Wednesday, May 16, 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar GURU. Merujuk kepada tema Hari Guru tahun ini, adakah aku seorang guru yang inovatif?. Pendapat peribadi aku,"nahhh...apalah bah inovasi yang sdh aku buat?.". Hehe...Tak tahulah apa pendapat anak didik dan rakan sejawat yang lain, ntah2 sama jg dengan pendapat cikgu yg mengarang entri ni. Hahaha

  Antara "anak2 didik aku"

Kenapa juga aku memilih jadi cikgu?.

Sejujurnya, inilah kali pertama aku mendedahkan kepada umum sebab musabab aku memilih untuk menjadi seorang guru. Aku keluar U pada tahun 2000. Di saat George Soros membuat spekulasi kewangan, ketika politik negara bergolak dengan terdedahnya "10 sebab mengapa Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri" serta pembuangan pekerja rancak berlaku. Aku isi je mana2 borang pekerjaan. Yang paling awal dapat jawapan adalah dari BPPG (Bahagian Pengambilan Pendidikan Guru). Mak aku suka la sbb ada juga salah seorang anak dia yang mewarisi pekerjaan dia tp aku, sekadar cuba2 je...

Best ke jadi cikgu?.

Macam juga pekerjaan yang lain, ada best dan ada juga yg tak bestnya. Pertama skali, pekerjaan ini "kurang glamer" jika dibandingkan dengan pekerjaan yang lain. Masa mula2 dapat panggilan dari Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, JB pun, kak sulung aku kata kat mak aku, "Jd cikgu ja si Yoyop mek?". Yelah... dia kan Engineer....Tp aku tak kisah pun dia kata mcm tu.

Sbb aku masih dalam peringkat cuba-cuba untuk menjadi cikgu jg lah, semasa menjalani latihan praktikal kat SMK Penggawa Timur, Masai, aku sekadar menyuruh pelajar memanggil CIK je, tak perlu panjang2 tambah GU kat blkg. Aku pun tak membahasakan cikgu kat budak2, tapi SAYA. Punyalah tak suka menganggap diri ini sebagai cikgu masa tu...

Apa pulak yang best?. Haaa... ni lah satu kelebihan yang tidak ada kat pekerjaan2 yang lain. CUTI YANG PANJANGGGGG...Dalam setahun, kalau dikumpul2 cuti, mau jg 3 bulan. Tak kah ibarat orang yang mengantuk disorongkan bantal terutama bagi seorang yang kaki jalan?. Best sekali bila tak yah kerja tp gaji tetap jalan. Tak perlu apply2 cuti lagi tu. Haha. Masa bekerja jg agak pendek. Bila ada meeting atau aktiviti sekolah yang lain tu, kena kerja 1 hari jg la... Tp bila tak de, ahhhh....seawal 1.40 ptg dah boleh balik dan membuta. Hahaha. Masa bekerja bermula seawal 6.45 pg. Selepas 10 tahun terbiasa dengan budaya kerja ni, ahhhhh....tak sanggup rasanya nak tukar kerja lain. Tak sanggup masuk jam 8.00 pagi dan balik 5.00 ptg. Tak sanggup mati depan meja ofis...Hahaha (Sorry kalau terover cakap).

Sedekad bergelar cikgu ni, kalau I jln2, selalu ada yang menegur, "assalamualaikum cikgu. Masih lagi ngajar kat Teknik?". Kadang2 aku tak kenal... "Siapalah pulak yang menegur aku ni?". Aku suka sekali kalau ditegur oleh LELAKI yang memiliki ciri2 TALL, NOT SO DARK & HANDSOME unexpectedly. (Uhhh... terserlah sgt sifat semulajadinya yg suka menggeletis. Haha). Biasa terjadi macam tu...Tp bila aku dah ready nak diurat dan mengurat, laaaaa....ex-student aku rupanya. SPOIL lah!. Haha...Dulu bdk2 ni belum lagi menjadi LELAKI SEPENUHNYA. Bila dah berotot, cukup duit utk bergaya, keluar dah bulu2 roma dan bekerjaya....naaa....ndak sdh diorg seselekeh yang dulu. Haha. 

Terharu juga bila selepas sekian lama meninggalkan alam persekolahan, ada juga ex-student yang masih wish melalui FB, SMS...mendoakan yg baik2 utk bekas2 gurunya...wp apa yang kita lakukan selama ini lebih berunsurkan kerja, dan bukan mengharap balasan (kalau ada tu kira BONUS la kan). Setakat ni, aku layan biasa2 je dgn pelajar...yg dapat aku tolong, aku tolong. Tak dapat bantu secara kewangan, aku bantu melalui pemberian pakaian terpakai (untuk pelajar2 susah atau pun mangsa bencana alam), tak pun aku bagi bantuan makanan. Ye lah kan, kita ni bukan sentiasa di atas... manalah tau bdk2 ni kerja kat mana2 jabatan, senang aku berurusan, tak yah ambil no. giliran. Manalah tau kan???. Buat baik di balas baik, buat jahat jgn sekali.

Oklah... cukuplah aku menulis sampai di sini. Skrg ni masa kerja. Haha...Jd, kena kerja, bukan tulis blog..Haha...Tertampar pulak aku sendiri dengan kenyataan Cikgu Cik Hjh Suhaila sorang ni. Jumpa lagi di lain entri, di saluran Sojourn Saga yang sama dan di masa yang tak tahu bila...Byeee.....

1 comment:

  1. nahhh.. baru tau kenapa ko terjerumus dalam kancah bergelar cikgu ini.. hahah.. sorry kalau penggunaan ayat tak cun.. this is 1st year utk aku sambut hari guru ... memalu aku terima hadiah daripada anak2 ku itew.. anyway yop.. do happy for what u r!

    ReplyDelete