Monday, August 2, 2010

Ninja Ass.ass.ins...

Selama bergelumang hampir 1 bulan menonton wayang hampir setiap malam, akhirnya dapatlah disimpulkan ada 1 movie yang begitu istimewa di hati penulis, bertajuk NINJA ASSASSINS.


Filem ini ke udara Nov 2009. Cerita mengisahkan seorang Ninja, Raizo yang telah berpaling tadah dan diburu oleh puak Ninja Ozuno untuk dihapuskan. Penulis agak ketinggalan sedikit menontonnya. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, semenjak balik dan berada di kampung halaman ini, kekerapan penulis pergi menonton wayang dalam setahun dapat dihitung dengan sebelah tangan sahaja. Lainlah semasa duduk di JB dulu, setiap hujung minggu, wajib tgk satu.

Oh ya. Dari saat pertama tgk intro wayang ni, mata tak berkelip dan nafas tertahan. Wow!. Kesan visual sungguh mengkagumkan. Dan, perkara ini berterusan sehingga 99 minit. Aksi tak putus2.


Dan daripada 5 bintang, penulis memberikan 4.5. Di mana yang 0.5 tu?. Kekurangan terletak pada mata sepet heronya, iaitu RAIN. Kalau matanya tak sepet dan berkelopak, WOW, dapat 5 stars tu. Dan sebaik selesai menonton, segera penulis google RAIN. Hmmm...Icon GAY?. Whatever la. Apapun, filem ini tidak sesuai utk yang lemah semangat dan ibu mengandung. ;-P

Perggghhhh...ni yg tak tahan tgk ni...

5 comments:

  1. Kenapa tolak markah kerana mata sepet, Cikgu? Kalau tidur banyak pun mata boleh jadi sepet, apalagi kalau tidur lama sesudah melantak makanan sepuas-puasnya. Juga tidur dengan perut kosong seperti dalam bulan puasa nanti, hehehe.

    ReplyDelete
  2. Sbb hero ni mata sepet bukan kerana tido...sepet semulajadi...

    ReplyDelete
  3. Yang semulajadi tu chitaan Allah, Yy, dan disebalik sebarang keganjilan itu ada keistimewaannya. Tapi ialah, kalau hero macam Johnny Depp ( Pirate of the Carribean) atau the Prince of Persia oooops... the Prince of Tmn Ria , tentu lebih hebat kan? Boleh dapat markah penih ke?Hehehe.

    ReplyDelete
  4. Rasanya takkan dpt markah penuh juga. Tp 1 thg for sure, i'll try to accept the way he is.

    ReplyDelete
  5. tak tgk citer nih lagik.. ada ka patut sebab mata hang turun rate dia 0.5... rate tang movie tu laa.. bukan pelakon diaaa..

    ReplyDelete