13 Jun- Penulis membawa jiwa yg terluka dari Bahau ke Kota Metropolitan, KL. Sgt sedih, rupanya roommate di Bahau adalah tempat mengadu Prince of Persia. Dan tanpa di ketahui oleh Yat (bukan nama sebenar) tentang perasaan penulis terhadap PoP, dia menceritakan kpd penulis segalanya. Hmm, dan apa yg merobek hati penulis ialah, PoP cinta separuh mati dgn rakan baik penulis sendiri. Bak kata pepatah, Best Woman Win. Penulis tahu, berbanding sahabatnya itu, dia bukanlah yg terbaik. Rendah, kulit muka tak halus dan tak pandai bergaya jika dibandingkan dengan sahabatnya. Hmmm...penulis redha melepaskan PoP kerana dia tahu, PoP akan bersama seseorang yg dia amat kenali, baik dan beragama. Lainlah kalau 'seseorang' itu tidak dikenali latar belakangnya. Biarlah, patah tumbuh hilang berganti. Dan kesedihan itu diluahkan dgn melahap Burger King di KL Central, ketika menunggu diambil oleh seorang lagi sahabat iaitu Min, utk dibawa bermalam dirumahnya di Mutiara Damansara.
14 Jun- Hari ini, penulis yg masih lagi kepenatan muscle dan mental berehat sahaja di rumah Min sambil mengupload gmbr2 percutian di Padang ke FB, dan melayan komen2 yg datang bertalu2. Maklumlah, telefon bukannya BlackBerry. Jd selama seminggu, berpuasa sekejap dari berFB, blog, Youtube, YM dan yg seangkatan dgnnya. Arghhh..pakaian kotor pun byk nak dicuci.
15 Jun- Menerima panggilan dr Puan Pengarah Pelancongan Penang. Pn. Pengarah mencadangkan agar penulis bermalam bersama seorg lagi sahabat sePalapes, iaitu Nijah, sambil2 membantunya kerana baru berpindah rumah. Pada mulanya, penulis segan utk bermalam di rumah Nijah memandangkan dia dah ada teman sekelamin. Mengganggu pulak. Tp setelah dipastikan oleh Pn. Pengarah Jaime, rumah baru yg didiaminya kini besar, byk bilik dan 'kalis bunyi', maka penulis pun mulalah menjadi Nomad di rumah Nijah utk semalam. Takut juga, kalau permintaan tidak dipenuhi, ada jiwa2 yg terasa hati.
16 Jun- Menerima panggilan dr Sya, yg baru balik dari London. Kali terakhir berjumpa 4 tahun yg lepas. Dia mengajak menonton wayang Lagenda Budak Setan. Penulis LAYAN je. Best juga cerita ni. Dan malam ini, penulis bermalam dan tidur sekatil dengannya.
17 Jun- Penulis, Sya, Min dan 3 org lagi ada 'projek baik punya' hari ni kat Banting. Hahaha. Semuanya dengan masalah yg serupa. Ustaz yg 'merawat' masalah kami turut ketawa dengan jenis penyakit yang ditulis pada buku rawatan. Semuanya 'SCANNING". Hahahahaha. Tak kisah la. Yang penting, BERUSAHA. Barulah disusuli dengan TAWAKAL. InsyaAllah, dgn izinnya.
Mlmnya pula, PoP + penulis + Sya menonton wayang Sex In The City. Hahahaha. Kelakarnya cerita ni. Teringat Jaime dan Nijah masa ni. Kalau dorg ada, sure makin meriah lagi cinema tu. Best la watak Samantha. Mengingatkan pd watak Edie Desperate Housewives. Tp sehebat2 watak samantha, hebat lagi Bouncy si Nanny. Wahhhh.... menggila si PoP yg duduk disebelah gelak.
Lps huha, huha tgk Sex In the City, kami bertiga pergi ke Taipan Seremban utk makan sate tulang. Den mengidam ooooo...Dan mmg sungguh mamamia sate tulang itu. (Bukan tulang lembu, tapi tulang ayam-rusuk, leher dan bahagian2 yg sedikit shj isinya. Sedap dihisap2. Haha)
18 Jun- Hr ni breakfast dgn sate tulang yg tak hbs smlm dan masih kat dlm kete. Hahaha. Sejuk pun, sejukla. Rasa masih sedap mcm semalam. Tibai je...Dan hari ni, giliran penulis pula utk bermalam di rumah kakak.
19 Jun- Poie Somban utk naik Microlight. Dah lama nak naik Microlight ni, masa pg A' Farmosa 5 tahun dulu. Yg ni, naik free. Yuhuuuu....Click here for the vid
Lps tu, pg pula ke Bukit Sendayan/ Dangdut utk tgk Paraglider dr Quebec, Pierre-Yves Robert dan geng NSSAC paragliding.
20 Jun- Tamatlah pengembaraan kali ini. Hari ni, penulis balik ke kampung halamannya.
Happy Father's Day. Sedih bila takde bapa nak diwishkan. :-(
UUUUUUiiiihhhh, ligat betul nampaknya, lebih ligat dari gasing cina. Begitu bnyak kawan dan teman yg sedia bawa berjamu dan melantak sate tulang, dari Kg, Lonek, ke Bahau, Somban, KL, ehtah mana lagi. Memang you lead an enchanted life, Bb. Your life is full of adventure and therefore it's not surprising if you are strong, invincible and a woman.... Kalau dah kawin, tentu tak boleh seligat ni lagi, kan, kan, kan?
ReplyDeleteNasihat teman yg lebih tua ni Yy, cuma satu. Pastikanlah keligtanan hidup luaran itu senada dengan tagihan jiwa dalaman. Kalau tidak zahir berdendang gembira, batin akan kesunyian.Ini akan mencacatkan homeostasis peribadi dan kita mula berjalan sendeng macam ayam patah kepak. But for now, I see you well on the way to Lalaland, Enjoy.
Hehe. Tagihan jiwa dalaman sdg dipenuhi. Berdebar je jantung skrg mengingatkan si dia. Butterflies in my stomach 24,7. Is it normal?.
ReplyDeleteKalau butterfly dah mula terbang dalam perut 24 jam sehari 7 hari semingu, memang tanda autopilot sudah
ReplyDeleteterbang jauh menembus awan diangkasa biru untuk menemui dewi nirwana yang menunggu dengan senyum simpul penuh rela dgn kaki ...oooops tersasul,
hati merecup bahagia. Apo lai nak dikato, antan dah jumpo losung, timbo dah jumpo perigi, seribu ekor gajah menghalang jalan kan di rompuh jo, seribu ekor singo mengaum tak menghalang langkah. Den iringi salam dengan doa agar niat dihati menjadi kenyataan.
Hahahaha...aduiii...berbungo2 bahaso.
ReplyDeleteBahaso nogori, berasal dari Minangkabau, bahaso beradat, bahasa beraleh budi bahaso, bahaso berhias alam semesta. Hehehe, itu ketawo oghang tuo.
ReplyDeleteden pun jarang cakap noghori.. ish.. BTW yop.. kita pi BANGI.. bukan pi Banting.. harap maklum..
ReplyDelete