Gunung Lucia, 1189 m. Wp tidak se gah nama Gng. Kinabalu, tapi cukup menyemputkan dan membuatkan kaki mlangkah selambat siput tatkala mendaki. Apatah lagi sekiranya tiada persediaan, sebaliknya kerja di persekitaran air-cond, start enjin kereta je dari point A ke B, tidur di tengah hari... kembang kempis la lubang hidung jawabnya...
Hmmm.... aku setuju ikut ni pun atas 3 perkara.
1) Tak pernah tau kewujudan Gng Lucia sebelum ni. Nama pun tak pernah dengar wp terletak dalam kawasan Twu. Bikin malu je kalau tak tau dan tak pernah daki. Hehe
2) Nak uji tahap kecergasan. Maklumlah, umur semakin bertambah dan yang paling penting, aku mau mengekalkan gaya hidup aktif. Kardio kena jaga... Bentuk badan pun kena jaga dari sekarang.
3) Mahu mengisi masa berkualiti dgn kwn2 sekerja. Kebetulan hujung minggu lepas free... Sejujurnya, aku jarang bergaul dengan guru2 dari jabatan lain...Dan disinilah, waktu dan masa terbaik untuk mengenali mereka. Biasanya, kalau berselisih, senyum dan angkat kening je....
Perjalanan dari kaki Gng bermula pukul 9.45 pg dan aku smpi di hostel yang terletak sejauh 10.55 km 6 jam kemudian....
Berikut adalah gmbr2 sepanjang perjalanan...
Memandangkan aku sdg 'berdarah tanpa luka', mmg aku berbau darah la. Maka, tidak sahlah sekiranya kaki ku tidak dijamahi oleh si sang pacat...
Jadi, itulah cerita 2h1m yg tak seberapa. Kesimpulannya, ketiga2 sebab kenapa dan mengapa aku mendaki Gng ini telah pun tercapai wp ada kalanya mindaku berkata2, "I could fool my brain but I couldn't fool my body". Sehingga kini, betis ku masih lagi sakit dan aku berjalan mengengkang bak orang baru habis bersalin anak kembar. Hahahaha...