Saturday, December 18, 2010

Go Beyond Borders - Part 2

2 Nov- PERIOD!. Haha. Amatlah boring bila 'berdarah tanpa luka' di sini. Kan di Mekah ni tmpat beribadat, jadi bila dah tak dapat solat wajib, solat sunat, mengaji, tawaf sunat dsb, apa lah lagi nak dibuat selain bzikir. Nak tgk wayang, takde panggung wayang. Tgk tv seharian, channel CNN je yg difaham, nak shopping...bukannya byk duit pun. Lagipun plan nak shopping lps wukuf, mungkin harga barang murah sikit time tu. Satu perkara yg best masa period ni cumalah, tak perlu bangun seawal pukul 3 pagi utk Subuh. Haha.

Hari ini jugalah kami ziarah luar ke Jabal Thur, Jabal Rahmah dan Jabal Nur. Dan segala2nya bermula pada hari ini. Perkenalan ku dgn Hj. Romzy, seorang duda anak 3, seorang pereka fesyen merangkap pemilik butik pengantin di Jitra, berumur 43 thn tp nampak seperti 33 tahun. Kenapa dia ni agak special?. Hehe. Sbb kami serasi bersama. Awwww... Ntah apa dikatakannya, sangat menggeletek hati dan menyebabkan penulis ketawa sakan sehingga separuh penumpang menoleh ke belakang bas. Dan kami jadi kawan baik dan sangat rapat sesudah ziarah luar itu.

Dr dpn: Hj. Romzy, Syeikh, Hj. Hamzah dan isterinya, Hjh Sabariah

Melalui Hj. Romzy jglah penulis mengenali Syeikh Muhd. Jamil, seorang penterjemah di Masjidil Haram. Dan Hj. Romzy mengenalinya semasa sedang bersolat di depan Kaabah. Best juga kenal dgn Syeikh ni memandangkan dia mmg bsolat ddepan Kaabah (mmg direservekan tmpt utknya selang 3 org ke kanan dari Imam), jadi kalau minta didoakan, insyaAllah diperkenankan olehNya memandangkan amat susah untuk seorang wanita genit seperti penulis untuk berdoa apatah lagi bersolat di depan kaabah. Confirm dihimpit oleh jemaah2 lain yg jauh lebih besar dan tinggi. Penulis selalu juga bertanya macam2 soalan kpd syeikh ini seperti berapa gaji Imam, soalan2 berkaitan agama dan penulis juga dapat merasa daging unta yg dimasak sendiri oleh isteri beliau.
Untuk pengetahuan pembaca, gaji imam Masjidil Haram ialah SR 30, 000 sebulan. Wow...KAYO!. Untung jadi isteri dorg ni, dah la suami soleh, kayo pulak tu. Ada hati penulis jadi isteri dorg ni. Haha...

Dan seperti yang disebutkan sebelum ini, Syeikh ada mberi air zam2 yang dah dibacakan doa oleh 3 org imam dan dia sendiri. Gunakan setitis dua shj utk dicampur dlm minuman dan sebagainya. Dia berpesan agar spray bilik tidur menggunakan air ini untuk menghalang daripada gangguan syaitan. Boleh sapu dimuka agar kelihatan lbh berseri. Yg ptg, utk pelbagai kegunaanlah. Jd jangan heran sekiranya muka Hjh Suhaila selepas ini lebih berseri2. Haha

Di minggu yang sama, penulis menemankan kakak dan abang ipar berwindow shopping. Sedang abang ipar membelek2 selipar, penulis menunggu di luar kedai bertentangan, betul2 di hadapan sebuah kedai yg menjual jubah. Penulis didatangi oleh seorang mamat Bangla, agar sudilah kiranya melihat dan membeli jubah di kedai tersebut. Mamat Bangla itu agak peramah, dia memperkenalkan dirinya sebagai Azahar, penjaga kedai jubah tersebut. (Profile name di FB: Azahar Haque. Boleh la korang tgk mukanya). Pada masa itulah penulis bertanya, "Errr...do you know where is the nearest cyber cafe here?". Dia menjawab, "It's very very far from here but if u want, I can lend you my laptop tomorrow". Apa lagi, jawapan pun terus YA la. *Wink*.

Esoknya, penulis datang berjumpa Azahar lagi dan hehe... laptop itu ana yang pya, bukan Ahmad Albab yg punya. Azahar meng'on' kan dan menerangkan bagaimana menggunakannya. Haha. Yeah, seolah2 penulis datang dari ulu pedalaman ntah mana ntah. Tapi ye la kan, kalau dah dipinjamkan tu, buat la cara meminjam. Buat bodoh je la. Haha. Disediakannya kerusi di luar kedai, dan di luar kedai itu lah penulis sorang2 surfing FB sambil tersenyum2 sendiri melayan kawan2 yang sedang online. Org yg lalu lalang mungkin berkata, "perempuan ni betul ke tak?". Haha. Di kala itu, ADA KU KISAH?. Bukannya kenal pun dorang2 yg lalu tu, bukannya jumpa lagi lps ni. Ada juga yg lalu melihat apa yg disenyum2kan di depan laptop tapi Azahar akan memarahi dorang kononnya bagi penulis privacy. Lawak2. Sewaktu azan asar berkumandang, dan di saat org bergegas ke masjid, ada juga beberapa org yg sound penulis, "Solat...solat". Haha. Penulis tahu la bila perlu solat, bila haram solat. Apa daaa.....Esoknya penulis datang lagi dan Azahar meminjamkan laptop itu untuk penulis bawa balik ke hotel, selama yang penulis perlu. Apa lagi, penulis umpama pucuk dicita ulam mendatangla dan orang mengantuk disorongkan bantal la. Sangat sedap ulam itu apatah lagi jika dicicah sambal belacan dan alangkah sedapnya tidur di bantal yang empuk setelah kenyang mkn ulam. Begitula perasaan penulis ketika itu.

Setakat itu sahaja buat kali ini, bagaimana ana menemui tiga org jejaka yang sentiasa mengaktifkan hp ana berbunyi dan membuatkan ana bz sepanjang berada di Mekah. Nntkan kemunculan Go Beyond Borders-Part 3. Cerita akan berkisar semasa menunaikan Haji. Tungguuu...

7 comments:

norzah said...

Waduh bukan main laju jalan cerita. Insiden-insiden tersusun begitu jitu, Cara penceritaan buat bibir terbelah selalu -senyum kerana gurauannya,Bual dan ketawa belakang bas jemaah haji sampai org memandang kebelakang! Pandang org kedai depan boleh dia datang beri pinjam laptop bawa balik hotel. Masyaalllah. Ilmu afa yg anti fakai? Kalau hanya senyum-senyum kambin masakan boleh buat dia murah hati, bunyi masyam sudah jatuh hati lah!

Sheikh Mud. Jamil gaji SR30,000 sb, atau SR1000 sehari. Masyaallah belasyan. Serupa kita punya Pm lah. Tapi orang Saudi semu kaya-kaya. Minyak keluar masyam sungai Nile lah. Ana pun berminat nak dengar cerita itu Sheik Azhar Haque. Anti tak ada kontek lagi kah sama dia, kalau duda pun masih hebat. CM Sarawak sudah 74 kahwin sama gadis Lebanese 28 tahun. Masyaallah.

Ok. Ana tunggu Part 3. Apa ada dalam Kaabah? Ada video boleh tengok tapi syerita dari anti tentu lebih
syantik dan seronok macam penceritanya. Ana Intizar....tunggu lah! Jangn kasi ana tunggu lama-lama ya. Insyaallah.

Si Yoyop Bah... said...

Hahahahahahahahahaha...That's y i love yr comment. Ana tidak ada menuntut afa2 ilmu la...Tidak juga senyum kamving, cuma senyum2 unta la.

Tu la..tp Syeikh kata dia miskin aja. Gaji dia cuma SR 3k je, tp ana tidak fercaya...Sbb dia selalu bagi Hj Romzy duit veratus2 riyal.

Ana kurang verminat dengan itu Azahar la. Ana cuma verminat nak finjam laptop dia. Ada juga kami chat sekejap2 kat FB ni. Haha. Pjg umurnya...Tiba2 keluar chat box kat FB dr c Azahar.

Hmm..psl CM swak kahwin gadis 28 thn ana no comment la. Mgkin jg sbb jodoh, mgkin jg sbb fulus la.

norzah said...

Oh, Sheikh Muhd Jamil bukan Imam tapi jurubahasa dan Ahli JK Masjidilharamlah agaknya. 3k cuma gaji pokok je tu, banyak ranting dan daun-daun lain ada masuklah. Dr Azahar tu dr apa? medic atau PhD? Dia tau kita nak chat dio foton teriplah. Sama-sama naik haji tentu banyak mau cerita.

Teringat pula hal anti berdarah tanpa luka, hahaha.itulah feremfuan. Tiap-bulan ada shuti dharurat. Luka lama funya hal. Tentu itu org arab fandang anti tidak solat sudah tau afa hal. Tentu tk berani kacaulah sebab Allah sudah larang...

Afa masih tak mau keluar rumah sekarang, sudah sayang sama itu "baitu halwa baitu"? Apa itu? Home sweet homelah, bahasa Arab syelup. Itu memang tanda positif anti kena fenyakit angau rumah-tangga (baitu mirkah) sudah. Bila mau obat itu fenyakit? CM Sarawak juga tidak boleh tahan itu fenyakit, Sangat bahaya, hehehe.

sun ah said...

hajah tiada pakai ilmu..hajah cuma sapu air zam-zam yang didoakan...tu yg semua tersangkut dengan senyumannya termasuk unta tu ya, su ella? hehhee..

Si Yoyop Bah... said...

Norzah: Hahahahaha. Masyam org tidak ada gigi defan vila bersyakaf arab. Azahar tu vukan doktor. Dia sekadar fenjaga kedai arbaya/jubah itu la. Itu sebab dia ditemfat tercorot antara 3 org tu.

Psl bdarah tanfa luka itu pula, ada kena 2x dlm sevulan la. MasyaAllah...

Suna: semua kejadian diatas berlaku sblm penulis menggunakan air zam2 tu.

sun ah said...

oooo,ok....so, moral of the story, memang tarikan semulajadi la? hehehe..

Si Yoyop Bah... said...

Suna: nasib baik takde "LIKE" kat ruangan komen tu mcm kat FB. Hehe