Jika setiap akhir tahun setiap kakitangan kerajaan perlu mengisi Laporan Penilaian Prestasi, maka inilah Laporan Penilaian Prestasi 2009 penulis.
*Selepas ini penulis akan dipanggil Pegawai Yang Dinilai (PYD) dan pembaca blog sekalian akan bertindak sebagai Pegawai Penilai (PP).
1. Aktiviti/Projek Yang Ditambah
- ParaGliding. Kos byk tp bila dah 'melekat' ... PYD myandang gelaran Guru Ikon Kokum U disbbkan aktiviti ni.
- IT Skills- Blogging, FBing, Movie Making, YouTubing, etc. Semua pun mula tahun ni.
- Korean Escapade- Tidak terlintas pun utk ke Korea thn ni. Syukurlah, berbaloi-baloi.
- Menjadi LandLord- syukurlah...ada duit masuk tiap2 bulan dan rumah pun kira terjaga la.
2. Aktiviti/Projek Yang Digugurkan
- KAHWIN. Sebenarnya, tidak pernah digugurkan, cuma...tidak kesampaian. Dah lbh kurang 5 thn berturut2 aktiviti/projek ini disenaraikan dlm Sasaran Kerja Tahunan (SKT) di awal tahun. Dan spt tahun2 yg sudah, PYD mensasarkan hujung tahun untuk 'mengawan'. Haha
- Health & Beauty Conscious. Tak juga digugurkan cuma perkembangannya agak perlahan. PYD ada mendapatkan suntikan Vit C (dlm 2X), manicure & padicure ( dlm 5X), facial (1x) dan urut 1 bdn ( dlm 5x) serta dptkan khidmat make-up dr saloon (1x). Hmm.. beli kosmetik?. Takde... sbb tak akan dipakai sehinggalah expired. Cuma...high dosage of vit E, EPO pills dan food supplements yg lain habis la dimakan.
Laporan/Ulasan Oleh PYD
- 2009 adalah tahun yg agak 'klimaks' kerana profession perguruan mengiktiraf sumbangan PYD sepanjang tempoh perkhidmatannya selama ini disamping PYD dpt melaksanakan aktiviti2 tidak formal yg lain dgn jayanya.
Thn dpn, PYD tidak mensasarkan apa2 pun utk professionnya kerana gerenti tiada pengiktirafan bakal diterima thn dpn tapi utk 'tugas' selain tugas rasmi...PYD mmg akan all-out. Mudah2n segala yg dirancang dipermudahkan. Plan telah tersusun rapi. PP just wait & see, ok.