Friday, April 24, 2020

PULANG- Bahagian 3


Entri sebelumnya...

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.

19hb April- Hari ni terbabas solat subuh. Terlampau penat agaknya. Mata pun agak susah terbuka. Aku tersedar pun sebab bunyi loceng pintu kedengaran. Jam menunjukkan pukul 8.40 pagi. Melangkah malas menuju ke pintu, oh...sarapan pagi rupanya . Pengalaman baru hari ini. Pemandangan pun baru. Cantik dan indah terbentang di depan mata dengan langit yang begitu cerah. πŸŒ‡☀️

 Ikut pusingan jam: Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. 
Bangunan Finas, Menara QSR, Hotel Sheraton, Hotel Armada jelas kelihatan.


Hari kedua dan seterusnya, rutin sama sahaja. Tiada yang penting utk diceritakan.

Perlu buat:
1. Saringan Covid-19 secara online.
2. Status Mental secara online.
3. Home Assessment Toll ( secara manual )
4. Jawab soalan dari KKM setiap hari, jika ada mengalami simptom2 seperti batuk, demam, sesak nafas dan sebagainya ( melalui telefon ).

Rutin aku- Bangun subuh, sambung tidur sehingga loceng pintu dibunyikan tanda orang hantar sarapan, berus gigi + mandi + cuci baju, buat kerja sikit, online ( vc/ fb/ watsapp ), mengaji, solat zuhur, makan tghari, tidur, minum petang, solat asar, mengaji, makan malam, solat maghrib dan isyak, tgk tv dan tidur. Punyalah boring πŸ˜’

21hb- Hari ni, ada Swab Test. Ramai yang tya, "sakit ke?". Bergantung kepada individu sebenarnya. Orang sebelah aku, lelaki India, macho dan sado, nmpk keluar juga air matanya. πŸ˜‚. Bagi aku, ada rasa geli-geli sikit dan rasa sedikit tak selesa. Mgkin korang boleh cuba godek-godek lobangπŸ‘ƒ dan mulut korang dengan putik kapas. Pastikan sehingga mucus (lendir) tu melekat kat putik kapas. Haaa!. Gittew la rasanya.

Menunggu giliran untuk Swab Test

Keputusan selepas 3 hari

Oh ya, ni bantuan makanan yang kami terima.
Dari JKM

Yang ni sumbangan dari NGO
Syukurlah kepada yang memberi. Taklah aku kelaparan di tengah malam. 

P/S: Malam kedua tu, aku langsung tak dapat tidur semalaman sebab perut berbunyi kelaparan. Makanan luar tidak dibenarkan oleh KKM. Jadi, bertahan sampai ke pagi je lah jawapannya. πŸ˜’πŸ˜“πŸ˜₯

Rasanya, tu je la perkongsian setakat 6 hari Terkurung Dalam Sangkar Emas. Haha. Poyo je!. Minggu depan, akan ada lagi satu Swab Test. Semoga, keputusan kesemua ahli Kluster Kayangan πŸ‘ΌπŸ˜‡ Sri Lanka dan India adalah negatif dan dapat bebas pada 2 Mei ini. 🀲

Tidak lupa juga, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan alMubarak. Semoga amal kita diterima oleh Allah swt. Aamiin yra.

Bersambung...

Tuesday, April 21, 2020

PULANG- Bahagian 2

Entri sebelumnya



18hb April- 10.20 pm, Malindo OD 186 selamat mendarat di KLIA. Alhamdulillah.

Keluar sahaja dari perut kapal terbang, kami diminta berbaris dalam 2 barisan dengan jarak 1 m antara satu sama lain. 

Seterusnya, kami melalui 3 kaunter iaitu:
1) Body Temperature Screening. 
     Mujurlah, dari skrin tu, imej aku berwarna kelabu. Kalau berwarna oren atau merah, mesti dah diasingkan dan dibawa ke hospital. 

2) Health Declaration Counter
    Di kaunter ini, Health Declaration Form yang telah diisi akan diserahkan kepada pegawai yang bertugas. Borang Home Assessment Toll turut diberi. Bagi yang ada masalah kesihatan, contohnya kencing manis, darah tinggi, wanita mengandung dan sebagainya, mereka akan diasingkan ke kaunter lain untuk diambil sampel darah, swab test dan sebagainya. Syukurlah, aku tak ada  sebarang masalah kesihatan.  
Health Declaration Counter

Health Declaration Form
Home Assessment Toll Form

3) Quarantine Guidelines Counter.
    Lokasi kaunter ini berada betul-betul di belakang kaunter imigresen. Di sini, Quarantine Guidelines dan Registration Form diberikan. Borang yang telah diisi perlu diserahkan kepada pegawai yang bertugas sebelum menaiki bas.

Registration Form

19hb April- 0.01 am. Bayi dan kanak-kanak kelihatan mula menangis. Kesiannn... Mungkin keletihan, mengantuk atau pun sebab lama menunggu giliran dipanggil. Di depan aku, seorang bapa entah berapa kali ulang menyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star untuk mententeramkan anaknya. Di sudut yang lain pula, seorang bapa berbangsa Cina mundar mandir menyorong anaknya yang berada dalam stroller agar berhenti menangis.😒πŸ˜₯πŸ˜“

Akhirnya, giliran kami dipanggil untuk menaiki bas. Hanya 20 orang dibenarkan untuk menaiki bas yang berkapasiti 44 orang. Atas alasan, untuk mengelakkan over crowding.
Ada 10 buah bas sedia menanti
Beg bagasi, beg sandang dan beg tangan kami disembur dengan cecair basmi kuman (Macam orang racun rumput tu πŸ˜†). Manakala, tangan pula wajib dinyahkuman dengan hand sanitizer yang disediakan. Barulah kami dibenarkan naik bas. Di pintu masuk bas, beg plastik yang berisi air mineral, air kotak, sebungkus  kecil biskut Tiger dan dua bungkus coklat diberikan. 😘
Kabur...cermin bas kotor.
Dipendekkan cerita, 10 buah bas besar berkonvoi dengan polis peronda motor berkuasa tinggi mengiringi di sebelah kiri. Perjalanan begitu lancar memandangkan tiada langsung masalah trafik, tiada kenderaan lain kelihatan di atas jalan raya. VVIP sangat layanan untuk Kluster Kayangan ni. Ini merupakan kali ketiga aku menerima layanan khas seperti ini. Kali pertama, ketika pergi menunaikan haji (dari Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya ke KLIA) dan kali kedua, ketika mewakili Malaysia dalam Sukan SEA ke-13 di Jakarta dalam acara Paragliding.


Akhirnya, sampailah ke hotel tempat kami bakal berkuarantin selama 14 hari. Hotel Crystal Crown yang terletak di Petaling Jaya. Selepas proses daftar masuk bilik, aku pun segera menuju ke tingkat 13, bilik 1321.



Jam menunjukkan pukul 3.41 pagi ketika aku masuk bilik. Seusai solat isyak, tanpa mandi, tanpa menggosok gigi dan tanpa mencuci muka, aku terus rebah di katil empuk sedia untuk melayari bahtera. 😴😴

What a looooonnnnnnnnngggg day today!. 

Bersambung...

Monday, April 20, 2020

PULANG - Bahagian 1.

Kronologi ...

14hb Mac- Datang ke πŸ‡±πŸ‡° untuk trip 8H7M ( 14 -21 Mac 2020 ).

20hb Mac- Perintah Berkurung bermula di Sri Lanka.

21hb Mac- Sepatutnya balik ke Malaysia tetapi penerbangan CMB-KUL dibatalkan oleh AirAsia. Berkuarantin di AOne Htl atas perbelanjaan sendiri.

24hb Mac- Checked-out AOne Hotel untuk penginapan yang lebih murah. Malangnya, 'dihalau' oleh residen Seagull Court Sumudu's Apartments atas alasan, kami membawa virus Covid-19. πŸ˜±πŸ˜΅πŸ–•πŸ˜ πŸ˜‘πŸ€¬
Checked-in balik AOne Hotel.

1hb April- Pindah ke Mayura Apartmen. Penginapan dan makanan asas dibiaya oleh Kedutaan Malaysia.

2hb April- Sepatutnya balik ke Malaysia tetapi penerbangan CMB-KUL dibatalkan oleh MAS. 😭. Sambung lagi mereput πŸ₯£ πŸ›Œ.

10hb April- Perkhabaran balik ke Malaysia.
Dalam bahasa Sinhalese
Kami menerimanya dengan penuh kesyukuran, gembira dan lega. Menzahirkan rasa "kesyukuran" dengan memesan KFC delivery. πŸ—πŸŸ


14hb April- Bersiap awal sesudah subuh. Bas akan datang pada pukul 8.00 pagi utk hantar kami ke BIA ( Bandaranaike Int. Airport ). Jam 7.30 pagi, kami dikhabarkan melalui watsapp yang flight delay. Sekali lagi kami dimaklumkan agar bersedia pada pukul 3.00 petang di lobi. Krik krik...krik krik. Masih delay berikutan Malindo tak dapat clearance untuk landing di Chennai.

P/s : Flight rescue ini akan mengambil rakyat Malaysia yang terkandas di Chennai, India terlebih dahulu sebelum ke Colombo, Sri Lanka sebelum memulakan penerbangan balik ke Malaysia.

View Kat Rooftop Mayura Apartmen

16hb April- Pindah ke Vivanta Airport Garden Hotel. Tingkat 2 dan tingkat 3 dikhaskan untuk rakyat Malaysia yang senasib. Aku dan Mek menginap di bilik 316.

Dapat makluman esok dapat balik. Kapal terbang dah skip Chennai dan terus ke Colombo. Hati berbunga2 dan isi beg bagasi tak diusik sebab malas nak kemas balik.

Pose berani mati. πŸ˜†πŸ€£

Bilik 316
Antara meal utk Kluster Syurga

17hb April- Emosi tercalar lagi. Flight hari ni cancelled ntah buat ke berapa kali sebab clearance dari Chennai masih belum dapat. Keling sungguh la kerajaan India ni. Menyusahkan orang betul la!. 😠😑🀬

18hb April- Akhirnyaaaa... Tapi, selagi tak fly, aku tak nak meletakkan apa2 harapan. Dah sampai peringkat "penat berharap". Apa pun yang bakal terjadi, terpaksa redha je lah sbb... dah tak larat!.


Dag dig dug ...jantung berdebar


Hello! Anybody???.
Menunggu lama sehingga sempat tertidur, akhirnya ada "cahaya di hujung terowong".


Wah, ini bukan chobaan, tapi betul-betul!.
Kalau dengar betul-betul, ada suara bersorak kegembiraan di dalam video tu.

Melangkah masuk ke dalam kapal terbang, mulanya aku ingatkan ada lagi staff KKM yang bertugas memantau keadaan kesihatan kami. Rupa-rupanya, itulah peramugarinya, lengkap bertutup litup di dalam PPE. πŸ˜±πŸ˜†



Memandangkan pramugarinya berpakaian litup, pergerakan pun agak terbatas, maka hanya air panas sahaja yang disediakan sepanjang 3 jam 30 minit penerbangan.
In-flight meal

Well,
 tak boleh merungut sebab tak perlu bayar sesen pun untuk penerbangan balik ini. Terima kasih Kerajaan Malaysia. 😘πŸ₯° Alhamdulillah 🀲.

Bakal bersambung...

Thursday, April 2, 2020

Terkandas di Colombo: Bahagian 6

Entri sebelumnya...

30hb, sekitar pukul 9.30 mlm. Tok...Tok..Tok... pintu bilik diketuk berkali-kali. "Bad news...bad news!", suara dari luar pintu. Oh, tu suara Zili...lantas Mek membuka pintu. "Flight balik kita 2hb cancelled la. Baru je terima email". "Apa?!". Hampir tidak percaya. Ini adalah kali kedua flight kami cancelled selepas kali pertama yang sepatutnya dijadualkan pada 21 Mac. πŸ˜±πŸ˜“πŸ€¦. Harapan untuk balik ke Malaysia selepas 10 hari berkurung di bilik telah MUSNAH, PUNAH dan HANCUR. 😫😭

* * *
Keesokan harinya, barulah aku ada mood utk bercakap dengan Zili berkaitan flight balik kami yang telah dicancel. Berita buruk seterusnya ialah, flight balik ke Malaysia dengan Sri Lanka Airlines adalah pada 8 April, manakala dengan MAS adalah pada 2 Mei. Berapakah kebarangkalian untuk Airlines asing dapat mendarat di Malaysia tetapi dalam masa yang sama, kami dah tak sanggup menunggu untuk tempoh sebulan lagi. Visa kami pun bakal tamat pada 13 April ni. πŸ˜“
Berita baiknya pulak ialah, kami akan berpindah ke apartmen yang disponsor oleh pihak Kedutaan Malaysia. Syukur. 🀲

* * *
1 April, hari ni kami checked-out Aone Hotel. Perasaan sedih dan gembira bercampurbaur. Sukar untuk digambarkan. Memandang ini adalah hari terakhir kami di sini, maka kami bertiga pun sepakat untuk memakai pakaian syantik dan bergambar sakan. πŸ€—
Tempat jatuh lagikan dikenang,
inikan pula tempat berkuarantin.
Dari Kanan: Isuru, Che Sue Ella dan Raqib.
Saat yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Pukul 12:30 tengahari, Pn. Khairi selaku sekretariat Kedutaan Malaysia datang ke hotel dengan Mercedes dan Land-Cruiser hitam. Bagasi kami dipunggah masuk ke dalam Land-Cruiser dan kereta pun meluncur laju. Bye-bye Aone, sehingga kita bertemu lagi....πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹
Singgah sebentar Balai Polis
(SOP yang perlu diikuti oleh pelancong semasa Perintah Berkurung)

Sempat lagi berwefie 🀳 


Akhirnyaaaa...sampailah ke tempat yang dituju- Mayura Apartmen. Disinilah kami akan menyambung kuarantin kami sehinggalah ke suatu tarikh yang belum dapat dipastikan...


Ruang tamu unit 6B


Oklah... permulaan yang baik di permulaan bulan. Semoga esok, lusa dan hari-hari yang mendatang akan memberikan sinar kebahagiaan. Aamiin...