Sunday, December 31, 2017

BAITULMAQDIS- Bahagian 3

Walaupun jalan cerita tidak berkait, anda boleh membaca BAITULMAQDIS- Bahagian 1 (persediaan sebelum memasuki Israel) dan BAITULMAQDIS- Bahagian 2 ( ketika berada di imigresen Israel ).

Dome Of  Rock/ Kubah As Sakhra

Masjidil Aqsa
Bahagian ini lebih berkisarkan pengajaran yang diperolehi sepanjang berada di sana.

Konsep Redha
( Kredit kepada Misah Halili atas karangan beliau ).


Tinggal di kawasan konflik sentiasa memikirkan bahawa masih bernyawakah diri ini seminit akan datang. Oleh itu konsep REDHA sentiasa disemai dalam diri ahli keluarga waima sebelum tidur, keluar bekerja/ sekolah atau duduk di rumah menunggu org tersayang. Gambar di bwh merupakan tour guide kami sepanjang berada di JERUSALEM Mr. Shadi A. Diab. Sblm dia keluar dr rumah, anaknya akan cakap 'SEE U IN JANNAH' dan c bpk akan bls ayat tu balik (Diceritakan oleh Datin Zaiton sms dlm perjalanan ke masjid untuk solat Subuh). Nmpk tak? bagaimana redha itu dipraktikkan. Jd jika berlaku apa2 pd dia or ahli keluarganya sepanjang ketidakbersamaan mereka. Maka kemungkinan yg berlaku diterima dgn REDHA bukannya PASRAH. Semoga Mr.Shadi sekeluarga diberkati dan diberi kesejahteraan dari-Nya. Tapi kita di sini lain, musibah dah berlaku baru kita kata REDHA, tapi mereka belum berlaku REDHA sudah mendahului. Jadi sama2 lah kita hayati keREDHAan itu ye.

Mr. Shadi A. Diab

Pemurah Tak Bertempat. 

Kat Malaysia ni, selalu je korang tengok/ dengar pasal TABUNG PALESTIN kan?. Berlambak kat restoran. Sebenarnya, duit derma tu, tak sampai pun kat golongan sasar. Jd, janganlah jadi pemurah tak bertempat. Segala urusan bank dipantau oleh Israel. Tak tau la, duit yg korang derma tu pergi kat mana. 

Ni sorang sukarelawan NGO yg skrg kat Palestine. Beliau bertugas kat kaunter hospital dan akan membayarkan bil rawatan pesakit (Palestinian Muslim), daripada duit derma itu. Bolehlah korang salurkan derma kat beliau. InsyaAllah, sampai kat golongan sasar. 

Maaf kerana kad nama tercuci...tak terkeluar dari poket seluar. 

Atau, 


Rasanya cukuplah setakat ni. Aku takde gmbr yang diambil dr DSLR dan gmbr2 yg ada, byk yg ada muka aku. Korang lbh nak tgk gmbar dan bukannya nak baca sgt pun tulisan aku ni, kan?. Apa2 info yang korang nak tau, korang google dulu lps tu kalau tak dapat, baru pm aku soalan korang tu ek?. 

Ni, aku tinggalkan korang video kompilasi sepanjang trip ini. Harap korang termotivasi dan terinspirasi untuk pergi ke sana. Remember, I INSPIRE YOUR DESIRE!. 



Sebelum mengakhiri entri ni, aku nak ucap Selamat Tahun baru 2018. Semoga kehidupan kita lebih baik, ekonomi Malaysia lebih maju dan Malaysia tetap aman di tahun baru. Amin InsyaAllah. Bye....


No comments:

Post a Comment