Jasmin atau Yasmin, atau nama saintifiknya, Jasminum Sambac, semuanya merujuk kepada bunga melur atau pun bunga melati.
Dan musim berbunga bunga Melur ini begitu dinanti, kerana dapatlah kiranya penulis menambah keharuman bilik mandi dan menaikkan seri wajahnya (yelah tu), selepas mandian bunga melur. Semuanya bertitik tolak dari Petua Ratu Kecantikan, Ibu Jamie Jamilah Raden Gus Dur. Hahaha. Menurutnya, selepas mandian bunga di Spa Aunty Lisa, badannya terasa begitu wangi, bertenaga dan segar sekali. Tidak ingin kalah, penulis turut mencuba dan ternyata benar sekali. Dan pasti ada yang menegur selepas mandian bunga tersebut. Antara teguran yang diingati sehingga kini ialah, "Awak tak perlukan saya, awak dah cantik". Hahaha.
Dan sblm mengakhiri entri ini, terimalah lagu Bunga Melur dendangan P. Ramlee:
Dihujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan ditaman yang indah, bunga melur
Hanya disudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai
Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu
Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa
Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di satu ketika, bunga melur
Masanya
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja
Wow, about Jasmine-bunga melor, my favorite flower and song oleh P.Ramlee. "Disudut sana tempatmu bunga melor,tidak ditaman yg indah bunga melor, walaupun ditiup debu, namamu dan baumu tetap memikat kalbu..."
ReplyDeleteAda 10 species, Cik Su, termasuk Jasmine Abyssinicum, grandiflorum, adenophyllum, polyanthum, officinale, sambac (spesi Arab) dll. Yang Raden Jamila Gus Dur cadangkan tu jenis grandiflorumlah agaknya. Memang wangi sekali. Pakai minyaknya atau mandi dgnnya hari ni, semalam dah terbau, hehehe.
CikSu tulis Java or Jasmine Script tu susahlah nak transcribe sikit. Jadi sy ambil bau bunga tu je sudahlah. Cukup menyegarkan,
Hahaha...When u said ada 10 sp, u took my breath away...never know ada smpi 10 sp. Stau sy ada 3 je...tu pun sbb cari nama saintifik tu, ada description psl Jasmine ni.
ReplyDeleteOk, noted. Akan ditukar ke font biasa nxt time. Tq. (Ntahla, tp ada masalah utk publish entri kali ni. Sthg related 2 META. Ntah, tak paham den nak terangkan. Jd, bila dah publish je, malas nak edit).
Ya Ibu2, Bapak2 ... namanya bukan Raden Jamila Gus Dur ya ... namanya Raden Mulan Jamila ya sempena lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi ...
ReplyDeleteWow, hebatnya bunga2 melur belakang rumah u nie Sue Ella ... kalau kat Jepun/Korea sedang musim Cherry Blossom ... kat Tawau ... Jasmine Blossom.
Bapak Norzah ... hebat sekali pengetahuan bapak pasal bunga melur nie. Memang I suka beli sejambak about RM 2-3 kat kedai India and guna untuk mandi. Fresh Jasmine baunya memang "intoxicating". And being 1/1000 Puteri Keraton myself (hehehe), bunga melur nie bagus ya untuk menaikkan seri wajah!
Tak payah tukar apa-apa, Yy. Sy bukan tau tapi rajin merujuk google bila tak tau. Ey, Raden Mulan Jamila marah kita panggil dia Raden Jami Gus Dur - tak sama seksinya dgn panggilan Mulan Jamila, hehehe. Nanti kalau dia merah petua yg dia beri you tak menjadi lak.
ReplyDeleteTapi y worry kalau bunga melur tu dah kata: You tak oerlukan saya lagi. Sudah cantiiiiik!
Astaga, ingat apa u tilis dlm script ganjil tu, Yy. Rupanya lagu Bunga Melur oleh P Ramlee yang sy tau by heart. Cuma kadang-kadang lupa juga.
ReplyDeleteI spent setengah jam nak decipher, sekarang taulah macam mana nak tulis rahsia. belajar dari cikgu Yy, hehehe.
tq yop.. kerana selalu mengingatiku dan meminati ku :)
ReplyDeleteChe Min, maaf aku mengganggu, Kerana sudah berkenalan dlm blog ni dengan Jamie dan SiYoyop. ku
ReplyDeletekunjungi juga blog anda. Kenapa tidak uodate sejak 2008 padahal tulisan anda cukup menarik. Masalah tanah tu misalnya pernah melanda kg ku dan hingga hari ni jalan bertar tak dapat dibuat. Updatelah semula supaya laman web ni jadi lebih meriah. Salam.
hahaha...Meriah sidang komen kali ni. Mulan Jamila, kat mana yg sexy nya tu?.
ReplyDeleteNorzah: Sy tak tau pulak susah bc kat tmpt lain, tp sy cuma italic kan tulisan je.
Anonymous: Hahahaha..tak diupdate dr 2008?. Padahal, dia lah yg menjerumuskan diri ini kedlm dunia blog ini.
Ya Allah Yy, u tulis italic saja ye? Apa yg i baca dalam komputer i, macam ni:
ReplyDeleteDan sblm mengakhiri entri ini, terimalah lagu Bunga Melur dendangan P. Ramlee:
Dihujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan ditaman yang indah, bunga melur
Hanya disudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai
Eeeeeh, bila i copy dan paste di sini, jaadi tulisan biasa pulak! Tengok facebook i utk dapat sample apa yang i baca dlm my computer.
Hahahaha...magik!
ReplyDelete