Sunday, May 16, 2010

Dilemma seorang perempuan...

(Pihak saya ingin meminta maaf di atas kelewatan penyiaran entri ini...
Segala kesulitan amatlah dikesali.)


10 Mei dtg lagi...Ini bermakna, sperma Pak Subi & Ovum Mak Jummy yg bersenyawa dan membentuk embrio itu berkembang menjadi zigot, dilahirkan pada hari ini. Dan pada tahun ini, genaplah bayi yg lahir dan diberikan nama Suhaila itu berusia 32 tahun. Apa?. 32 tahun?.

Apakah makna berusia 32 tahun pada pandangan penulis?. Kita lihat dari sudut positif dahulu. Syukur Alhamdulillah, penulis masih dapat bernafas, nadi masih berdenyut dan menikmati kehidupan. Jika difikirkan, ada org yg tidak dapat merasai nikmat kehidupan sehingga berusia 32 tahun. Apakan daya, umur tak panjang...Untuk itu, penulis masih lagi ada kesempatan untuk menikmati hidup dengan acuan penulis sendiri dan kalau boleh mempersiapkan diri utk 'mati'. Yeah, we never know what's in store for us tomorrow. Dalam sekelip mata, nikmat2 kehidupan yg kita ada sekarang dapat ditarik olehNYA. Bak kata 'seseorang', dunia2 juga, akhirat jangan dilupa...Mudah2n jg segala yg dirancang tahun ini seperti melancong ke Indonesia pada bulan Juni, dan ke India pd Sept dapat terlaksana...Byk lagi rancangan yg belum terlaksana, antaranya memiliki motor sendiri, melancong ke beberapa buah negara dan senarai rancangan ini tidak akan habis.....(I'm full of PLANS & IDEAS!.)

Tak dapat dibohongi, setiap tahun tibanya tarikh keramat ini, penulis akan berasa semakin tua, utk memujuk diri sendiri, penggunaan perkataan semakin MATANG mungkin lbh sesuai kot!. Dan sebagai perempuan, pertambahan usia ini semakin menyukarkan proses mencari "SOULMATE". Uwaaaaa.....Dan ini menjadikan penulis tidak teruja utk menunggu tarikh ini.

No surprise & no gift 4 me this year :( . (sedih kan?) . Namun begitu, sambutan Hari Jadi ini bakal diraikan pada hujung bulan ini (secara pukal) memandangkan ramai ahli keluarga yang lahir pada bulan Mei- {1. Rayhan-anak buah, 4 Mei. 2. SiYoyop-10 Mei, 3. Memek (my mum), 15 Mei}. Buat masa sekarang semua pun masih sibuk dan yg paling utama, belum gaji maaa...

Rasanya itu saja buat masa ini. Tq for the Bday wish for those who wished me. :) U made my day!

11 comments:

  1. Biar aku org pertama yg berikan respon kepada renungan harijadi yg begitu mengusik hati kerana kesedaran ujud dan kuasa Ilahi yang begitu menebal dijiwa penulis. Berbekalkan iman yag begitu, aku yakin tidak akan ada apa-apa cabaran atau ujian hidup yang boleh mematahkan semangatmu untuk memburu keredhaan Allah melalui rancangusaha yang diilhamkanNya.Benar kita hanya bis amerancang dan berusaha. Dia juga yang menentukannya. 23, 32, 45, 60 hanya angka Yy, yang berasa matang atau mentah ialah hati dan kesedaran kita. Seperti katamua sendiri maut bisa datang tanpa mengira umur, yg penting ialah sama ada kita sudah sedia untuk menemuiNya atau belum. Akhirkata diucapkan selamat harijadi kepada U, anak-buah dan Memek U, muga-muga
    Allah akan mengkabulkan semua doa dan harapan, serta sihat sejahtera sentiasa.Amin.

    ReplyDelete
  2. Terus insaf aku dengan entri mu nie Sue Ella. Ya lah aku ini hamba Tuhan yang kerdil dan tidak boleh lari dari melakukan kesilapan, dari sekecil kuman ke sebesar paus biru.

    Bagi memujuk hati yang kadang2 as if ada mind of its own, I ingatkan diri i sometimes things happen for a reason or many good reasons. Kita lahir ke dunia nie pun ada purpose and sometimes the purpose tu maha hebat that only God knows. Yang pasti bukan sebagai Rasul yang baru lah hehehehe

    Maybe you ditakdirkan untuk melakukan sesuatu yang hebat and akan mengubah kehidupan orang lain atau dunia.As sometimes because of that kita terpaksa "korban" kan something.

    On the other hand, maybe it's worth the wait ... wink wink

    ReplyDelete
  3. Norzah: Amin ya rabbal alamin...Ntah la...sjk peristiwa 'cheating death' hr tu, betapa aku bersyukur masih hidup lagi. Masih boleh berjalan lagi...Tak dapat nak mbygkan sekiranya aku 'kojol' time tu ataupun 'lumpuh'. Nauzubillah....

    Rambo yg tak Rambo: Hahaha...br je aku nak rasa insaf dgn kata2 mu, tp bila smpi ayat "Yang pasti bukan sebagai Rasul yang baru lah hehehehe", aku trus tergelak besar. Hahaha. Mana tau menunggu jd mcm Zara, di'sunting' oleh putera Raja dari Istana. We never knowsss.....Hahahaha.

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni tiada mimpi yg terlalu tinggi (bintang Marikh pun kapal angkasa dah sampai) tiada kejadian yang menghairankan ( pelawak pun boleh jadi raja- Rajalawak, sami menjadi Rajasamy). Selagi ada harapan, tetap boleh bertahan, hehehe.

    ReplyDelete
  5. Yy, kenapa skrang diam-diam je? Sedang contemplate terbang tinggi atau muhasabah diri? Sunyilah tak dengar kelakar dan ketawa u?

    ReplyDelete
  6. Adui Norzah...Bz skrg. 2 hr lagi nak cuti sekolah dan sy kena setelkan semua kerja spy dpt berjoli2 sms cuti

    ReplyDelete
  7. camtu takpe lah, kata org bergalah2 ke hulu berenang2 ke tepian, bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian, hehehe. Kalau ke Bahau utk paragliding singgahlah di Bukit Putus, kalau sentiasa hardworking, berlebihanlah fulus. Eh, berpatun plk jadinya.

    ReplyDelete
  8. Tak jg berlebihan fulus la Norzah, gitu juga...Tau lah, makan gaji je..bukannya org bisnes. Hehe... Tp ntahlah, sy selalu teringat kata2 mantan Pengetua, Datuk Mary Yap- "Halalkan gaji anda". Mgkin kalau dr sudut islam, kalau kita kerja setimpal dgn duit yg diterima, duit tu berkat. Alhamdulillah...that's all that I can say.

    ReplyDelete
  9. Betullah maksudnya spt u katakan. Kalau semua org bekerja untuk menghalalkan 'gaji' yg diterima. tak timbul perbuatan rasuah atau pecah amanah.
    Tantang makan gaji ni, memang tk mungkin kaya, kerja kuat macam mana pun gaji cam tu juga kecuali ada increment, hehehe. Tapi it's not how much money that limits your happiness, it how you enjoy your work and the life it brings. Sebagai putri paragliding Sabah, I'm sure you're very happy with your life, pasal tu senyum sokmo, kan? Dah kunjung berapa negeri? 15? Make Pacifi Island (esp Chritmas Is) your nest venue , terdapat batuukir2 hergasi yg pelik, bagaimana boleh sampai ke pulau yg begfitu terpencil.

    ReplyDelete
  10. Hai Norzah, apasal ejaan ekau sukar utk difahami. Jari tsalah spot landing ko?. Hehe...Ekau dah berapo byk noghori?. Den baru 11. InsyaAllah, rayo posa nnt yg ko 12. Buek maso terdokek, den nak ko Pulau Layang2 @ Utara Borneo bln 12 ni, nak tgk burung2 yg singgah migrate sblm g Selatan Hemisfera. Tompek tu masih tak ramai yg sampai. Mmg kalau ado maso dan duit, mmg nak round 1 dunio. Itu plan jangko panjang den.

    ReplyDelete
  11. Nak round dunia? Eloklah tu, Dgn balon tak nampak apo-apo dgn hotair baloon, nampak sikit, dgn paragliding boleh nampak semua.
    Oh yo, banyak salah eja. Den pakai Notebook Acer, selalu melompek-lompek kerana terlalu sensatif. Salah cucuk sikit melompek. Teraba sikit pun melompek.Gergasi jadi hergasi, begitu jadi begfitu.
    Sebab tu den lebih suka pakai workstation ni ha. Buek macam mano pun dia ok jo,

    ReplyDelete