Monday, June 21, 2010

Padang bukan sebarang Padang...

Inilah catatan pengembaraan penulis sepanjang berada di bumi Padang, Bukit Tinggi dan Maninjau yg terletak di Sumatera Barat, Indonesia.


6 Jun 2010

Seawal 7.50 pg, penulis berlepas dari LCCT utk ke Bandara (singkatan utk Bandar Udara) Internasional Minangkabau, Padang, Sumatera Barat. Perjalanan mengambil masa 1 jam sahaja. Dan tiba pada pukul 7.50 pg waktu tempatan (disebabkan perbezaan masa selama 1 jam lbh lambat dari waktu Malaysia).

Kedatangan penulis tidak disambut oleh sesiapa. Ini kerana rakan2 penulis telah pun berada di sana, sehari sblm kedatangan penulis. Keluar sahaja dari Balai Ketibaan, ramai bapak2 supir taksi menghampiri menawarkan khidmat taksi mereka. Untuk mengelakkan dari sebarang penipuan, penulis segera pergi ke kaunter taksi dan membayar sejumlah Rp 75,000 (RM 25) utk ke Simpang Duku.

Gerai menjual sengkuang di Simpang Duku.

Diringkaskan cerita, dari Simpang Duku ke Bukit Tinggi, penulis sekali lagi mengambil taksi dengan kos Rp 50,000 (lbh kurang RM 17). Perjalanan sejauh 2 jam 30 minit ini sebenarnya mengikis Rp 150,000 (RM 50) dari dompet anda, nasib baiklah bapak Supir ini secara kebetulan ingin kembali ke rumahnya di Bukit Tinggi. Daripada taksi kosong, lbh baik ada penumpang. Daripada Bukit Tinggi, penulis dijemput oleh Pak Danny untuk ke Maninjau, di mana terletaknya Puncak Lawang, iaitu tempat Take-Off utk Paragliding.



Sepanjang perjalanan, mata penulis dijamu oleh pemandangan sawah padi yang sungguh indah. Namun, itu sedikit pun tidak membantu meredakan kepala penulis yang "pusing" sehinggakan biji mata rasanya nak terkeluar. Dan disingkatkan cerita, penulis muntah sebanyak 3 kali, ditambah dengan keadaan jalan yg ber'kelok2'. Uwekkkkk....

Mlm ni bermalam di Hotel Pasir Panjang Permai. Yang menariknya ialah hotel ni berada diatas tasik Maninjau dan pengunjung dapat mendengar pukulan ombak apabila melanggar tebing. Dan yang tidak menariknya pulak ialah, kawasan Maninjau ini sering mengalami gangguan bekalan elektrik. Bayaran bilik standard utk semalam ialah Rp 200,000 (lbh krg RM 67) bagi bilik yang menghadap bukit, manakala RP 250,000 (lbh krg 83) bagi yg menghadap tasik.

7 Jun 2010

Pagi ni dimulakan dengan menikmati pancake + madu dan kopi susu sambil menikmati pemandangan tasik. Selesai bersarapan, geng SOL Paragliders memulakan perjalanan untuk ke Puncak Lawang. Dan tak sahlah jikalau tidak melalui Kelok 44. Kelok 44 ni ialah jalan dilereng bukit yang menpunyai 44 selekoh tajam. Dan setiap selekoh ini ditandakan dengan Kelok 1, Kelok 2 dan seterusnya sehinggalah Kelok 44.

Torobang, torobang, torobang. Makan tengahari di tempat Landing iaitu di Gerai Uni (Uni = Kakak dlm bahaso Minang). Dan inilah pengalaman pertama penulis makan masakan Padang dalam kawasan sawah padi.

Mlm ni kami bermalam di Banur Beach Inn Homestay. Sgt asas kemudahannya. Saja nak cuba tinggal di kawasan sawah dan jarak 30 m sahaja dari kawasan landing. Byrn semalam Rp 15o,000 (RM 50). Rasanya cukuplah sekali ini je bermalam kat sini. Bukannya apa...mlm dah la black-out sbb ribut, dah la tempias, lps tu ada bunyi tikus berparti pulak kat atas dek. Mula2 dgr mcm bunyi org berjalan, tgk kat tingkap takde sapa. Bunyi mencakar2 dinding pun ada juga...ish, seram. Bila pagi menjelma, semua cerita benda yg sama.


8 Jun 2010


Hari ni keadaan cuaca kurang sesuai utk terbang- awan rendah, angin "gusty". Jadi di sebelah petangnya, kami melawat Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka. Dan bermalam di Hotel Ambun Suri, Bukit Tinggi. Dan, utk mkn malam, penulis mencuba 'Pecel Lele' dan 'susu dingin'.


9 Jun 2010

Hari ni jln2 shopping lagi kat Bukit Tinggi. Mmg inilah saat yg ditunggu2 oleh penulis. Kalau sblm ni penulis cuma mengetahui ttg harga murah kain2 sulam di Bukit Tinggi dari rancangan Nona. Mmg selama ni memasang niat nak dtg sini, dah 2 tahun lbh dah. Dan ya, mmg murah. Utk sepasang telekung yg bersulam, kain cotton yg sejuk, tak berat, cuma Rp 250,000 je. Kalau tak silap, penjual bagi diskon (diskaun) lagi. Tapi apakan daya, hya sepasang telekung, dan 4 pasang kain yg mampu dibeli. Memandangkan Rp yg dibawa tidak begitu mencukupi.


10 Jun 2010

Hari ni ada perarakan pancaragam budak2 sekolah tadika di jalan raya di hadapan hotel. Wahhh, meriah dan ramainya org. Apalagi, penulis tidak melepaskan peluang dan mengambil beberapa shot gmbr.

Dan slps check-out, kami singgah sebentar makan tengahari di Kedai Makan Aie Badarun. Wah, di saat menulis entri ini, penulis sempat menelan liur beberapa kali mengingatkan ke'sadap'an lauk pauk Padang terutama telur ikan masak gulai yg sungguh mammmaaaamiaaaaaaaa....

Dan oh ya, sebelum meninggalkan Bandara Padang, jangan lupa tinggalkan Rp 100,000 di dalam dompet utk airport tax. Manalah tau kan, dah lupa dunia sebab bershopping, tak de langsung uang yg tinggal.

( Penulis meminta maaf kerana bermula 8-10 Jun, penulis tidak menyertakan sebarang gambar berikutan kelembapan isyarat Broadband yang selembap siput Babi. Tgk album kat FB je la ya).

9 comments:

  1. Semalam nampak entry ni sekejap kemudian hilang! Ngapa Yy? edit lagi ke, Best entry is when dibuat cara spontan, masuk cerita tikus lari cengkerik menyanyi dan budak menangis dalam cerita.
    U tulis cara travelog, walaupun ada insiden-insiden menarik skali. I'm sure banyak detil u tak dapat masukkan, lalu tk puas hati sendiri. Elok fokus on one thing at time and cite puas-puas dari cover so much tapi sentuh-sentuh sikit, tak puas, makin tak puas hehehe.
    Anyway, satu gmbar yg u ambil, rumah minang, dah jadi icon dlm album i. I just love it, u captured my heart. Eh, eh marah org Somban nanti.

    ReplyDelete
  2. 6 dan 7hb tu, baru balik dr Padang. So cerita masih fresh dan signal bagus. Tp bila dah tangguh beberapa hari, keterujaan bercerita dah kurang dan signal pula hampeh, tu la yg tak detail sgt tu. Gmbr pun tak dapat upload.
    Tp skrg sy dah baru tukar broadband. Hrp2 dpt menyentuh dan puaskan Norzah di entri akan dtg. Wahahahaha

    ReplyDelete
  3. Bagi myself tiap cerita yang sedap mesti keluar dgn spontan dan segera. Kalau tertangguh memang banyak rasa, flavor dan aromanya yang hilang, hehehe. Jadi apa pengalaman baru yang dah tesemat di lambaran kalbu untuk dikongsi bersama, Yy? Dgn broadband yg baru ni tentu banyak degap-degup jantung dan misteri paragliding yang boleh dibongkar.
    Dua perkara yg lekat dihati dan ingatan aku mengenai pengalaman u di Padang ialah pemandangan yg indah-indah dan masakan serta lauk-pauk yang menggiurkan. Tak de ke cerita kenakalan atau luv-in-the-air yg boleh dipaparkan disini, hehehe.

    ReplyDelete
  4. Luv-in-the air so far takde sbb sy tak terbang lagi. Byk cerita 'nakal' sebenarnya...tp tak dpt digarap sepenuhnya. Tp hr pertama smpi tu, dgn kepala yg pening, den tak peduli, den tido je kat bwh pokok kat puncak lawang tu sorg2, dgn pki penutup mata. Kawasan tu rmi org datang utk dating, piknik dan sebagainya. Ntah apala dorg fikir bila tgk den tido sorg2 kat situ. Wp tghari, pyalah sejuk smpi tulang sum2, ingatkan nak demam.

    ReplyDelete
  5. Tido bawah pokok kat puncalk lawang sorang diri. isy, isy. isy daring nya! Kawasa tompek orang dating dan piknik lak tu!! Poning kepala tak bawa panadol ke?

    So, kalau tak terbng u jadi spektator dan turut beri semangt jo lah, yo? I know you enjoyed the outing and the shopping tapi tentu terkilan sungguh tak dapat terbng meloncor di udara dan hanya boleh berengsot di tanah macam kami yang tak berani terbang ni, hehehe.

    Berapa banyak kerosakan pada dompet sekali outing macam 'tu? Sekejap ke Bahau/Somban, sekejap ke Padang, esok entah ke mana lak lai.
    Agaknya orang main paragliding ni semua kayo-kayo lako yo? I main helikopter remote control je rasa koyak poket, rosak sikit kena beratus-ratus ringgit. Dulu beli sampai beribu ringgit sekarang dah murah sikit tapi dah tak main lagi kerana dah bosan.

    Dah mula mengajar semula kan? Selamat kembali bertugs kepada bangsa dan negara! Meredeka, hehehe

    ReplyDelete
  6. Hahahaha...rasanya dah mkn Panadol tp terkeluar balik masa muntah. Tak jg rasa terkilan, sbb I akan trbg jg suatu hr nnt. I jd Fotografer je la. Guna vid dan kamera kwn, dorg belum lg edit dan upload but the photos, SUPERB!.
    Biasanya I tak berhabis utk outing2 mcm tu.Kat Padang, RM1k je, dan Bahau+ KL selama seminggu, RM 1K je. Kita government servant biasa je, bukan kaya mcm Paris Hilton. So lbh ambil gmbr je, shopping kurang sikit. Hehe

    ReplyDelete
  7. Kalau dah boleh belanja 1k sana 1k sini, dah oright lah tu. Taklah mengalami keputusan, I tau u ada sewakan rumah dan ada income lain selain dari gaji. Syabas. U bines minded juga. Camne progres bisnes of the heart dengan u know who?

    ReplyDelete
  8. That business,I leave it to the Creator. Malas mau fikir 4 the time being.

    ReplyDelete
  9. Apa Cikgu suka lagu "Kenapa Di Kenang" oleh Hermantino. Ku kirimna lagu itu untuk anda agar dapat menjadi penghibur hati sementara menunggu saat boleh terbang semula menghirup udara d jauh di atas muka bumi yang selalu gersang.
    Tapi lagunya kena cari sendiri kerana tak dapat dimuat di sini, hehehe.

    ReplyDelete