Monday, December 20, 2010

Ini bukan CHOBAAN, ini betul-betul...

Ada 2 minggu lagi sebelum balik ke Malaysia. Penulis diuji lagi. Kali ni dompet penulis pula hilang. Penulis cuma menyedari kehilangannya selepas ingin mbyar camel ride. Nasib abang ipar ada. Dialah yg pinjamkan duit SR10. Tq bro.

Muka gembira di atas sgt bertentangan dgn muka dlm keadaan 'terpaksa redha'.

Balik ke htl dan menyelongkar sehingga ke bawah katil. Mmg tak ada. Ada SR 260 dlm dompet tu. Mahu tak mahu, terpaksa redha wp di dalam hati berkata, "boleh buat beli 2 jubah lg dgn duit tu".

Selain penulis, ramai juga yg kehilangan duit/dompet tp kehilangan dompet penulis bukanlah disebabkan kecuaian. Ntahla...refleksi pya refleksi, penulis cuma berasakan duit itu tidak 'bersih', duit dari dividen ASB yang tidak di zakat. Selain sebab itu, tak tercapai dek akal ku.

Tidak berhenti setakat sesat dan kehilangan purse. Sekali lagi penulis kehilangan sandal Crocs. Kali ni penulis ingat di mana diletak sandal itu- di pintu 79. Mmg itu la pintu yg biasa penulis masuk. Mlm itu, selepas melakukan umrah sunat kira2 jam 2 pagi, penulis berjalan kaki balik ke hotel cuma beralaskan 2 lapis stoking. Bergenang air mata dlm perjalanan balik. Dugaan demi dugaan. Mgkin jg selama ni terdetik di hati penulis dgn jemaah2 yg berkaki ayam, "eii dorg ni, tak geli ke jln berkaki ayam di jalan yang byk ludah ni?". Kali ni taboo itu terkena sendiri pada penulis...Kan di Mekah ni, Cash & Carry. Apa2 yg tak baik yang terdetik di hati akan balik kepada diri sendiri. Subhanallah...

Tiada yang mustahil berlaku di Tanah Suci ini. Penulis 'ternoda' lagi buat kali kedua dlm bulan Nov. MasyaAllah...adakah kerana terlalu 'aktif' di sini atau penulis yg terlalu subur?. Haha. Rasanya, sebab yg pertama la wp sbb yg kedua juga tidak mustahil. Di sini, penulis berjalan kaki hampir 5 km sehari. Kalau lagi byk "Tawaf kedai" dan "melontar" duit, makin bertambahla jarak berjalan kaki. Kalau kat Msia, sgt kurang berjalan kaki. Kalau boleh start enjin kereta, apa perlunya berjalan kaki?. Haha.

Serentak dgn period, penulis demam teruk, sehingga satu hari tu, tak dapat bangun dr katil dan tak mampu makan. Pinggang terasa sangat sakit. Penulis mula rasa takut sekiranya tulang pinggang, L1 yg pernah cedera buat hal. Esoknya, penulis sdh boleh bangun dan dapat mkn sebiji pisang. 5 hari berikutnya, penulis hilang selera makan. Dikala inilah penulis mula terbyg2 akan pisang goreng, kuey teow goreng kerang, karipap, sate kambing, keropok lekor dan byk lagi. Smpi menelan liur mengingatkan makanan2 itu. Kesian kan?. Tu la yg menyebabkan penulis seli-melim terus.

Bukan sekadar demam teruk tp juga batuk tahap kronik dan selesema tahap kalau tunduk, kelihatan nombor 11 di antara lubang hidung dan bibir atas. Yg sangat meloyakan penulis ialah, air liur sdh berperisa kahak hijau. Eii...tak pernah penulis batuk seteruk ini. Gigi selepas diberus dan selepas berkumur2 dgn Colgate Plax pun terasa kasar mgkin disebabkan begitu byk virus di dalam mulut. Batuk ni tak baik2 wp selepas meminum 2 botol ubat batuk dan ubat2 sampingan sperti antibiotik dll. Untuk pengetahuan pembaca, batuk dan selesema ini berlangsung selama 2 bulan, sehingga penulis kembali ke tanah air. Di saat menulis entri ini, alhamdulillah ... selesema penulis sdh hilang sepenuhnya. Namun, 2 hari lps penulis menemui doktor sbb batuk masih belum hilang2 wp ada sedikit perubahan positif.

Itulah sahaja dugaan2 yg penulis hadapi sepanjang mengerjakan haji. Byk kan?. Org kata, org yg disayangi Allah mmg byk ujiannya. Untuk melihat samada dia sabar atau tidak menempuh ujianNya. As sobru minal imannnnn....

4 comments:

mummy anne said...

sakit tu kan penghapus dosa, insyaAllah (bayangkan maher zain menyanyi).

norzah said...

Benar, lagi banyak ujian dan cobaan tanda
Allah sayang. Tiap ujian yg lulus mengurangkan dosa, wallahualam. Kehilangan dompet dan selipar/kasut perkara biasa. Patut wakil Tabung Haji dah beri amaran. Selalunya di tepi jln ada orang jual selipr Jepun untuk ganti alas kaki, Sib baik u pakai setokin dan tidak berkaki ayam.
Tentang duit yang hilang tak perlu dikhususkan latarbelakangnya, ia tetap lesap mungkin sampai ditangan tukang cekuh. Dia boleh cekuh dompet sambil kita duduk atau berjalan atau sembahyang. Dan dia manusia ciptaan Allah juga. Dah tak rezki kita lah tu.
Tentang ujian bulanan tu, ana tak boleh kata apa-apa kerana tak pernah alami sendiri, Hehehe, teruk juga kalau lelaki kena. Itu dan batuk memang boleh menghilangkan selera makan - seperti rencana Ilahi untuk buat u selim-melim. Satu perkara lagi, bisikan suci dari Allah selalu sampai kepada orang berlapar. tak makan dan kurang sedar (conscious).
Cuba ingatkan kalau ada apa-apa rasa ganjil yang datang. Itulah tanda kehadiranNya di sisimu.

Entry yg amat menarik dan tak kurang daya membuat pembaca tersenyum. U memang padai bercerita Hjh. Mesti tulis novel nanti. Yes sabar itu setengah dari iman dan Allah menyuruh kita: Asbiru wasobiru, warobitu wattaqullah, la'allalukum tuflihuun.

Si Yoyop Bah... said...

aNNE: Mmg keblkgan ni I mula dgr lagu Maher Zain & yg seangkatan dgnnya.

Norzah: Hehe..kalau bcerita bdpn mgkin lagi best. Siap dgn mimik muka, gerak tgn dsb. Nasib baik penulis seorg yg mbawa buku nota kecil ke mana shj dia pergi. Tu yg byk point nak tulis/dpt ingat wp kejadian telah blalu agak lama.

norzah said...

Macam junarlislah u. Patutlah banyak detail dlm cerita u yg orang lain selalu lupa. Jgn selalu tumpu perhatian pada yg kecil (detail) hingga yg besar tak nampak ,sudahlah. Misalnya napak hudung mancung tak nampak perut boroi, Nanti nak sentuh hidung terkanggar perut, hehehe.