Monday, May 31, 2010

Hasta manana...

Ini merupakan entri terakhir bulan ini, sebelum entri seterusnya ditulis 3 minggu dr skrg. Oleh itu, penulis ingin berkongsi beberapa perkara kepada para pembaca sekalian.

1. Birthday May-nia: telah diadakan pada 30hb. Sambutan hari jadi kali ini lbh kpd aktiviti makan mlm bersama ahli keluarga terdekat. Dan kami yg bergelar wanita dewasa sibuk menyiapkan juadah masing2. Penulis menyediakan sayap ayam, sotong dan ikan pari bakar, dicicah dgn kicap berlada yg sungguhh....pedas melopos...

2. Happy Gawai dan Kotobian Tadau Kaamatan. Hari ini, 31hb merupakan hari cuti umum bg pemastautin di negeri Sabah. Semoga padi yg ditanam membuahkan hasil yg lumayan.

3. Hari ni jg penulis mendapatkan suntikan Vitamin C dgn harapan antibodi semakin kuat. Kepala penulis pening2 sejak smlm, bukan dsbbkan kurang tidur, mata rabun mahupun gastrik. Adakah kerana 2 hari sblm ni penulis melantak beriyani kambing ditambah pula dgn Roasted chicken with black paper sauce dan Potato Salad semlm?. Tp, doktor kata bukan disebabkan darah tinggi...Ntahlah, mgkin disebabkan cuaca panas yg melampau.

Rasanya setakat ni lah dulu. Sorilah, template blog tetap sama dan tiada gmbr untuk entri kali ini. Hasta manana amigossss.....

Saturday, May 29, 2010

Trouble is a friend...

Adui!!! Sakitnya hati bila yg dirancang kurang menjadi, dan yg paling penting, disebabkan oleh orang lain...Nak memaki ada, geram ada dan macam2 lagi laaa....Patutlah semakin banyak uban kat kepala...
Nak cerita secara detail tak boleh, sbb melibatkan 'badan kerajaan'. Tak pasal2 nnt, ada masuk berita...kononnya "menentang kerajaan"lah, itulah, inilah....
Dan sbb individu sorg ni lah, yg agak tinggi kedudukannya, yg dari dulu selalu kerja last minit, tak habis2 menyusahkan org...Dan mak penulis pun turut mempunyai pendapat yg sama.
Menggolek terluka, digolek terluka...Itulah keadaan penulis. Susah juga kalau cari pasal dgn dorg ni. Mau tak mau, ikhlas tak ikhlas, kena siapkan juga tanpa gagal. Apapun hasilnya, org bukannya mahu tahu apa cerita disebaliknya...
Nasib juga penulis seorg yg positif...Penulis selalu membandingkan beban kerja dgn beban yg ditanggung oleh Pn. Pengarah, Jaime Yeoh. Apa sgtlah beban kerja ini jika dibanding dgn beban kerjanya. Dan atas alasan itulah, penulis akan cuba utk menyelesaikan kekusutan ini sblm berfoya2 di Padang, Bahau dan kawasan2 yg sewaktu dengannya...

Sunday, May 16, 2010

Dilemma seorang perempuan...

(Pihak saya ingin meminta maaf di atas kelewatan penyiaran entri ini...
Segala kesulitan amatlah dikesali.)


10 Mei dtg lagi...Ini bermakna, sperma Pak Subi & Ovum Mak Jummy yg bersenyawa dan membentuk embrio itu berkembang menjadi zigot, dilahirkan pada hari ini. Dan pada tahun ini, genaplah bayi yg lahir dan diberikan nama Suhaila itu berusia 32 tahun. Apa?. 32 tahun?.

Apakah makna berusia 32 tahun pada pandangan penulis?. Kita lihat dari sudut positif dahulu. Syukur Alhamdulillah, penulis masih dapat bernafas, nadi masih berdenyut dan menikmati kehidupan. Jika difikirkan, ada org yg tidak dapat merasai nikmat kehidupan sehingga berusia 32 tahun. Apakan daya, umur tak panjang...Untuk itu, penulis masih lagi ada kesempatan untuk menikmati hidup dengan acuan penulis sendiri dan kalau boleh mempersiapkan diri utk 'mati'. Yeah, we never know what's in store for us tomorrow. Dalam sekelip mata, nikmat2 kehidupan yg kita ada sekarang dapat ditarik olehNYA. Bak kata 'seseorang', dunia2 juga, akhirat jangan dilupa...Mudah2n jg segala yg dirancang tahun ini seperti melancong ke Indonesia pada bulan Juni, dan ke India pd Sept dapat terlaksana...Byk lagi rancangan yg belum terlaksana, antaranya memiliki motor sendiri, melancong ke beberapa buah negara dan senarai rancangan ini tidak akan habis.....(I'm full of PLANS & IDEAS!.)

Tak dapat dibohongi, setiap tahun tibanya tarikh keramat ini, penulis akan berasa semakin tua, utk memujuk diri sendiri, penggunaan perkataan semakin MATANG mungkin lbh sesuai kot!. Dan sebagai perempuan, pertambahan usia ini semakin menyukarkan proses mencari "SOULMATE". Uwaaaaa.....Dan ini menjadikan penulis tidak teruja utk menunggu tarikh ini.

No surprise & no gift 4 me this year :( . (sedih kan?) . Namun begitu, sambutan Hari Jadi ini bakal diraikan pada hujung bulan ini (secara pukal) memandangkan ramai ahli keluarga yang lahir pada bulan Mei- {1. Rayhan-anak buah, 4 Mei. 2. SiYoyop-10 Mei, 3. Memek (my mum), 15 Mei}. Buat masa sekarang semua pun masih sibuk dan yg paling utama, belum gaji maaa...

Rasanya itu saja buat masa ini. Tq for the Bday wish for those who wished me. :) U made my day!

Monday, May 10, 2010

The story behind SPOT LANDING...

Last weekend (7-9 Mei), buat pertama kalinya slps 2 bln 1 minggu, aku menjejakkan kaki ke Ranau...Wah, saat ini mmg sgt ditunggu2 disbbkan dah 2 kali tiket k/trbg 'burn' disebabkan keadaan kesihatan yg tidak begitu mengizinkan....Dan kali ini, acara Spot Landing bertemakan Sonsoluyon 2 sempena Kaamatan diadakan. Dan bercakap psl pesta Kaamatan, tidaklah sah sekiranya tidak ada Unduk Ngadau (Ratu Cantik Kadazan/Dusun). Dan bila ramai peserta Unduk Ngadau ini, yg paling gumbira ialah Pilot2 Paragliding Lelaki yg masih bujang. Bukan main lagi dorg bergambar, menari, bertukar2 no. telefon dll dengan Unduk2 Ngadau tersebut. Dan penulis selaku wakil Pilot2 Paragliding ppn pula, berasakan INI SANGAT TIDAK ADIL!.

Kalau penulis dimake-up, setanding jg kesantekkannya dgn Unduk Ngadau.

Kali ni, penulis sekadar sebagai pemerhati. Hmm..."terbakarnya hati" sbb tak dpt beraksi. Kali ni 'crowd' tak byk sgt berbanding thn lalu, tp penyertaan semakin bertambah. Dan seperti thn sblm ini, terdapat penyertaan sejauh kelab Brunei, Kelab KL, NSSAC (Negeri Sembilan Sport s Aviation Club) dan semestinya KLUK (Kelab Luncur Udara Kinabalu).

Ust. Asnawi (Sdkn)-The chef, C'Jun ( Brunei)- The Clown,
Pak Ismail (Miri)- The Pirate and Arif (NSSAC)-Dennis The Manace.


Pembaharuan yg dibuat pada tahun ini ialah, selain Fun Fly, turut diadakan Spot Landing dgn Pakaian Beragam. Tp, ntahla...hya beberapa org sahaja yg fly dgn pakaian beragam.

Kapt. Arif landing dgn uniform Pilotnya.

Korg tgk gmbar jelah ye...Nnt bak kata Jaime, "aku tak berapa faham apa yg ko ckp Suhaila, tp kalau ko cerita landing kat sungai, aku paham la".


Pilots dan Unduk Ngadau bergambar bersama di atas target.

Tuesday, May 4, 2010

Yuckkkkkk!!!!!!!!!!!!

Pernahkah anda menemui semut, ulat atau rambut dlm mknn anda?. Tentu sekali pernah kan?. Dan apa pula respon anda sebaik menemui "bendasing" tersebut di dlm makanan?. Masih ke terus menyambung makan ( syabas atas nafsu makan anda yg sedikit pun tidak terjejas ) atau nafsu anda terus tertutup?. Hahaha

Inilah yg berlaku kpd penulis pada hari isnin yg lepas. Dan inilah sbbnya penulis suka utk 'mengular' masa bekerja hanya utk jln2 cari mkn diluar kawasan sekolah. (Sblm korg fikir penulis seorg pekerja yg suka curi tulang, lbh baik penulis tegaskan keluar hya utk mkn, dan dgn segera balik slps menyelesaikan tuntutan fisiologi asas itu). Namun aktiviti mengular ini tidak begitu aktif skrg memandangkan Pengetua tlh memberi amaran kpd guru2 dan jg pengawal yg menjaga pagar masuk sekolah, menguatkuasakan urusan keluar staff dan menambah baik sistem kantin sekolah.

Cakap pjg pun tidak guna, better korang klik je link ni yg mengisahkan apa yg blaku.

Monday, May 3, 2010

Kini masakan bertambah lazat...

Setelah beberapa bulan direnovate, akhirnya siap jugalah dapur rumah ku...Boleh siap lagi awal, tp kadang2 tukang rumah tak datang beberapa hari, bahan kehabisan stok, dan bermacam2 sbb lg la. Sekarang keselamatan isi rumah lbh terjamin daripada serangan anai2. Dan suasana dapur yg baru ini menjadikan masakan bertambah lazat. Errrr....ada kaitan ke?. Hahahaha....


Selain dapur, ruang tamu jg mendapat sentuhan "Eric Leong". Wp kipas ini bukan disponsor oleh Ikea, cat Dulux atau Ombak atau yg sewaktu dgn rancangan2 mcm kat dlm tv. Semuanya, kalau No Money, No Talk!. Terpaksa korek tabung jg maaaaaaa....

Kipas/ lampu yg boleh menguntum/ memekar.

Cat dinding luar jg diubah. Dari creme kpd warna yg anda lihat skrg ni. Errr...warna ni bukan warna pilihan penulis. Ini warna pilihan Mem besar dan Kak Uji. Errr...macam warna 'org tua' kan?. Bila ditya kenapa pilih warna ni, jwpn dorg, "ini lah trend warna skrg?". Errr...ye ke?. Hmmm...lantaklah. Bukan ada apa pada warna pun...kalau tak suka, tunggu 2-3 tahun, cat balik. Betul tak?.

Home Sweet Home: Teratak Bonda