Sunday, September 5, 2010

Sedih...sedihh...

Sedih melihat sedara seagama sendiri. Tanpa segan silu 'tidak berpuasa' di khalayak ramai semasa Ramadhan. Malu...Org yg melihat yg malu!.

Insiden pertama:
Berlaku semasa penulis berada di parking lot Pasar Ikan, Tawau. Seorang lelaki yg cukup dewasa, rasanya dah BAPAK ORANG bersembunyi2 merokok di tempat pemandu, kereta WIRA. Seseorang menegurnya, dan dia menjatuhkan sebentar rokoknya yg masih panjang ke tanah. Mungkin untuk menyembunyikan apa yg dilakukannya sebentar tadi. Dan selepas seseorang yg menegurnya itu pergi, dia memungut kembali rokok dan menyedutnya kembali. Melihat dari 'aksesori' keretanya, menunjukkan 'MAMAT HAMPEH' ni beragama Islam. Tp tak tahulah kalau pinjam kereta org lain ke?. Tp, kalau Islam dan tak puasa pun, kubur lain2.

Insiden kedua:
Berlaku ketika penulis menghantar keretanya utk dicuci. Biasanya penulis akan periksa sekeliling kereta selepas selesai dicuci utk pastikan penulis berpuas hati dengan servis yang diberikan. Mana2 bahagian yg masih kotor/ kurang sempurna dibersihkan/dikilatkan, penulis akan meminta agar bahagian tersebut 'disempurnakan' agar berbaloi dgn wang yang dibayar. Tapi, kali ini penulis agak lenience sikit memandangkan penulis berfikir, "kalaulah aku ditempat mereka. Mencari sesuap nasi dan bekerja 'berat' di bulan puasa'. Dan selepas membayar upah mencuci, penulis melihat 'budak2' tadi tengah mengunyah sesuatu. HAMPEH!. Menyesal kasihan pada mereka tadi.

Insiden ketiga:
Berlaku semasa menunggu kereta dicuci lagi. Dan disebalik kereta, terlihat kepulan2 asap rokok dari budak2 lelaki yang sah2 berbangsa Melayu, dan 'ISLAM'. Ermmm...atau nama je ISLAM?.

Sekurang2nya, kalau kita tidak dapat berbuat sesuatu pun, kita tidak menyokong perbuatan mereka kan?. Itulah sekecil2 iman. Mudah2n ini bukan ramadhan yg terakhir buat kita.

Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

3 comments:

  1. Tersangatlah memberangsangkan membaca tulisan Cikgu yang tersangat marah melihat org Islam tidak puasa. Kalau semua Cikgu macam Cikgu Yy dan menasihatkan murid-muridnya supaya menghormati Ramadhan dengan hormat yg tulin, tidak melanggar perintah Allah dengan menyuruk-nyuruk, negeri ini akan diwarisi oleh umat Islam generasi baru yang warak dan soleh. Cikgu juga kena tegur mereka tu, Cikgu, mana tu kalau mereka akan berasa malu dan tukar perangai. Dapat pahala besar, Cikgu.

    ReplyDelete
  2. Hahaha..Ok jg kalau dpt pahala besar. Tp kalau dapat penampar?.

    ReplyDelete
  3. ko dapat pahala berjihad tuuuu dengan penangan tamparan..

    ReplyDelete