Saturday, August 24, 2019

Catatan Perjalanan di Afrika Selatan- Bahagian 1.

Ramai yang bertanya tentang percutian ku di Afrika Selatan... Cape Town je sebenarnya. Mulanya aku sexcited la bercerita...tapi sampai satu tahap, aku penat!. Hahaha. Sebab asyik ulang benda yang sama. ( Selepas ni aku gunakan singkatan SA untuk South Africa jadi tak lah menaip panjang ).

Kali ni aku ikut Pakej South Afrika Trip (9h6m) dengan Syarliz Travel Group. Tarikh trip dari 9-17 Ogos 2019. Harga pakej adalah RM8488 all-in ( termasuk tiket penerbangan pulang balik dengan Singapore Airlines, penginapan kat hotel 4****, tour guide berpengalaman, pengangkutan, tiket masuk ke tempat tarikan pelancong, travel insurans, etc). Yang tak termasuk hanyalah duit untuk souvenir dan makan tengah hari. Bagi aku, berbaloi la dengan harganya. Dan bila naik Singapore Airlines, haruslah transit kat Changi Airport sebelum terbang ke Johannesburg dan akhirnya ke Cape Town.  ( Sedikit info: Changi Airport dianugerahkan sebagai Skytrax World's Best Airport dari 2013 sehingga 2019. Ini adalah antara salah satu sebab utama kenapa aku nak join trip ni... sbb nak ke Changi Airport ).
Ni kat Taman Orkid, Terminal 2 Changi Airport. 
Huhu....Tak sempat pegi tgk air terjun 40 m dan Kinetic Rain kat Terminal 1.

Jika berminat, boleh hubungi:
FB: Syarliz Travel Group
Ig: syarliz_travel_group
Tel: 03-2732 4598

atau

FB: Wan Batu
Ig: wanbatu
Tel: +6012-976 0531

Soraya, penduduk tempatan SA yang menjadi tour guide dan Wan Batu selaku Travel Consultant. 



Aku mulakan cerita dengan apa yang best kat SA ni berdasarkan pengalaman aku sendiri.

1. MAKANAN HALAL. 
Islam adalah agama minoriti di sini. Secara kasarnya, hanya 1.6-1.9% daripada jumlah populasinya menganut agama Islam. Tetapi, makanan halal amat senang didapati di sini. Aku tidak perlu menjadi vegan atau makan seafood seperti kebiasaannya ketika melancong. Sebagai seorang penggemar daging, perut aku begitu bahagia mendengar khabar berita ini. Aku bebas makan apa sahaja. Ini kali pertama aku melancong dan berat badan aku naik setibanya di Malaysia. Biasanya, berat badan aku akan susut beberapa kilogram dan seluar aku akan berasa longgar sekembalinya dari melancong. Well, a happy tummy is a happy me. 😋

Mussels in cream soup @ Ocean Basket, Hermanus.



Babootee- sejenis makanan tradisi SA. 

Babootee- daging kisar yang ditumis dengan sedikit serbuk kari dan bawang. Yang merah tu, rasanya macam lobak putih / beetroot yang dijeruk. Kawan sebilik aku kata, "tak dapat diterima tekak", tapi aku makan sampai licin kesemuanya. Opssss.... citarasa Afrika sunguhhhhh....😆
 Sarapan aku... karnivor sungguh!. 😋


Cukuplah setakat 3 keping gambar yang aku upload. Yang penting, tiada isu untuk mendapatkan makanan halal di sini. Tak perlulah korang risau akan kelaparan dan membawa segala jenis mi segera, makanan tin dan yang seangkatan dengannya dari Malaysia. Kalau nak bawa juga, terpulang la. Jangan kata aku tak payung.

2. AFRICAN HOSPITALITY.
Memang betullah orang Afrika ni bermulut manis, baik lelaki ataupun perempuannya. Aku suka layanan dorang. Kalau hati tak keras, memang akan cair seperti keju. Fuhhh....!!!. Nasib hati aku keras seperti batu. Patutlah, ramai perempuan Malaysia yang tertipu ribuan ringgit dek tertipu oleh Macau Scam yang didalangi oleh ... ( jawab sendiri la yer... ). 

Aku kalau ke mana-mana, aku pastikan akan bergambar dgn budak-budak tempatan. 

Tabik spring aku dgn budak ni. Dia sedang berpuasa Arafah. Patutlah gula-gula yang aku bagi tak dimakannya. 


Ni budak-budak sekolah tgh buat lawatan sambil belajar. Yg pki baju sweater putih tu cikgunya.

3. NATURE
Wallawei...memang cantik lah!. Indah rupa dari khabar. More than words can say!. What a scenary!. 
Gabungan gunung, tebing dan laut...
I can sit here for hours in Maiden's Cove. 

4. STREET PERFORMANCE
Hari pertama sampai aku dah joget. Haha. Kalau persembahan biashe-biashe aje, mmg aku tgk dan rakam je la. Tp ni bukan biashe-biashe. Persembahan yang sungguh memukau dan bertenaga menyebabkan hati ku meronta-ronta nak menari. Kalau kat Malaysia memang aku akan kena kecam dan maki la oleh makcik bawang troopers. Tapi kat SA ni, "mind your own bussiness" dan "who cares?". Bukannya aku buat perkara tak elok pun. Sekadar suka-suka. Takde buat gerakan erotik pun.

Gelek Che Sue Ella, jangan tak gelek...
Paparazi ada di mana-mana mengikuti Che Sue Ella. Aku suka sangat dengan gambar ni. 
 
Akhirnya hajat aku tgk persembahan Waka Waka tercapai. 

Oklah dulu setakat ni. Aku saja je tak upload gambar dan video banyak-banyak sebab nak korang pegi sendiri. Saksikan keindahan ciptaan Allah itu dengan mata sendiri. Ada kah betul indah rupa dari khabar atau sebaliknya?. Kalau nak tengok gambar dan video yang lain, aku dah upload kat fb dan ig.

Semoga aku diberi masa yang lapang, idea yang mencurah-curah dan kekuatan untuk menulis Catatan Perjalanan di Afrika Selatan- Bahagian 2. InsyaAllah.

Salam sayang untuk semua😘😍.

No comments:

Post a Comment