Thursday, March 10, 2011

Adakah 'aku' atau 'dia' yg termakan pujuk rayu itu?.

Hehehe... Asalnya nak tulis kat status FB, tp terlalu pjglah pulak. Apapun, kejadian hari ni cukup menggeletek hati, sehinggakan pada masa kejadian, aku tak dapat menahan dari tgelak besar.

Begini, tadi ke RHB nak 'terminate' kad kredit. Kad kredit Travel Money sblm ni pun aku guna utk beli tiket online je. Mmg tu je lah fungsinya memandangkan pada masa itu, bank penulis masih lagi di BSN. ( Hahahaha...terus teringat si Jaime. Adakah kau masih berbankkan BSN?. Jwb, jgn tak jwb ). Dan sekarang, sejak beralih arah kepada Maybank, penggunaan Kad Kredit semakin berkurang sbb kad ATM Maybank kan dah boleh auto debit. Jadi, apa perlunya lagi aku menggunakan Kad Kredit?. Menggalakkan aku berhutang je...

Lps isi borang, bayar habis baki yg berjumlah RM 5.97 (mcm mana nak byr jumlah ni kat mesin?), pegawai RHB yg incharge pun memanggil aku. Kononnya, pegawai dari Card Center dr KL nak ckp. Oklah...so perbualan tu lbh kurang berbunyi mcm ni...

Suara halus dan lembut kat talian...
"Ye Cik Suhaila, Cik nak terminate kad ye?. Boleh saya tahu kenapa ya tu Cik?"

Suara biasa2 dan yg tak seberapa halus dan tak seberapa lembut menjawab...
"Ye...sbbnya sy rasa sy tak perlukan lagi kad kredit".

"Kenapa Cik tak perlukan lagi?. Boleh sy tahu?. Kalau ikut rekod kami, Cik selalu beli tiket Air Asia kan?".

"Hahaha...yeah, mmg betul. Tp masa tu sy masih belum ada auto debit Kad. Skrg dah ada, buat apa lagi Kad Kredit?.

"Begini la Cik. Cik jangan terminate, Cik simpan je dulu kad tu...mana tau satu hari ada kecemasan, boleh Cik guna kad ni".

"Hmmm....sy nak terminate juga".

"Tolonglah Cik... jgnlah terminate dulu Kad ni. Cik gunalah untuk isi minyak ke, byr bil ke, apa ke?"

Dlm hati kecil ini berkata2, susah juga paham Bahasa Melayu ppn sorg ni...Aku pun jwb balik,"Adui...bukan main lagi kamu memujuk dan merayu ya spy sy tak terminate kad ni. Haha".

"Okla, sebenarnya apa yg boleh kami buat supaya Cik tak terminate kad ni?".

"Ok, sy tak puas hati bila sy tak minta renew kad, tapi kamu hantar kad baru dan tiba2 pula ada annual fee RM70. Kad tu free kan?. Psl pula bil dtg tiba2, dan minta RM70. Sy nak balik RM70 sy balik".

"Ok, kalau gitu, nnt kami pulangkan balik RM70 Cik Suhaila tu kat bil bulan dpn. Government tax sebanyak RM50 tu pun boleh minta waiver nnt. Cik Suhaila isi je borang. Jd, Cik Suhaila tak de annual fee, tak de government tax. Ok Cik Suhaila?. Asal Cik Suhaila tak terminate kad ni...Cik Suhaila pkila dulu kad tu ya utk sekurang2nya 2 tahun?.

"Ok, kalau macam tu ok".

"Ok Cik Suhaila. Terima kasih ya Cik Suhaila".

Bukannya apa...Aku malas berurusan dgn bank ni, kalau hutang 2,3 sen pun berkira sgt... Bukan tak nak byr tp kalau byr kat mesin, paling kecil pun not RM5 baru diterima. Hantar bil tiap2 bulan. Kalau tak byr, jumlah semakin bertambah sbb interest. Tak nak byr langsung, nama kena black list. Jadi, paling mudah, no string attached. Terminate terus!.

Aku berfikir2 juga, mgkin rekod pbayaran aku bagus, tu sbb 'dia' tak ingin melepaskan aku. Huhu

Skrg, siapa yang termakan pujuk rayu siapa?. 'Aku' atau pun 'dia'?. Haha...

5 comments:

  1. Memamg pandai betul pegawai bank tu memujuk u supaya tidak terminatekan kad kredit dgn banknya. Ia pasti berbuat gitu kerana u kastemer yg baik - banyak transaction yg dibayar dgn segera demikian memberi pulangan yg lumayan - dan tidak mahu kehilangan kastemer. ( jgn2 orang tu tahu siapa cikgu hjh Suhaila, ratu paraglider Sabah, hehehe). Dia suruh pakai dua tahun lagi. Dalam tempuh itu ia tentu yakin u akan beri pulangan yg kebih dari fee pembaharuan kad dan tax kerajaan yg setuju dipotong.
    Wow, kalau u boleh terus dapat potongan2 begitu bila berurus dgn bank, memang hebatlah cikgu. Sonanglag hidup nanti, apalgi kalau nak buat pinjaman dari bank.
    Apa pun penceritaannya cukup kemas dan lancar - memang boleh tulis novel. Cubalah segera. Dgn senyuman dan PR cikgu yang par excellant, tentu senang dapat pencetak.

    ReplyDelete
  2. Hahaha...terpanggil dgn komen Norzah yang mengatakan entri hari tu tlalu ringkas. Jd, sedaya upaya mberikan penerangan yg sejelas2nya dlm entri kali ni. Kebetulan free dan line ok.

    Hmmm...ntahla, smlm ada kawan masa sekolah menengah call. Dia kata jg psl my PR & Happy Go Lucky attitude. Abg Ipar pun heran mcmana sy dpt rmi kawan masa dsana, yg terdiri dr ..LELAKI shj.

    AM I A SEDUCER????? *WINK*

    ReplyDelete
  3. Sue Ela....bank nie kalau bab memujuk mmg excellent tapi bila dah bab salah pihak bank, bank akan buat senyap.....aku baru2 nie buat ASB-Maybank, dah dapat offer letter no akaun aku, siap ngan nama aku....sekali surat kedua sampai, no akaun aku tapi nama org lain...tau nama sapa? Low Yat Sang....bila masa plak anak Pak Miril nie tukar nama ek? Dah banyak kali call tak der gak tindakan, aku dah fed up dan skg tengah taip surat complain kepada HQ Maybank....

    ReplyDelete
  4. Hahaha...Low Yat Sang. Aku terus taip kat FB mana tau boleh tgk mcm mana gerangan muka Low Yat Sang ni. Tp, Lo Yat Sing je yg ada.

    Haha...aku mmg dah paham betul dgn bank ni. Kalau aku tak de keperluan, tak nak aku ada kena mengena dgn bank ni. Mmg selalunya dorg yg akan menang. Tu bila aku ada point nak kenakan dorg balik, aku tekan habis2.

    ReplyDelete
  5. Am i a seducer? Nampak macam ada sifat jinak- jinak merpati sikit, Yy. Itu yang buat mereka berani datang dan berusaha mau rapat. Sampai inspektor Sahib boleh bawa naik motosikal dan ahli Jk masjidil haram boleh bawa masuk kaabah. Memang hebat pr u.

    ReplyDelete