Penulis baru mengetahui bahawa penulis tergolong dlm senarai menunggu haji pada tahun ini pada 20hb Julai. Sebaik meminta Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji di Pejabat Tabung Haji (TH), pegawai tersebut memberitahu, "kamu ni standby, mesti buat persiapan sama seperti org yg confirmed, jadi bila nama naik nanti, terus boleh pergi. Sabtu dan ahad nnt ada kursus intensif di Masjid Al-Kauthar, nnt di sana lah baru saya bagi Buku Rekod Rawatan". Masih rileks lagi bertanya, "berapa kebarangkalian sy naik haji tahun ni?". "Kalau ikut pengalaman tahun lepas, semua nama jemaah Tawau yang standby dpt naik sbb kuota haji ditambah". Haaa...tangan penulis otomatik jadi sejuk. Takut pun ada, tak bersedia pun ada, macam2 pun ada. Maklumlah, penulis kenal diri ini macam mana...Nakal mmg tidak dapat dinafikanlah, tapi baik...Hehe
Jadi, sebelum jam 8.00 pagi, penulis telah pun tiba dan mendaftarkan diri seorang diri. Kebanyakan org datang bersama pasangan. Hmm...dlm hati terdetik, bestnya kalau dapat datang bersama Prince of Taman Ria (PoTR). Tak kisahla, "I will survive, I am a survivior", I told myself. :(
Jadi, pagi itu kursus dimulakan dengan Tatacara Pemakaian Kain Ihram, Penerangan dan Praktikal Ibadat. Hati penulis begitu tersentuh dan sedih semasa penerangan ketika berada di "Arafah". Arafah ialah tempat berkumpul semua manusia selepas dibangkitkan dari mati sebelum amalannya dihitung pada hari kiamat nanti. Di kala matahari cuma sejengkal dari kepala...Rasanya tidak perlulah penulis menghuraikannya disini, kerana entri ini akan menjadi kurang difahami oleh sahabat yang beragama lain...Yang penting, taklimat yang disampaikan oleh Ust. Hj Cecep itu berjaya menerobos ke lubuk hatiku yang paling dalam. Begitu menginsafkan...
Hari Kedua: kursus dimulakan dengan ceramah kesihatan oleh Dr. Haji Adlan Suhaimi dan rasanya doktor inilah juga yang pergi bersama2 penulis ketika megerjakan Umrah tidak lama dulu. Selesai minum pagi, kursus disambung dengan Ceramah Khas Wanita oleh Ustazah Hjh. Samsiah. Best ceramah ini. Antara perkara yang ditekankan ialah Masalah Haid dan Batasan Aurat dalam Islam dan Adab2 di Tanah Suci. Kelakar juga ustazah ni. Selamba je dia menyebut "pep*k" dan beberapa perkataan lain. Hahahaha. Bukannya apa, kalau disebut berlapis2, dikhuatiri ada jemaah yang tidak faham. Mmg segar mata penulis dan tak kering gusi dibuatnya.
Selesai solat asar dan minum petang, para jemaah dikehendaki menjawab ujian bertulis dan alhamdulillah, penulis dapat faham sedikit sebanyak apa yang disampaikan sepanjang dua hari. InsyaAllah penulis akan mempersiapkan lagi diri mentally and physically from time to time. Mudah2an segala usaha yang dilakukan membolehkan penulis mencapai Haji Mabrur. Amin.

ingat sakit,ingat mati, ingatlah saat kau sulit, ingat2 cuba ingat 1 kali,berapa dosa kau buat, berapa kali maksiat, ingat2 cuba ingat la akhirat... (i belasah je lirik lagu ni)
ReplyDeletei doakan u dapat menunaikan rukun islam ini... insyaAllah...
nway,mcm mana kalau our BFF, cik 'P' dtg masa mengerjakan haji yek?
Errr...soalan ente yg last tu ana x paham...Serius, mungkin sbb fenin ana masih belum hilang lagi laaaaa...
ReplyDeleteSalamualaikum, ya bakal Hajjah. Ana tumpang gembira mendengar perkhabaranan ini. Seolah-olah rahmat datang bertalu-talu - selepas menemui Prince of Taman Rian sekarang geleran pergi naik haji oula sampai. Alhamdulillah. Muga-muga segalah yang didoakan akan makbul, insyaallah.
ReplyDeleteMengenai soalan Mummy Anne ana yang bukan dari kaum Hawa pun faham. Bagaimana kalau best friend, cik P (period) sampai waktu mengerjakan Haji? Kena cuti dulu kot, sambung setelah selesai.
Salamualaikum.
Waalaikumsalam...sesungguhnya fenin ana masih velum kebah dan begitu susah ana mau faham kalau soalan vegitu vervelit2.
ReplyDeleteHahaha...kalau ditulis PERIOD kan varu jelas gitu. Yeah, kena cuti dulu, sambung setelah selesai. Kan lbh sebulan kat sana. Jd tetap ada masa utk melakukan ibadah yg tak dpt dibuat. Risau jg mengenangkan Cik 'P' ni. Tya ustazah td tp dia pun tak menggalakkan mkn ubat hormon tu. Sbb cuaca, aktiviti disana lain dgn disini. So, wp makan ubat, tidak ada jaminan cik 'P' tak akan bertandang. Sadaqallahulazimmmm...
Masyallah, syakap mau figi Mekah al-Mukarramah saja anti funya lisan sudah felat al-Arabi. Jangan fenin al-raksi sudah masuk sama lisan, sudahlah. Nanti fenin masuk al batni tentu banyak susah. Hal anti yafhamu al- loghatu al-Arabiah? Boleh mulai belajar sekaran,hehehe.
ReplyDeleteHaha..ana tidak dafat tahan ketawa la
ReplyDeleteAfakah anti masih ketawa samfai al-blog anti tidak dafat dikemaskinikan? Atau sudah masuk bab lain sekaran, bab masyaallah begitu nikmat sudah tidak ada minat mau update itu blog. Barangkali sudah begitu khusyuklah, rasa sudah sampai Mekkah al Mukarramah. Subhanallah.
ReplyDeleteHahaha...apa gigi ente ada rongak di defan sehinggakan semua ferkataan yg ada huruf 'p' menjadi 'f'. Hahaha...Takde cerita baru yang hangat la. Hanget jerrr...kalau ada, ana fasti update la.
ReplyDeleteBaiklah kalau itu masyam. Ana figilah lain blog syari
ReplyDeleteassodiiq. Salamualaikum.
la ye ke.. best nye.. kaksu g ngn sapa lah?
ReplyDeleteyop..aku doakan hang mendapat haji mabrur.. doakan apa yang patut utk sahabatmu insan yang hina ini juga ya yop.. pasal period tu.. banyak hajjah suh kita doa mintak pada Allah supaya dapat menjalankan ibadah dengan lengkap dan elok.. insyaAllah.. bilakah jemputan akan sampai kepada ku..?? adakah sempat untuk aku mendapat jemputan itu untuk melengkapkan rukun islamku..??
ReplyDelete