Sunday, February 6, 2011

The "Come-back"...

29 Jan 2011 (Sabtu) 11 bln tak terbang, terpaksa 'berehat' memandangkan ada kekangan keadaan, masa dan duit.. Haa..kali ni keadaan, masa dan duit semuanya mengizinkan. Apalagi, KK la...nak pergi lagi jauh tp harga tiket flight dah mahal dan tak sempat buat persediaan. Nak jimat pya pasal, tumpang kawan yang kebetulan balik ke Ranau menaiki kereta...Hya byr RM10 utk duit minyak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam. Mak aiiii, leper bontot oo...Bermalam di Ranau utk semalam.

30 Jan 2011 (Ahad) Hujan turun tak henti2. Petanda yg tidak bagus kepada paraglider. Tp, nak buat macamana kan? Aku bertolak ke KK menaiki Unser sewa dan berharap cuaca yang lebih baik di sana.


KK pun hujan juga. Hmm..check-in kat Api2 Studio Apartment dan disinilah penulis menginap selama 5 hari 4 malam. OK jg tinggal kat sini, a bit spacious, harga RM80 semlm, dan turun lif je, byk kedai makan- McD, kedai mamak 24 jam, restoran nasi ayam dan segala macam kedai la.

31 Jan 2011 (Isnin) @ SUKMA. Segalanya bermula dari "0". Bak kata coach, Mej. Haznain, cuaca sememangnya memberi peluang utk aku. Hr ni cuaca cerah tp angin agak 'gusty'. Dah la baru 'belajar', memang terlambung dan terheret aku dibawa oleh payung.

"Buddy check"

"Begini cara pegang yang betul..."

Buat "Wall"


1 Feb 2011 (Selasa) @ Tanjung Aru. Revise balik apa yg dipelajari semalam. Dan hari ini, prestasi lebih baik. Coach yakin aku dapat fly solo kat Ranau esok. Hehe...

Baju mmg habis basah dek peluh... Jeans terseret masa training @ SUKMA.

Dan malamnya, aku minum...minum...dan minum grean tea 1L dan air kosong utk menggantikan cecair bdn yg hilang...

2 Feb 2011 (Rabu) @ Ranau. TAKUT!. Rasa takut itu sama seperti 'dilepaskan' ketika mula2 belajar dulu. Yelah, disinilah aku menemui kemalangan itu. Tak nak pisang berbuah 2x katakan..

Getting ready for the perfect wind...

Time to take-off...


At last...I soared the sky...

Cukuplah sekali je terbang utk hari ni, sekurang2nya fobia dan trauma itu berjaya diatasi. Alhamdulillah, segala2nya selamat wp tali D berpintal. Perfect landing, berdiri atas 2 kaki. Huhu

3 Feb 2011 (Khamis) @ Kokol. Kat bukit ni lah dulu aku terbang selama 2 jam setengah. Tp kali ni belum ada keberanian utk terbang di sini lagi, sbb cabaran di sini lagi byk- high tension cabel byk, arah angin yg tiba2 bertukar dan byk lagilah perkara yang perlu dipertimbangkan. Nntlah dulu... Pelan2...

Hari ni, angin "tail wind". Sgt tidak sesuai utk terbang. Tidak ada sebarang flight pun dpt dibuat.

Dan selama menunggu angin, kami penuhi dgn sesi bergambar. Menurut Mej. Haznain, gmbr2 pada hari itu akan dihantar utk Borneo Post. Kalau keluar, akan diupload jg kat FB tu. Hehe.

Sgt sejuk di atas Bukit Kokol ini. Begitu sejuk sehingga aku tidak menanggalkan stokin langsung. Kebetulan hujan dan angin bertiup kencang, sejuk sampai ke tulang sum2. Dan hari itu sbb sejuk, aku tak mandi. Hehe

Mlm ni jg ada paraglider dari Chech Republic datang bertandang di Kokol Homestay. Bagus juga mengenali si Nicola ni... mcm semakin 'luas' networking.. . semakin senangla merantau ke sana.

4 Feb 2011 (Jumaat) Balik Tawau. Kena balik juga sbb esoknya ada majlis akikah kat rumah.

Jadi, itulah cerita sepanjang seminggu bercuti. Kpd Jaime dan sahabat2 Tionghua, diucapkan Gong Xi Fa Chai... ;D

4 comments:

  1. Memang bukan sebarang org yg sanggup korban apa saja utk terbang diudara tanpa sayap, bergantung nyawa pada glider nylon. Kena berjalan jauh (sampai leper buntut) dan tinggal lima malam di rumah tumpangan untuk hanya membuat satu penerbagan dgn latihan2 yg perlu. You are really xtraordinary, Sue, a girl with a penchant for adventure and a wonderlust. Yes, the world is out there waiting for you. But i believe someone else is also waiting. So in seeking the adventure of life don't forget to seek life in the adventure, a life of love and fulfilment.

    ReplyDelete
  2. Hehe...Terharu dgn komen U Norzah. Kadang2 sy pun pelik jg sbb sy lain sedikit banding org lain. Dikala kwn cerita psl pinggan mangkuk vantage, sy tak minat nak join. Dikala org cerita psl handbag, sy tak boleh nak celah. Terasa kepuasan semacam bila bercampur dgn geng Paragliders ni. Segala kekusutan fikiran hilang.
    Ketawa tak kering gusi.
    Jgn risau Norzah. Rasanya dah jumpa buah hati pengarang jtg saya. hehe

    ReplyDelete
  3. Thank u girl. Looks like you have been enjoying yourself last week. Actually I enjoyed mine too. Cuma too tired to write sebab back to back event. Travelling telah bermula.

    ReplyDelete
  4. Ha..ha...apapun aku gembira ko dah mengatasi rasa 'troma' tue....aku kalau citer pasal pinggan mangkuk vantage hanya tau harga dan design sebab aku nak mendapatkan keuntungan...ha..ha...

    ReplyDelete