecil dan besar. Aku tidak rela disebabkan aku, pasukan kalah. Sebagai pemerhati juga aku dapat belajar sedikit sebanyak kerana aku 'berkepit' je dengan jurulatih di Landing Zone (erti kata lain aku byk belajar la) dan merakamkan video untuk setiap atlet dari team Indonesia dan juga Malaysia serta merekodkan skor yang diperolehi antara pasukan Indonesia, Thailand dan Malaysia untuk dibuat perbandingan dan untuk dikongsi bersama semua atlet Malaysia pada malam hari semasa sesi Refleksi.


Sekarang baru aku faham kenapa masa pertandingan untuk sukan ini memakan masa yang lama- sebabnya ialah faktor cuaca. Sepanjang hampir 2 minggu pertandingan, hanya 2 hari sahaja yang betul2 cerah. Tapi belum tentu hari yang cerah, keadaan angin juga bagus. Jadi, banyak kali pertandingan tertunda di sebabkan faktor cuaca. Tapi aku paling suka hujan lebat di petang hari. Bila task cancel, boleh balik hotel dan Zzzzz..... Rasanya yang lain pun berpendapat yang sama sebab bila ada tawaran untuk membeli-belah ke kawasan berdekatan, sambutan agak kurang menggalakkan. Semua pun cenderung untuk berehat dan tidur di bilik.

Dari kiri:
Jurulatih, aku, Lia, Pengurus pasukan, Asha, Jiu, As, Juri Malaysia.

Satu lagi perkara yang menarik ialah, setiap kali kontingen bergerak dari hotel ke Take-Off Site, dan dari Take-Off Site balik ke hotel, atau semasa lawatan contohnya semasa Night Safari, kami diescort oleh Polisi. Meriah...memang meriah bila 5 bas besar, setiap satunya membawa atlet dari 1 negara, ditambah 5 van untuk officials dari 5 negara berarak, akan didahului dan diakhiri oleh 2 motor besar dan 1 kereta peronda polis. Di jalan raya Jakarta yang macet banget, memang terasa semacam apabila diberi keutamaan. Pheww....sekali lagi terasa macam VVIP. (Ini merupakan kali kedua aku merasa pengalaman sebegini iaitu ketika menunaikan haji, dari Kelana Jaya ke KLIA).

Kami juga dapat menarik nafas lega apabila setiap hari pihak hotel menyediakan khidmat laundry percuma terhad untuk 2 helai pakaian.

21 Nov: Malam penyampaian hadiah. Daripada 12 pingat yang ditawarkan, 10 pingat emas dimonopoli oleh pasukan Indonesia dan 2 oleh negara Gajah Putih. Pasukan Malaysia berjaya merangkul pingat perak bagi acara Open Distance (Wanita) dan Race to Goal (Lelaki) manakala pingat perak untuk Race to Goal (Wanita), Open Distance (Lelaki) dan Accuracy (Wanita dan Lelaki). Secara keseluruhan, 2 pingat perak dan 4 perak gangsa berjaya disumbang dari cabang paragliding.

Tak pernah terfikir naik pentas dan terima hadiah atas nama MALAYSIA

Suka duka, pahit manis dan penat lelah telah pun dirasa selama berada di Sukan Games kali ke-26 ini. Aku sesungguhnya rasa bersyukur kerana selepas menolak sebanyak 3 kali, aku masih diberi peluang untuk menjadi sebahagian Team Malaysia. Sesungguhnya, pengalaman menyertai temasya sukan yang agak besar ini hanya dapat dirasai oleh sesetengah orang dan ini mungkin menjadi pengalaman berharga dan mungkin dapat aku rasai sekali seumur hidup.

2 comments:

  1. wahh yop.. coretan nih sangat2 .. eh macam tak cukup... sangatx10 laa best.. bangga.. terharu.. jeles.. semua da.. best.. aku pun wakil hoki daerah jer.. international tu pun open.. tak macam sea games nih.. gambaq yang amik hadiah tu aku rasa termahal skali.. yup.. memang betull.. pengalaman berharga!

    ReplyDelete
  2. Tq for yr comment Min. Aku pun dah hbs2 bsyukur dah ni. Mmg aku karang sehabis2 baik dah ni. Ko dah tgk vid youtube tu ke?. Masa penyampaian hadiah!. Wah, cantik pulak aku tgk aku kat situ. Ahaksss..wp tanpa make-up. Begitu kemerah2n kulitnya.

    ReplyDelete