Saturday, November 28, 2009

Annyeong Haseyo...


22 Nov 2009 (Ahad):
1.00 am Bermulalah perjalanan dr BKI-ICN. Dan selepas 5 jam penerbangan, penulis bersama 28 ahli rombongan yg lain pun selamat tiba di lapangan terbang Incheon/ Seoul.

Bersama FSS Asiana Airlines

Keluar saja dari lapangan terbang, phewwww....angin bersuhu 2 darjah celcius menerpa muka. Sejuk siol!. Arghhhh...sarung tangan pula dalam beg berkunci. Nasib baik bas dah siap menunggu. Apa lagi, lari meluru bas la, panas sikit dalam bas. Dan kami dibawa bersarapan selepas itu.

Mee yg tak seberapa sedap.

Seterusnya, rombongan dibawa ke Nami Island. Tempat di mana penggambaran Winter Sonata dilakukan. Menurut tour guide, Mr. Mike, tempat ini menerima jutaan pelancong sejak melatopnya drama bersiri Korea itu. Dan dapat diperhatikan, feri datang dan pergi penuh dengan penumpang.

Perjalanan seterusnya balik ke Seoul utk makan tghari, shopping spree, dinner dan check-in hotel.

Hmm...hari pertama mkn steamboat oklah, tp bila dah hampir setiap hari,
I couldn't take it anymore.


23 Nov 2009 (Isnin):
Hari ni melawat The War Memorial of Korea. Sedih bila berada di sini. Mengingatkan kita kesan2 akibat Korean War. Ramai yg menderita, kebuluran dan kehilangan ahli keluarga dll akibat perang.

Satu negara, tp disebabkan peperangan,
terpisah menjadi Korea Utara dan Korea Selatan.
Askar yg besar mewakili Korea Selatan dan askar yg kecil mewakili Korea Utara.
Fizikal yg kecil disbbkan dasar tutup pintu, kebuluran, sekatan ekonomi dll.

Selepas 1 jam, kami bergerak ke COEX Mall. Di sini, I membeli sehelai baju sejuk yg selepas diskaun 30% berharga W60,000 (bersamaan RM186).

Baju yg baru dibeli dipakai terus.
Dihadapan COEX Mall.


Seterusnya, EVERLAND. Menurut Mr. Mike, Everland merupakan taman tema yg kedua terbesar di Asia slps Disneyland Tokyo. Taman ini dimiliki oleh Samsung. Dan mengunjungi taman ini, terasa seperti Young 17. Terasa menjadi kanak2 kembali. Dan apa yg paling mengujakan adrenalin penulis ialah, penulis mencuba menaiki Roller Coaster. Dr bawah tgk pun terasa seramnya. Walaupun ini bukanlah kali pertama, kedua, ketiga mahupun kali ke empat penulis menaiki roller coaster. Tp lain tempat, lain cabaran dan lain feelnya.


Ramai jg yg berbaris nak cuba roller-coaster ni.

Dan malam itu, kami brmalam kat Gapyeong Sorak Tourist Hotel. Jauhnya..Terlentuk2 dlm bas.

24 Nov 2009 (Selasa):
Owwhhh...bgn pagi, tgk keluar tingkap, kabus begitu tebal. Mesti sejuk gila. Tambah2 lagi hujan.



Perjalanan diteruskan ke Piju di mana terletaknya sempadan di antara Korea Utara dan Korea Selatan. Teruja spjg perjalanan kerana selama ni menonton shj dokumentari bagaimana ahli keluarga yg terpisah akibat perang berhubung melalui kedua-dua tebing sebatang sungai di sempadan itu. Sedih!

Bow Time:
tmpt bertafakur/mendoakan kesejahteraan warga Korea Utara.


Destinasi seterusnya, Kimchi Making School. Huhu...Keterujaan berterusan. Nak belajar buat Kimchi dan juga beli Kimchi seperti yg dipesan ... Huh, kat sini baru tahu ada lbh kurang 120 jns Kimchi. Yg termahal ialah Kimchi ginseng dan abalone..I beli 1 pek 1 kg Kimchi Kubis dan 1 pek Kimchi sotong. Harga setiap satu ialah Won 11,000 (dlm RM 33).

Kepelbagaian Kimchi

Slps urusan pesanan/pembayaran Kimchi dibuat, suasana bertukar menjadi riuh rendah diluar kelas. Apa tidaknya...kami diberi peluang mencuba memakai Hanbok. Dgn ruang yg kecil, pengunjung yg ramai dan teruja bergambar dengan pelbagai pose....meriah. Siap terpijak2 lagi Hanbok tu...maklumlah, panjang....mencecah lantai.

Dr kiri: Kak Hasiah, Yen, penulis, Wati dan Park Sun Lee.

Di waktu ptg, kami dijadualkan menghabiskan duit di Pasar Borong Namdeamun. Huhu...tmpat yg ditunggu2 kerana disinilah penulis ingin menghabiskan sebahagian besar duitnya, nak beli kerongsang. Kerongsang di sini bukan sahaja cantik molek belako, byk pilihan, berkualiti, murah dan berbaloi2. Kat pasar ni I jalan sorang...sbb yg lain tak berminat membeli keronsang dengan kuantiti Macro. I beli sbb nak jual balik kat Tawau ni. Sblm ni, permintaan kerongsang korea mcm pisang goreng panas...Dan pembelian terpaksa dihentikan selepas baki duit yg tinggal hyalah Won 50,000. Ada 2 hari lagi ni ...kalau hari ni last day...mmg ku habis kan semua duit.

Dah tak tau nak pegi mana sbb dah takde duit.


25 Nov 2009 (Rabu):
Pagi hujan, jadi hari ni lwtn ke tempat2 tertutup. Dimulakan dengan Digital Pavilion, menunjukkan kecanggihan Korea dalam dunia IT/ digital dan juga keadaan masa depan Korea.
( Kat sini penulis rakam video je...Nnt penulis upload kat Youtube/ FB ye...Tungguuuuuuuuu ...).

Seterusnya, Seoul World Cup Stadium. I tak minat bola ni..tp tetap teruja. Sblm dibebaskan selama sejam, kami ditayangkan video Korea FC semasa menentang Spain untuk melayakkan diri ke Semi Final. Penulis paling teruja bila masuk locker room pemain. Kalau ada pemain sedang tukar baju lagi best, boleh minta tandatangan dan bergambar dgn 6 pack sekali. Huhu...

Perjalanan diteruskan ke Amethyst Factory. Ohhh...boring sbb penulis tidak berminat dgn aksesori sperti rantai, gelang, anting2 atau seumpamanya. 5 min kat dlm, keluar bergmbar dengan budak2 korea dan masuk dlm bas...Arghhhh....best sikit sbb kat luar, phewww, sejukkkk.

Shopping...shopping...shopping lagi. Kali ni, kat Insa-Dong Antiques St. Tertarik dgn sebuah beg sutera Korea, striking berwarna jingga keemasan, harga pun tak mahal sgt...jd, belilah juga. Harga W 6000 ( lbh kurang RM 18++). Singgah kejap tgk pembuatan Traditional Korean Sweet, wp tak beli...dpt juga rasa. Hehe. Best salesmannya ni sbb diorg bertiga ckp syncronize dan boleh berbahasa English. Susah bebeno cari Korean yg boleh berbahasa English ni. (Video perlu diedit dan diupload nnt ye...Tak boleh semuanya sekali. Tungguuuu...).

Shopping lagi...Kali ni kat doota Mall dan market sekitarnya. Apa boleh buatla duit dlm tgn tak sampai W 40000. Kalau tidak...Jd cuci mata je la..ikut sorg kawan jln (dia pun dah mencapai tahap kemiskinan tegar juga. Hahaha). Mcm bodoh betul berjalan tanpa tujuan selama 2 jam ni.

No tengo dinero...Bergmbr je la..

Langit yg mendung akhirnya berlalu...Show timee!!!!. Yg ni tak de dlm itinerary...So bila pegi, mcm SURPRISE!!!!. Baru teringat, yg Mawi masa pg Korea ada jg tgk show ni. SUPERB!. Mabeles!!!. Thumbs Up. Sygnya...tak boleh ambik video. Jd kalau nak tahu mcmana superbnya, mabelesnya, thumbs upnya....pegi lah ke Korea. Iklan ini ditaja oleh Korean Tourism. Haha..

Ambil curi2 gmbr ni. No photograph allowed

26 Nov 2009 (Khamis):
Hari ni merupakan hari terakhir penulis berada di bumi Korea. Cuaca hari ni pun bagus. Cerah!. Hari ni kami mengunjungi istana, Gyeongbokdong Palace. Masa penaklukan Jepun ke atas Korea dulu, istana ini 90% dimusnahkan tetapi dipulihkan kembali semasa dinasti ntah...kena rujuk brosur dulu. Subjek sejarah ni I lemah sikit...tp kalau pembaca tulis komen dan bertanya, insyaAllah, akan dijawab.


Atap yg ada "objek" tu menunjukkan kediaman permaisuri.
Kalau takde "objek" tu, maksudnya kediaman gundik.


Setiap yg bermula pasti akan berakhir. Dan berakhirlah sudah tulisan pengembara di bumi Winter Sonata. Wpun semua urusan perjalanan dibuat dlm tempoh hya sebulan, utk 6H5M, hotel, tiket pulang balik BKI-INC-BKI, Everland Pass, Breakfast, Lunch, Dinner, tour included. Berbaloi2 for only RM 2135. Duit yg dibawa RM 998 = Won 322,000 (currency masa ni W 1000 = RM 3.10). Susah dompet mau tutup U. Time difference = 1 hour ahead Msian time. Annyong-hi kyeshipshio (bye2).

Saturday, November 7, 2009

D Day!


7 Nov 2009 (Sabtu)- Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2008 peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Tawau dan Semporna telah pun diadakan. Seramai 470 orang penerima dan aku merupakan salah seorang di antaranya. (Ndak payah la bah diulas lagi kan?...Kan dah diulas dengan detailnya sebelum ini. Tgk gmbr lagi bagus).

Si baju hijau...sedang bertugas...diperbatasan...peluru tak bermata...harus waspada


Ketika menunggu giliran dipanggil.


Si cilik yg masih pra-sekolah, mendeklamasikan sajak pd majlis itu


Kesemua penerima dr SM Teknik Tawau bergambar bersama mantan Pengetua


Penerima di kalangan guru2 Jabatan Sains & Matematik, SMTT

Dan sebenarnya, aku nak sgt habuan APC ni cpt sbb di kala ini, duit di dalam bank (yg boleh dikeluarkan) hanyalah RM 13.18. Hahaha...Napa?. Tak percaya ke?. U better believe it!!!