Friday, December 17, 2010

In search of inner peace...

Akhirnya, pada 21 Okt, bertolaklah penulis ke Madinah. Hati bercampur baur...hati terluka disebabkan mendengar 'khabar angin' yg begitu merobek hati (usahlah ditya apakah khabar angin itu), dan gembira dengan layanan semua orang dengan bakal2 haji. Di Kelana Jaya, semua staff yg ditemui mendoakan agar jemaah mendapat haji yg mabrur...dan hati begitu tersentuh di saat sebelum menaiki bas utk ke KLIA, kami diazankan. Air mata bergenang. Umpama kita pergi dan tak akan kembali. Dan semestinya penulis ingin kembali dengan selamat ke tanah air untuk menyempurnakan 'perkara-perkara' yang belum lagi sempurna. Akan tetapi, tidak mustahil juga utk tidak kembali...Dan terima kasih byk2 kepada Sunariya Abdullah kerana disaat ini dia menelefon dengan lamanya. Secara tidak langsung, mententeramkan hati penulis yg agak gundah.

Wah, semacam lbh 10 bas express berarak diiringi polis traffik dr Kelana Jaya ke KLIA, tanpa sedikit pun berhenti. Kenderaan2 lain terpaksa memberi laluan kpd bas2 yg membawa bakal2 haji. Wahhhh...layanan first class.

Sesampainya di KLIA, terlihat kapal terbang Saudi Airlines sedang menanti. Dan setibanya di pintu masuk pesawat, wahhh...hensemnya pramugara arab itu. Wah, hati begitu bahagia dan gembira merasa dan melihat yg indah2 belaka. Haha

Selepas lbh 8 jam duduk, dan sejurus sebelum bontot menjadi leper, akhirnya kami tiba di King Aziz Int. Airport Madinah. Aduh... urusan imigresen mengambil masa lbh 2 jam. MasyaAllah...Kesepuluh2 cap jari tangan diambil, gmbr muka diambil, mcm2 ditampal pd pasport. Lamanya 'stranded' kat Airport. Dan seawal itulah penulis perasan bibirnya mula pecah dan merekah...

Selepas itu, kami dibawa ke Htl Anwar Al-Madinah Movenpick, yg terletak bersebelahan shj dengan Masjid Nabawi. Dan selama 8 hari di sini, penulis bangun seawal pukul 3 pg untuk Subuh. Kalau tak 2 jam awal, di luar masjid la solat jawabnya. (Sbnrnya sehari dua je bangun on time, lps campur mengeliat2, alarm berbunyi ntah yg berapa kali baru btl2 bangun, dll, 3.30 ke atas juga br keluar dr bilik hotel).

Dan seperti biasa, mestilah ada ziarah luar ke Masjid Quba, Bukit Uhud, Dates Market dll.

Oh ya, terkejut dan sedih juga bila mendengar ada sorang jemaah ppn Msia berumur 19 thn, meninggal kat Raudhah sbb ketika sedang sujud, tengkuknya terpijak oleh jemaah dr Nigeria. (Buat mereka yg tak tahu, Raudhah adalah satu bahagian di Masjid Nabawi yg juga dikenali sebagai Taman Syurga. Di sini terletaknya makam Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Dan disini adalah tempat yang amat mustajab berdoa. Kawasannya kecil sahaja dan org mmg berasak2 di sini). Hmm..sedih juga sbb tak sempat mengerjakan haji. Dan mereka yg melihat mayatnya mengatakan mukanya dalam keadaan tersenyum. MasyaAllah...

Setakat ini sahaja coretan sepanjang di Madinah. Entri seterusnya yg lebih umpphhh berkisar di Mekah pula. Tungguuuuuu...

7 comments:

norzah said...

Wow, cukup laju, suspense dan ada kala humorous tulisannya. Memang boleh but novel ni. Tulislah secara bersiri. Esok boleh kumpul dan cetak. Tak sabar nak dengar cerita macamana boleh jadi girlfriend Sheikh Muhd Jamil dan dapat kawan yg pinjamkan laptop.

Si Yoyop Bah... said...

Kat mekah akan ditulis secara bsiri, maklumlah...5 minggu. Smlm dah try upload beb gmbr utk entri ni, line pulak slow mcm siput. Tp Norzah dpt faham juga kan tanpa gmbr?.

nuranne said...

Kesian nya jemaah muda tu. Tulis banyak-banyak ya Kak Su. Nak baca sedetail-detailnya. hehe. Seronok baca pengalaman ni.

sun ah said...

sunggulah plak..full name lagi tu. Well, guess i shud thank u for the obvious credit..hehehe. BTW,pandangan yang indah-indah tu berterusan sampai ke airport Madinahla? hehehe... TTg jemaah tu, semoga arwah berada di Taman yang sama di alam sana...amin..

Si Yoyop Bah... said...

Hahaha...alhamdulillah. Mmg sgt byk pandangan yg indah2. Tersenyum2 aku sendiri dibalik face mask bila melihat 'pandangan' yg indah2 ala2 Micheal Scoffield (Prison Break) terutama bila sedang memakai ihram. Bila perut kelihatan 6 ketul, mak ai mmg muka mu, jaime, nijah, sya terus bermain di fikiran. *Wink*

sun ah said...

aisehman!...rugi rasanya,hahaha! aduina, itu yang 'wajib' dijadikan laki tu..cantik luar dan dalam..

Si Yoyop Bah... said...

Haha...cpt2 la ko daftar haji. Lps tu naik haji. Tak pun umrah dulu. Masa aku g umrah dulu, "godaan" lagi besar. Balik2 aku beristighfar lbh2 lg slps mlihat mereka2 yg bermata hijau. Masa haji ni, lbh byk yg bermuka india, kurang caucassians.